MIL Trauma or Play Victim?

Aku Kiah. Aku lahir dalam keluarga yang stable dari segi segala aspek. Itu aku respect kedua ibu bapaku.

Aku berumur 30 an dan suami pula bakal menjejakkan langkah ke angka 40. Kami dua2 bekerja dalam bidang profesional dan pendapatan kami meletakkan kami dalam kedudukan T20. Kehidupan yang selesa.Alhamdulilah. 

Kami telah berkahwin dekat nak 5 tahun dengan suami tapi kami belum ada rezeki untuk dapat anak. Aku berpegang kepada kenyataan Allah itu maha adil, setiap manusia punya rezeki masing2.

No pressure on us pasal anak ni. Tapi bukan itu yang aku nak luahkan. Aku nak share tentang sikap MIL aku yang kadang buat aku separa bingung.

Hihi. Ibu mertuaku sangat baik padaku. At least depan aku dan suami nampaklah baiknya.

Tak pasti kalau di belakang kami macam mana. Masalah yang menyebabkan aku kadang rasa tak selesa adalah bila MIL aku ni bercerita dan memburuk-burukkan anak2 dia yang lain depan aku dan suami setiap kali bersama dengan kami.

Mula aku berkahwin dengan suami, aku masih boleh dengar lagi. Mungkin dia nak meluah apa yang dia rasa. Tapi, bila selalu sangat dan sampai sekarang situasi sebegini masih berlaku, aku jadi tak selesa.

Dari pemerhatian aku, sedikit-sebanyak luahannya itu memberikan kesan kepada hubungan aku, suami, dan adik-beradiknya lebih-lebih lagi yang perempuan.

Suami seperti tak suka sangat dengan beradik perempuan dia sebab MIL pernah luah yang anak perempuannya selalu marah2, bad mood, mengamuk dan bahkan pernah menghalaunya dari rumah.

Bukan itu saja, MIL juga selalu menceritakan yang anak2 perempuannya sering berkira dari segi perbelanjaan dan tidak memberikan wang untuknya setiap bulan. Kadangkala kalau mood SIL tengah panas, MIL tengah solat pun diganggu sehingga ditolaknya.

Pada awalnya aku tak nak percaya akan hal ini sebab bagi aku seorang anak takkan sanggup buat begitu pada ibu sendiri.

Tapi, macam betul juga apa yang MIL luahkan sebab dia pernah tunjuk perbualan Whatsapp kat suami yang anaknya menghalaunya dari rumah sebab tak berikan apa2 sumbangan dalam rumah mereka. Entahlah.

Pendek kata, semua perbuatan anak2 dia yang lain memang akan diceritakan ke kami.

Satu hal lagi yang aku tak selesa adalah MIL mudah merajuk juga kalau suami tak balas chat whatsapp dia segera. Suami aku ni pun jenis yang tak selalu buka hp kalau tengah bekerja, atau kita tengah jalan2.

Pernah suatu hari tu, aku dan suami pergi melancong ke luar negara dengan semua family aku. Expenses masing-masing kecuali mak ayah aku kami adik-beradik yang sama2 tanggung.

Sesen pun duit suami aku tak minta sepanjang vacation tersebut kecuali adalah sesekali suami bayarkan makan.

Ipar2 yang merujuk kepada suami adik beradik aku yang lain pun buat perkara sama, setakat bayarkan makanan saja. Yelah, kami adik beradik mmg dah sama2 plan dan kumpul bajet untuk family vacation setiap tahun.

Kembali ke cerita MIL aku, masa kami tengah berjalan2 menikmati suasana baru di negara org, sepanjang tu juga MIL chat suami aku.

Semata2 nak meluah benda yang sama yang pernah diluah dulu. Bagi aku, benda remehlah. Kemudian, mengatakan yang dia rasa dia sakit badan, sakit kepala dan macam2 lagi lah.

Bayangkan kita tengah berjalan2, memang nak balas mesej tu kita ketepikan dulu. Jadi MIL pn macam merajuk. Aku masih ingat chatnya, 

“Kenapa tak balas mesej? Yelah, kau tengah bahagia sekarang, kau dah ada keluarga yang baik. Kami ni orang jahat, tak payah kau peduli. Mentang2 keluarga isteri kau tu org baik2, sanggup kau keluarkan duit untuk bawa mereka melancong.” 

Masih segar ayat2 tu dalam ingatan aku sebab sebaik saja aku habis membaca mesej tersebut, aku berdebar2 geram dan terkilan. Sangkaan MIL aku tu terlalu meleset dari kebenaran. Aku rasa macam nak marah tapi aku tahan.

Aku kesian kat suami aku sebab masa tu mood dia dah merudum. Aku diam2 slow talk dengan dia, nanti di hotel kita video call mak. Itulah antara situasi yang aku dan suami hadapi di keluarga belah dia.

Banyak lg sebenarnya tapi malas pula nak tulis panjang. Kalau pendapat anda semua pembaca, MIL aku ni trauma atau play victim? Macam mana nak hadapi perkara ni kalau anda di tempat kami esp aku?

Aku tak ada pengalaman untuk handle kes kekeluargaan macam ni sebab family aku memang tak ada masalah macam ni. Ipar2 aku semua dilayan macam adik-beradik sendiri.

Tapi bila aku cuba buat macam tu kat adik-beradik belah suami, aku seperti di sini kan, dan pernah juga tercetus perang dingin walaupun niat aku cuma ingin bergurau seperti adik-beradik saja.

Mulai dari situ, aku jadi ipar yang kaku which is not me at all. Hahaha…

Yang benar,

– Kiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *