Aku Yang Sakit

Assalamualaikum terima kasih admin sekiranya confession aku disiarkan. Ini kisah tentang aku. Cukup aku mahu di kenali sebagai sue. Aku study degree in nursing. Semasa aku final semester, tengah practical di hospital sungai buloh sambil buat tesis, aku mula mengidap sakit ini. Sakit aku namanya rheumatoid arthritis. Dalam erti kata yang mudah difahami sakit sendi. Penyakit aku autoimmune. Sel yang sepatutnya melawan bakteria atau virus tetapi menyerang sel yang sihat dalam badan aku. Sakit aku ni menyebabkan badan aku mudah letih. Malah ibuku yang berumur 60tahun kudratnya lagi besar berbanding aku.

Bermula episod duka dalam hidup aku. Pernah sekali penyakit ini menyerang dengan ‘rakus’. Aku tak mampu menggerakkan sendi-sendi badan aku. Hanya allah yang tahu betapa sakitnya. Seluruh tubuhku lemah. Nak memulas tombol pintu pun aku tak berdaya. Nak membengkokkan lutut atau buka baju cukup sakit. Nak pegang handphone pun tak mampu. Aku tak boleh tidur langsung. Sakit itu seperti bisa sedang memamah tubuhku. Aku makan ubat tahan sakit dan segala jenis ubat yang doktor bagi tapi langsung tak berkesan.

Aku selalu menangis. Sedih sangat dengan keadaan aku. Aku rasa tak berguna. Ni aku masa dalam proses denial stage. Setiap kali pergi jumpa pakar, aku mesti berendam air mata. Apatah lagi bila ada pesakit lain (sudah tua) bertanyakan tentang sakit aku. Muda- muda lagi dah sakit. Memang sangat membosankan menunggu berjam- jam baru boleh jumpa doktor. Ubat yang aku kena makan banyak malah kalah orang tua.

Bertahun aku cuba jadi positif. Lama kelamaan aku redha. Boleh terima kenyataan. Walaupun perit penyakit aku tiada penawarnya. Ini doktor yang cakap. Ubat yang aku makan cuma untuk maintainkan badan aku agar tak bertambah teruk. Ibuku orang yang paling sedih bila dapat tahu anaknya sakit. Tapi aku tak tunjuk sangat yang aku sakit. Dari luar orang tengok takkan tahu aku sakit. Hanya aku yang rasa.

Paling menyedihkan aku habiskan 4 tahun study degree. Tapi aku tak mampu nak apply job nursing. Aku pernah cuba, aku mampu bertahan 6 bulan sahaja di hospital swasta. Badan aku lemah. Sakit dan lenguh dah sebati dalam tubuhku. Aku benar- benar kecewa dan sedih. Selalu aku bertanya kenapa allah buat aku belajar penat-penat tapi akhirnya aku tak mampu pun nak kerja apa yang aku belajar. Sebelum tidur aku mesti menangis. Nak apply government memang sangat susah. Sebab aku ipta bukan kkm. Dan degree memang susah nak masuk government. Apatah lagi aku kurang pengalaman dan sakit. Mana ada orang nak ambil bekerja. Bila tengok kawan-kawan seangkatan telah berjaya, ada yang kerja kerajaan u41, aku sangat cemburu. Bertuahnya mereka. Lagilah aku rasa sangat tak berguna. Aku cuma kerja biasa cikgu tadika. Kerani office. Malah aku pernah kerja telemarketing.

9 tahun berlalu. Sekarang aku sudah berkahwin dan ada 2 orang anak. Lepas bersalin anak kedua ni aku dah tak kerja. Alhamdulillah aku masih mampu teruskan hidup bersama penyakit ini. Suamiku seorang yang baik. Boleh terima aku yang serba kekurangan ini. Dia adalah anugerah terindah dalam hidupku. Walaupun dia sendiri tak berapa mengerti tentang penyakit aku. Setiap malam aku akan lenguh badan dan terasa sakit dalam sendi berdenyut- denyut. Berjam-jam aku pusing ke kiri dan ke kanan baru boleh terlelap.

Kini aku cuma suri rumahtangga. Walaupun serba kekurangan aku cuba untuk uruskan hal-hal di rumah seperti suri rumah yang lain. Menghadapi kerenah anak yg berumur 3 tahun cukup mencabar kesabaran aku. Selalunya tantrum sehari-hari. Macam-macam artikel aku baca untuk handle anak tantrum. Tapi kadang kala aku terpukul, tercubit juga dia. Maafkan ummi sayang. Juga si kecil yang baru 4bulan. Malam-malam selalu tak mahu tidur tapi menangis. Aku benar-benar keletihan. Selalunya aku berjaga sampai pukul 2 lebih,lepas menyusu si kecil akan tertidur sekejap then sedar semula nak menangis. Wahai suami terima kasih kadangkala kau yang berjaga malam kerana anak kita tidak mahu tidur. Memang aku sangat rasa bersalah kerana tidurmu hanya 4jam tapi kemudian terpaksa bangun tengah pagi untuk bergilir denganku.

Baru-baru ini penyakitku menyerang lagi. Kaki ku bengkak dan sangat sakit sehingga aku tak mampu berjalan. Hanya allah yang tahu aku betul tak mampu nak uruskan anak- anak terutama si kecil. Aku sangat risau memandangkan temujanji dengan doktor lambat lagi. Tiga hari berlalu tapi kaki ku tetap berdenyut sakit. Seperti ada bisa dalam sendi sedang memamah kakiku. Aku terpaksa ke klinik swasta untuk injection tahan sakit. Aku benar bersyukur sakitku berkurang. Alhamdulillah tak mampu aku bayangkan andai aku tak mampu berjalan bagaimana harus aku jaga anak-anakku. Terima kasih ya allah semoga sakit ini penghapus dosa-dosaku. Semoga cukupla hanya aku yang menanggungnya. Janganlah kelak anak- anakku diberi ujian sebegini. Ya allah aku sangat sayangkan mereka.

Ya allah ampunkan segala dosa-dosaku. Kuatkan semangatku untuk hadapi ujianMu ini. Buat suamiku, kaulah cinta pertama dan terakhir aku. 9 tahun bercinta denganmu berakhir dengan perkahwinan. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-4. Semoga jodoh kita berpanjangan. Berpisah mati bertemu kembali di jannah. Amin ya allah. Semoga aku diberi kesihatan yang mampu untuk aku terus menjaga makan minum mu dan anak-anak kita.

Sekiranya kat luar sana ada yang ada penyakit sepertiku bolehlah share ubat atau suplement yang mungkin berkesan pada anda. Terima kasih sudi membaca. Hanya sekadar luahan hati. Kerana cukup lama ku pendam kesakitan ini.

Aku yang sakit.
Sue.

– sue

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit