"Mimpi mainan syaitan"
Bagi aku, mimpi tu ada tiga jenis: mimpi jadi kenyataan, mimpi mainan syaitan dan self-created dreams.
Entahlah. Mungkin aku bertuah bila aku kata yang mimpi aku jadi kenyataan. Sejak dari kecil lagi, aku dapat bezakan tiga jenis mimpi tu. Mimpi jadi kenyataan yang diberikan oleh Allah s.w.t ada beberapa signs: kau ingat mimpi tu, berlaku berulang kali, dan kau terjaga waktu malam. Dua jenis mimpi lagi kau akan lupa selepas beberapa minit terjaga.
Ini kali kedua aku confess di sini. Sebelum ni aku confess pasal mama lebihkan adik-beradik lain. Okay, berbalik kepada cerita.
"Kakak, S mimpi semalam. Nanti S ada adik", kataku kepada maidku yang aku panggil Kakak. Waktu tu, aku berumur 4 tahun lebih. Apa-apa yang aku mimpi aku bagitau kakak.
Suatu hari, aku terdengar suara kak N dengan mama.
"S kuat sangat berangan. Mimpi tu mimpi ni. Mama tak payahlah percaya cakap S" kata Kak N.
"Mama tak dapat mengandung lagi. Kan,mama ambil pil perancang", kata mama.
Aku terdiam di balik pintu. Tercuri dengar. Allah s.w.t kurniakan aku akal dan memori yang kuat. Aku tahu mana yang baik dan buruk.
Aku menangis dekat kakak. Tetapi,kakak tahu apa isi hatiku.
"Abaikan saja cakap Kak N tu dengan mama", kata Kakak. Aku suka Kakak. Malam-malam aku tidur sama bilik dengan dia. Manakala, kak N pula tidur dengan mama dan ayah. Anak manja,walaupun tua daripada aku. Adik-beradik lain tidur di bilik lain.
Aku suka dengan kakak. Malam-malam dia akan bangun dan sembahyang tahajud,etc. Kalau aku terbangun malam, aku nampak Kakak tengah sembahyang.
Kun fayakun. Kalau Allah s.w.t kata jadi, maka jadilah. Lepas beberapa bulan, rupanya mama mengandung lagi.
Bila aku besar,aku jadi lebih berhati-hati. Aku tidak cakap apa yang aku mimpi tapi secara indirect untuk bagi 'warning'. Hanya dengan Kakak, aku bagitau apa yang aku mimpi dan maksudnya. Sebab mimpi ni ada dua jenis. Satu, vision yang exactly sama dengan real life. Dua, hint. Contoh, patah gigi ada orang mati,etc. Kalau orang lain biasanya dapat mimpi jenis kedua. Jadi, aku minta ayah aku belikan buku maksud mimpi oleh Ibnu Sirin. Sebab, alang-alang aku dapat mimpi jenis pertama secara vision, lebih baik aku tahu maksud mimpi orang lain yang kebanyakannya bermimpi jenis yang kedua.
"Kaklong hati-hati tau bawa kereta"' kataku waktu berumur 6 tahun.
Kaklong tersenyum. "Kaklong mana pandai bawa kereta lagi. Tapi kalau kaklong bawa,kaklong akan berhati-hati"
Lepas beberapa tahun kemudian, kaklong accident kereta.
Sejak tu aku tahu,yang 'mimpi jadi kenyataan' ni boleh jadi beberapa hari, bulan ataupun tahun.
"S, Kakak ada mimpi patah gigi", kata kakak.
"Ada orang dalam family kakak yang akan meninggal", kataku.
Lepas beberapa hari, betul-betul terjadi. Aku sedar yang aku dapat bermimpi jadi kenyataan dan tafsir mimpi sikit-sikit daripada apa yang aku belajar dari buku. Aku tak hairan kalau mimpi Kakak jadi betul. Malam-malam dia selalu sembahyang tahajud.
Suatu hari, aku mimpi, kakak akan tinggalkan aku. Bila aku bangun, aku menangis. Kakak bagaikan sebahagian dari ahli keluarga.
"S, kakak ada mimpi ular, ular tu nak gigit akak…", kata Kakak.
Aku terdiam. First time, aku lari dan menangis kat tempat lain. Aku tak nak Kakak tengok aku menangis. Mimpi aku dan mimpi kakak. Kakak akan kahwin dan berhenti kerja. Dia akan balik ke negara asal dan tinggalkan aku di sini.
Tidak sampai setahun daripada mimpi tersebut, dia berhenti dan akhirnya berkahwin. Ya, hampir 20 tahun dia bekerja dengan keluargaku sejak kaklong baby lagi. Tapi, dia jaga kami macam anak sendiri.
Aku tak da sesiapa yang nak dengar mimpi waktu aku 13 tahun. Malam tu aku menangis, dan aku tertidur. Dalam mimpi tu, aku jumpa orang lain yang sama dengan aku. Bezanya hijab dia betul-betul terbuka. Dia boleh nampak benda halus dan mimpi jadi kenyataan.
Ya Allah, bersyukurnya aku waktu tu. Sekurang-kurangnya, aku tidak nampak benda halus.
Waktu aku umur 15 tahun, aku pergi ke dapur. Waktu tu, mama cakap dengan Kak N pasal mimpi ngeri dia
"Mama. Mimpi tu mainan syaitan. Biarlah"-kata Kak N.
Bila diorang nampak aku, diorang senyap. Biarlah apa orang mahu kata. Kalau orang tak mahu tafsir mimpi mereka, takkan aku nak memandai tolong mereka. Kan, mereka panggil aku kuat berangan suatu hari dulu.
Entah kenapa tiba-tiba mama minta tanya aku pasal mimpi dia.
It was the first time she tried to create a conversation with me. Mama tanya pasal mimpi dia.
"Bukan dulu, mama tak percaya cakap S ka? Jenis mimpi mama tu betul dari Allah. Sebab mama ingat. Mimpi mama tu kata ayah kena fitnah nanti. Tapi waktu yang sama, mama kena dugaan besar. Tak tau siapa yang sakit", kataku tenang. Ia betul-betul terjadi.
Sejak dari tu, baru dia percaya yang kadang-kadang mimpi tu boleh jadi kenyataan.
Sekarang aku 20 tahun. Dan, akhirnya aku dapat jumpa orang yang aku mimpi 7 tahun lepas. Serius, dia lebih kronik daripada aku. Mimpi + dapat tengok benda halus.
Kami pernah berubat. Tapi ustaz kata yang ini bukan saka atau sihir. Tetapi, kelebihan dari Allah s.w.t. Kami berdua dapat kelebihan ni. Dua-dua dapat yang jenis vision. Jadi, kadang-kadang kami bercakap pasal mimpi.
Pelik memang pelik. Tetapi,itulah. Kun fayakun. Bila aku baca tafsir Al-Quran tentang Nabi Yusuf yang dia bermimpi dan boleh tafsir mimpi. Aku tenang. Jujur, Nabi Yusuf lebih tenang.
Kadang-kadang aku gelabah, aku takut. Bagaimana aku nak tangani effect kejadian tu? Etc. Aku serahkan segalanya kepada Allah s.w.t.
Sekian.
– S
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Naimah Sahad
S, ive known someone who are like you. Apa yg dia mimpi tu betul.
Muaz Radzi
Mimpi ni, bila kau bangun dan kau still ingat dengan jelas jalan cerita mimpi tu maknanya itu mimpi yg beri petunjuk kat kau, tp bila kau mimpi then bangun tapi xingat dah mimpi tu pasal apa, tu mimpi sebagai penyedap tidur kau je. Kira mcm bedtime story time kau tidur lah.
Boleh pm x? Ade something nak tnye
Saya baru je lepas mimpi gigi depan atas patah, and paling pelik, sy x penah ingat mimpi sy tp yg ni saya ingat. Mimpi tu blaku lepas sy solat subuh, sy tido balik. Pagi haritu, cermin kereta retak sket sbb kena batu. Omai Allah, mmg la x boley percaya mimpi but still mcm risau. Hmmm.
S,nak mintak tafsir mimpi jugak. Pm buleh ke
hmm,kalau mimpi kena kejar ular berturut2 cemana pulak? gi tgk google,mcm bnyk sgt je mksudnya.confius dh.huhu
,ular yg mcm mana tu? Hitam ke? Kalau hitam maksudnya ada org nak buat jahat kat kita .. Allahualam
bkn wrna hitam,sis.tp thanks bgtau
miss confessor, boleh pm ? sort of urgent juga
nk tya confessor skit, bole pm x?
Boleh pm sy jgak. Ade bende jgk nk tny ni.
Jap, how about kalau mimpi jumpa kawan yg dah lama tk jumpa pastu sampai skrg still ingat everything pasal mimpi tu. Tu jenis mimpi self-created ke apa? Sbb mmg tgh rindu diorang pun.
Mohon pm sye skali confessor
Saye nk mntk tfsirkn mmpi sye miss confessor..mohon pm
kalau mimpi seseorang yg masih hidup, seminggu berturut2 masa tidur malam, apa maksudnya ya? dlm mimpi tu kami menjalani kehidupan seharian, takde unsur pelik2 pun
pehh layan iium confession whahahah
Aku ada buat confession jgk sini. kalau jumpa hg hebat hahahaaa.
tag2 haha
no
hahaja
manaa
pm sy ye. nk tny ssuatu
Izni Hs
bulan puasa tahun lpas, mimpi one of family members meninggal, bangun dlm keadaan teresak-esak, sampai rumet dtang tolong tenangkan. sy cerita kt kwn tp dorang mana pernah alami benda2 gini, exactly one week after that, sepupu sy meninggal. Innalillah. meninggal secara mengejut.
sy selalu ingat mimpi sy, tp apa yg jd kenyataan nye sy xtahu lah.
btw kalau selalu mimpi crush macam mana? haha tp dia x kenal sy pon. huhu
Sy selalu sgt dapat mimpi jelas
Macam mana pula kalau kita mimpi arwah atuk kita hidup semula…
Nurmima Hamid