Berhijrah ke Australia

Assalamualaikum admin. Terima kasih sudi menyiarkan confession saya ini. Walaupun admin sibuk tapi saya tetap tunggu. Lately ni ramai yang update status sengsara stay di Australia. Ya begitu juga saya sengsara kerana jauh dari keluarga, tapi apakah daya disebabkan ekonomi Malaysia yang tukaran matawang OZ RM1-$3.4 saya tetap berusaha untuk tinggal disini demi membantu keluarga saya. Saya juga sedih pada awalnya kerana yang dijanjikan hanya hayalan. Ramai agen2 yang menipu, itu tidak dinafikan walaupun kebanyak agen tersebut beragama islam, bila disebabkan wang semua lupa. Akhir nanti saya bagi tips berada disini walaupun saya masih baru,ini adalah pandangan saya.

Secara jujur saya datang disini bukan kerana terbeliak mata dengan tukaran mata wang, mula2 kawan dari pangkor(aus) telah menasihati saya supaya jangan fikir yang indah2 dulu, dan ya saya hendak kemari kerana ingin belajar English dan mencari pengalaman. Sebelum datang saya telah mempunyai kerjaya tetap sebagai HR di sebuah syarikat courier service.

Saya datang bukan melalui mana2 agen,hanya bertanyakan beberapa orang kenalan yamg sudah berada disini. Penuh debar akhirnya saya sampai di bumi kangroo ini. Mula datang agen kata salah time kerana masa tu masih awal Mac 2016(musim tomato) sangat susah buat duit. Pada musim strawberry Alhamdulillah rezeki tu masuk walaupun pada awalnya kami stay dengan agen yang salah(katanya tak ada job) padahal farm lain dah mula berjalan. Kami nekad tukar agen, ya Alhamdulillah agen cina dari Penang sangat membantu kami, gaji cukup time dapat, time tu belum senang sebab dalam 4-5 bulan jugak kami kekeringan dan bila dapat gaji kami terpaksa bayar hutang2 yang ada sebelum itu. Gaji time tu $700(RM2300/2week) memang dua kali ganda dari gaji sebulan saya di Malaysia(RM4600/sebulan) Alhamdulillah saya sudah mula kirim duit untuk mak & ayah di Malaysia. Time susah mak ayah dah hampir suruh balik, tapi saya dan kawan masih sabar dan tak mungkin rasanya kami berpatah balik.

Abis musim strawberry kami nekad keluar dari farm untuk mula hidup baru. Dari bulan 11 hingga bulan 1 kami hanya makan duit gaji yang ada(tidak bekerja mana2 farm kecuali partime jika uncle minta tolong) dan Alhamdulillah berkat doa semua kami mula boleh hidup,masing-masing rakan2 kami sudah ada kerja tetap(bukan di farm) dan saya mula masuk belajar English di college area city dan berniaga sendiri. Saya tidak bekerja hanya berniaga sendiri manghantar makanan untuk orang Malaysia yang melancong disini. Alhamdulillah syukur dengan semua rezeki ini dan sehingga hari ini. Doa kan kami tetap utuh untuk membantu keluarga. Alhamdulillah mak ayah ada masalah apa secepat boleh saya bantu.

Tips untuk mereka yang baru datang

1) kalau budak2 agen tak stay lama means mesti ada something dana ada yang stay sebab tak boleh kemana agen tak bagi duit(so beware & boleh angkat kaki keluar cari agen lain)

2) duit yang ada jimat beli barang kerja di kedai 2nd hand je(jamgan beli baru).

3) ada duit lebih better cari transport sendiri, kat sini dah jimat pergi kerja tak payah tolak $5-$7. (Sangat penting klu nak blah)

4) jangan sombong

5) jangan malas(sharehouse klu malas orang tak suka)

6) jangan terlalu lembut hati

7) cuba cari peluang lain selain kerja farm. Kebanyak mereka ada visa so better kerja luar. Kalau yang ada masalah English tak salah masuk belajar. InsyaAllah peluang luas sebab Australia bagi stay sini untuk boleh bayar tax dan belajar itu adalah yg terbaik. Bayangkan belajar then pratical, then de rezeki diserap masuk, kerja farm gaji $13-$16 lepas belajar boleh kerja $25-$30 sejam.

Akhir sekali, saya masih belajar untuk menetap disini demi keluarga. Saya juga masuh baru dan memberi tahu apa yang saya nampak. InsyaAllah

Ikhlas
Gadis kaca mata

– Gadis kaca mata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit