Dilema Sebatang Lilin

Nama aku Lilin. Bulan April hari tu, genaplah sudah umur aku 35 tahun.

Ya, dan aku masih bujang ya pembaca budiman sekalian.

Dan inilah yang akan aku kisahkan, sedikit coretan aku sebagai seorang wanita kesepian, yang menghabiskan masa bertahun-tahun dengan lelaki yang salah? Atau bukan jodoh? 

Aku sebenarnya bercinta dengan lelaki yang aku namakan sebagai H ni sejak 2016. Lama kan? Kalau ikutkan ni tahun ke sembilan aku dan dia bercinta.

Lama-lama bercinta kenapa tak kahwin? Meh aku cerita sikit latar belakang keluarga aku.

Aku anak ke lapan daripada sembilan orang adik-beradik, maknanya aku ada sorang adik perempuan, lima orang abang dan dua orang kakak.

Keluarga aku bukanlah jenis yang terbuka dan tak juga tertutup sangat pasal jodoh ni.

Kenapa pulak macam Tu? Bingung kan, haha.

Keluarga aku jenis kalau nak kahwin boleh, tapi kalau ada benda tak settle atau tak kena, diorang tak bagi dan inilah masalahnya. H ni dia orang local, tapi takde IC, ada surat beranak je.

So, abang-abang aku taknak aku kahwin dengan H sebab diorang taknak nanti kahwin dah beranak pinak menyusahkan pula anak-anak. So diorang letak syarat, selagi takde IC, takleh kahwin.

Syarat ni abang aku letak masa keluarga H datang pegi merisik/meminang aku tahun 2022 tu.

Sebelum ni diorang tak pernah tahu pun aku bercinta dengan H sebab stail kitorang (adik-beradik perempuan) jenis tak suka bercerita sangat hal peribadi berkaitan boyfriend dengan parents.

Tau-tau datang umah hantar rombongan meminang. Kalau abang-abang aku memang suka cerita pasal girlfriend diorang dulu-dulu sebelum jadi bini kat mak aku, dengan aku sekali jadi tukang dengar.

So, disebabkan masalah IC si H ni, kitorang punya plan nak kahwin tu terpaksa la ditangguhkan. Aku sebenarnya takde la kecewa sangat pasal tak kahwin lagi ni.

Sebab memang takde persiapan langsung. Mak si H ni yang beria-ia nak kami nikah, sebab dah lama sangat kut anak dia dan aku bersama-sama.

Dia pun dah sayang aku macam anak sendiri, aku pun dah berapa kali ikut pegi rumah diorang, layanan memang tiptop walaupun diorang tu bukan orang senang. Dan aku sendiri pun bukan daripada keluarga orang kaya, tapi takde la susah sangat.

Yang aku kesalkan di sini, si H ni, aku mengaku la cara dia layan apa semua memang bagus. Tak pernah naik tangan, tak pernah tinggi suara, tak merokok dan memang sayang aku sangat-sangat.

Tapi masalahnya, dia punya effort nak dapatkan IC tu macam takde. Dengan kerja bertukar-tukar, susah nak kumpul duit simpanan.

Sepanjang dia tukar-tukar kerja tu, akulah yang selalu support kewangan dia. Si H ni kalau banyak duit, memang jenis tak berkira, tapi tulah, susah betul duit nak lekat kat tangan dia.

So, sepanjang 9 tahun kenal dia ni berapa kali dah aku pikir nak mintak break dari dia, tapi mesti selalu tak jadi sebab aku rasa aku takkan jumpa lagi orang yang sayang aku dan terima semua kekurangan aku macam si H ni.

Dan aku pun memang jenis terima je kekurangan si H ni sebab sedar diri banyak kekurangan.

Tapi baru-baru ni aku terSENTAP masa Raya tu, bila bapak aku cakap yang aku dengan si H ni takde JODOH.

Masa ni borak-borak dengan pakcik yang sama-sama kerja dengan aku, dorang datang beraya kat rumah, sembang punya sembang sampai keluar cerita pasal jodoh.

Lepas tu, pakcik tu tanya kat bapak aku, apasal aku tak kahwin lagi.

Bapak aku cerita la pasal si H ni dan hujung-hujung tu bapak aku cakap, kalau betul aku dan H ni ada jodoh, mesti kami dah kahwin lama dah.

Time ni memang aku rasa SENTAP dan macam tersedar sesuatu.

Dijadikan cerita, malam masuknya hari jadi aku, si H wish birthday dan aku bagitau aku nak sesuatu, tapi wasap aku tak bluetick pun sampailah esok harinya.

So, aku kol je la terus, dan aku terkejut bila dia bagitau yang mak dia masuk hospital. Lepas tu H tanya berkenaan wasap aku tu, tapi aku cakap takpela.

Tunggu mak dia sembuh dulu. Esoknya, aku kebetulan tak ada kerja, jadi aku amik kesempatan pegi jenguk mak dia kat hospital.

Oleh kerana aku sampai awal, kami ada masa 2 jam lebih sebelum masa melawat, jadi kami dua borak kat cafe. Masa borak dengan dia ni, H paksa aku bagitau apa aku nak mintak malam birthday dia tu.

H kata dia dah ready nak dengar aku punya request walau pahit macam mana pun,

(Untuk pengetahuan pembaca, aku pernah mintak lepas dengan H Disember lalu, aku cakap kalau lepas birthday aku hubungan kitorang masih takde progress, masing-masing bawak haluan sendiri). Kiranya H ni dah boleh agak apa aku nak mintak.

So ya, memang drama jugakla kami berdua masa tu. Nasib tempat tersorok.

Masing-masing nangis sampai merah mata, tapi aku tetap dengan pendirian aku nak putuskan hubungan dengan H, bukan sebab aku tak sayang,

Tapi sejujurnya aku sudah muak dengan janji-janji H yang tiap tahun renew janji dia nak settelkan IC dia dan kahwin dengan aku. Aku penat berharap dan menunggu dia berubah untuk stabilkan hidup dia.

Dan lagi satu, aku rasa memang tiada jodoh antara kami berdua walau macam mana aku dan dia saling menyintai. Setelah berbincang lama, akhirnya H sanggup lepaskan aku.

Tu pun setelah aku pujuk dia, kalau betul Ada jodoh, Kami dua kahwin jugak nanti, tapi kalau salah sorang dari kami ada yang kahwin dulu, kena terima hakikat yang memang tiada jodoh antara kami.

Lepas abis bincang, aku jenguk kejap mak dia dalam wad.

Happy mak dia tengok aku datang, siap bagitau H ada kumpul dah duit sikit-sikit, aku dan H hanya mampu saling berbalas pandangan bila mak dia cakap macam tu.

Aku pesan kat H siap-siap, jangan bagitau pasal kami putus selagi mak dia tak sembuh.

Lepas tu, aku cakap kat H, duit yang dia simpan tu guna je la untuk operation mak dia. Dan begitulah berakhirnya percintaan 9 tahun lebih sebatang lilin yang setia menerangi dan membakar diri.

Apa pun aku percaya Perancangan Allah jualah sebaik-baiknya. Korang doakan aku dan H jumpa jodoh kami masing-masing ya.

Terima kasih sudi membaca sedikit coretan hati ini.

– Lilin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. First of all, mmg IC tu sngt penting. Mcm er nk mohon nikah tanpa IC. Itu pn H tak serius…jika H serius, 9 thn tu dh boleh dpt IC…what a waste of time…Indon duk sini pn boleh dpt IC biru, dpt cari makan & kehidupan…fikir2 la..

  2. Dah banyak sgt redflag tu diknon oii… Kita ni kene igt cinta ni xbawak ke mana… Dgn keje mcm tu… Urmmm ko rasa cinta ko boleh bertahan lepas kawen nanti?

  3. mesti sakit sebab sis percaya dia je yang terbaik dan dah 9 tahun sama2 everyday kan, cuma spoil dia dekat part IC. tapi sis, one more thing spoil dia adalah kerja yang taktetap tu. kalau dia bukan biawak hidup saya akan doakan sis ada juga jodoh dengan dia sebab bukan senang nak jumpa orang yang “perfect” sayangkan kita lebih. kan? apa apa pun, saya doakan sis dan dia dapat yang terbaik untuk kalian berdua, which ever way works the best for both of you. sama ada sama2 atau dengan pasangan masing2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *