Mimpi atau realiti?

Assalamualaikum, bila aku baca segala cerita-cerita di sini, menarik sedikit luahan hati untuk menulis, aku perempuan, seorang perempuan.. Mak pak aku pernah cerita dedulu.. Masa aku masih dalam 40 hari, tiap-taip maghrib aku menangis.. Mak pak, tok anjang, opahmek, semua pening nak pulihkan aku macam mana.. Sampaikan dulu, depa percaya, jika anak kecik pasai tangkal hitam.. Terlindung dari benda-benda misteri, aku ada pakai tangkal tu, bukan setakat leher.. Perut, lengan, kaki.. Betapa susahnya nak berubat aku daripada terus menangis.. Dedulu orang tua aku mmg jumpa tokbomoh, dia kata aku ada nak "menempel" tapi pak aku jenis susah nak percaya.. Sampaikan satu masa tu, waktu maghrib mmg waktu kemuncak aku menjerit.. Menangis.. Meraung, pak dodoikan aku dekat pintu besar rumah.. Nak di jadikan cerita, pak aku dah hilang sabar, dah hilang kewarasan.. Pak aku kata "Ang ni asyik duk nangis ja, ang takut apa???! Tunjuk pak.. Biaq pak pi pukul!!" Pak aku cerita, tangan aku segera menayang-nayang pintu besar rumah.. Pak aku pusing.. Nampak berjurai-juraian rambut yang keluar… Pak aku menjerit panggil tok ajang.. Aku menangis sampai biru muka.. Tok ajang pi hidupkan motor honda buruk dia.. Pergi panggil tok siak, bila tok siak sampai.. Dia azankan rumah tu, mak aku kata.. Tak semena-menanya bergegar rumah tok ngn opahmek aku.. Lepas toksiak berubat aku, pak kata.. Aku ni kena kenan / sawan nangis.. Bila maghrib asyik menangis.. Ramai "hat lain" duk suka.. Lepastu, aku dah kurang nangis.. Sebab tok siak ada bagi "ayat" untuk baca atas ubun-ubun kepala aku.. Ingatkan kisah aku terhenti dekat situ, tapi selepas aku datang "bulan" masa darjah 6.. Setiap hari, aku nampak kelibat.. Kelibat yang susah aku nak explain macam mana, bukan orang, bukan haiwan.. Tapi kelibat tu, datang jenguk bila aku sudah mandi waktu maghrib.. Setiap hari bila masa aku dalam waktu "uzur". Selepas bulan kedua aku "uzur". Kebetulan, zaman sekolah dulu.. Ada sessi perkhemahan.. Bila petang tu, semua berpacking pasang khemah, selesai pasang khemah untuk group aku.. Nak di jadikan cerita, aku terlelap.. Bila aku tersedar, bangun daripada dlm khemah aku.. Waktu dah maghrib, mungkin budak-budak lain tengah sibuk siap nak solat berjemaah.. Aku buka zip khemah aku.. Betul-betul dekat atas palang tiang gol sekolah, aku terpandang 2 ekor beruk yang cukup-cukup besar bermata merah memandang tepat pada aku.. Aku pusingkan kepala aku, di sebelah kiri aku terpandang seekor anjing bermata merah sedang sedia menerkam aku dengan jijisan airliurnya.. Sukar untuk aku jelaskan betapa ingin aku menjerit waktu tu, tapi lidah, mulut aku terkunci, airmata merembes laju.. Aku pandang sebelah kanan aku, ada seorang budak yang sedang memegang kepalanya lengkap berpakaian lusuh zaman dahulu kala.. Aku menutup mata dan menjerit sekuat hati.. Pandangan aku gelap gelita, tapi yang pasti.. Itu lah kali pertama aku rasakan apa itu "histeria" sebenarnya,.. Sejak daripada itu, aku mula alami pelbagai kisah misteri.. Yang berpuluh tahun aku simpan.. Hingga kini.. Mungkin nanti, jika cerita aku di upkan.. Aku boleh cerita kisah seterusnya nanti.. Wallahualam.. Apa yang aku ceritakan, kisah ini berdasarkan pengalaman "menarik" dalam diri aku.. jika anda "berlainan" daripada yang lain, tak bermakna anda "gagal" bergaul bersama yang lain… Mungkin, kita sedikit istimewa berbanding normal manusia..

– Perempuan Misteri

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *