Assalamualaikum admin and readers. Thanks kalau publish tapi aku harap admin dapat publish artikel ni. Sebelum tu sorry kalau bm aku agak tunggang terbalik.
Aku seorang anak bongsu, berumur 23 dan alhamdulillah kedua ibu bapa aku masih lagi tuhan panjangkan umur mereka. Ibu dan ayah menetap di negeri pantai timur dan aku pula baru berjinak- jinak di alam pekerjaan di kota metropolitan Kuala Lumpur sama seperti adik beradik yang lain.
Mimpi ibu. Kenapa mimpi? Aku tak lah rapat dengan ibu, tiada call setiap hari untuk ibu untuk mengadu atau bercerita itu dan ini, mungkin sebab aku ni seorang yang tak banyak cakap. Back to the main point. Aku kerap mimpi pasal ibu, ada suatu ketika, setiap malam. Mulanya aku fikir mungkin sbb aku rindukan ibu. Tak mengapa. Yang menjadikan aku gelisah, tak senang duduk aku kerap sangat mimpi buruk pasal ibu (tapi bukan lah hari2. Ada banyak tapi aku akan cerita 2 yang obvious.
1. Mimpi ibu sudah tiada. Aku kerap sangat macam ni. Berkali kali. End up aku menangis bukan sekadar dalam mimpi, tapi sebaik sedar. Aku takuttt kehilangan ibu. Yelah, siapa je dalam dunia tak takut kehilangan orang tersayang.
2. Mimpi ibu, dengan binatang berbisa. Ular. Yang besar. Ya Allah ni pun satu. Kerap berlaku. Macam mana perasaan koranv bila tengok depan mata, ibu korang kena belit, patuk dengan ular besar hitam macam tu. Tuhan je yg tau macam mana aku meraung, takut, sedih but i can do nothing to help. Aku pernah cerita pasal ni kat kakak tapi dia cakap cuma mainan tidur dan jangan fikir sangat. Tapi bila dah banyak kali, takdenya otak aku ni nak lepas macam tu je kan.
Aku buntu. Aku takut. Aku tak tau nak cerita dekat siapa. Bukan setakat ibu, kadang-kadang tu mimpi buruk ayah pun pernah, termasuk ahli keluarga lain tapi tak sekerap ibu. Aku betul-betul harap benda ni cuma mainan tidur. Seriously takde orang pun nak benda buruk berlaku pada family sendiri..
Sekian.
Lulu
– Lulu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit