Aku percaya semua orang pernah bermimpi. Macam² mimpi ada. Malas aku nak tulis kat sini jenis² mimpi tu kan. Apa yang aku tahu setiap hari pasti seseorang tu akan bermimpi. Benarkah mimpi ni hanya mainan tidur dan gangguan syaitan? Aku sendiri tidak pasti.
Dari apa yang aku baca, pelbagai tafsiran mimpi dapat dirumuskan. Tetapi berlaku atau tidak tafsiran itu hanya Allah yang Maha Esa sahaja yang menentukannya. Aku juga pernah bermimpi. Macam² jenis mimpi sampai ada yang aku tak dapat nak lupakan sampai hari ni.
Mimpi Pertama
Aku bermimpi aku mempunyai seorang awek dan bercadang untuk berkahwin. Sebelum majlis dilaksanakan aku mengembara ke dalam hutan, mendaki gunung. Saja nak enjoy bersama kawan² aku yang lain sebelum berkahwin.
Nak dijadikan cerita, kami terpaksa memanjat tebing curam yang sangat la tingginya. Aku orang terakhir yang memanjat. Nak sampai atas dah aku tergelincir jatuh dan ntah macam mana ada batu besar menghempap badan aku. Kat sini aku tersedar dari tidur aku. Aku tengok kiri kanan dengan keadaan mamai aku tidur balik.
Batu yang besar tadi masih ada atas aku. Aku pelik sebab aku tak pengsan mahupun mati dalam mimpi tersebut. Aku cuba jerit panggil nama kawan² aku tapi tak ada sebarang jawapan dan aku rasa diorang dah anggap aku mati. Tebing tu memang tinggi sangat mustahil la jatuh tu boleh hidup dan takkan diorang nak turun balik kan. Aku beranggapan yang diorang sangka aku dah mati.
Aku putus asa dah dalam mimpi tu. Macam mana aku nak survive kan kalau dah batu atas aku. Dalam mimpi tu aku terlena dan aku rasa aku mati dalam mimpi tu. Dah nama pun mimpi rasa macam semua betul.
Aku ingat mimpi tu dah habis rupanya ada lagi. Tak tau datang dari mana, ada sekumpulan pengembara menjumpai aku yang masih hidup. Diorang tolong alihkan batu yang besar tu. Diorang bawa aku masuk dalam hutan. Ntah berapa lama aku duduk dalam hutan tu dengan diorang pun aku tak tau, sebab dalam mimpi.
Akhirnya sudah sekian lama diorang bawa aku keluar dari hutan tu. Aku balik rumah je, mak dengan bapak aku pun terkejut la sebab diorang semua ingat aku dah mati. Awek aku yang dulu merancang nak kawin aku tak tengok lagi. Dah seminggu dua aku balik rumah tu baru aku nak pergi tengok awek aku.
Sampai je sana aku tengok awek aku tu dah ada suami dan anak. Aku tak pergi tegur pun. Aku tengok dari jauh je. Lepas tu aku tersedar dari tidur. Pergh memang lama wei aku mimpi yang ni. Memang sampai sekarang aku ingat. Dah macam realiti mimpi aku ni. Apa tafsiran mimpi macam ni? Atau ia hanya mainan tidur?
– #anon