Ibu Yang Sunyi

Hi semua aku Bunga, kalau confession ni keluar aku cuma nakkan kata-kata semangat bukan kondem.

Aku seorang isteri dan ibu anak 1. Suatu ketika masa aku dalam maternity leave tak pernah terlintas untuk aku resign dekat company ternama. 

Tapi nekad untuk resign bukan sebab anak, tapi sebab gaji dengan kerja keras aku dibayar tak setimpal, maka aku buat keputusan untuk resign.

Sekarang aku suri rumah sepenuh masa, alhamdulillah cukup makan, pakai dan tempat tinggal. Semua lengkap suami aku mampu sediakan setakat ini. 

Cuma sekarang hidup aku macam huru-hara, jujur aku enjoy membesarkan anak tapi dalam masa yang sama aku rasa jiwa kosong.

Diulang-ulang rutin yang sama, sampaikan kalau boleh aku tak nak bangun dari katil tapi apakan daya anak ku sedang membesar mahukan perhatian. 

Aku kagum buat ibu-ibu diluar sana yang sudah bertahun menjadi suri rumah. Sentiasa terlintas di kepala aku, orang juga seperti aku atau hanya aku seorang.

Aku rindu untuk bekerja tapi dalam masa yang sama aku tak sanggup berpisah dengan anak. 

Jiwa aku selalu rasa kosong, tengah solat menangis. Entah la aku cuma nak luah rasa hati, tak perlu kecam sebab kita bukan sekasut.

Aku pernah jumpa terapi aku rasa lega dan tenang, tapi tenang tu hanya seketika. Aku tak tau macam mana nak overcome perasaan ni. 

Kadang aku menyesal dengan keputusan yang aku buat, tapi bila melihat perkembangan anak aku lega.

Cuma jauh dari sudut hati aku rasa sunyi, letih mungkin masa untuk diri sendiri tu sudah tamat. Pada aku dengan bekerja itu adalah satu “me time”. 

Cuma kalau aku bekerja, anak aku sedang membesar dan tak pernah berjauhan dari aku.

Adakah aku dikira pentingkan diri sendiri?

Adakah aku kejam terhadap anak aku yang baru hendak mengenali dunia. 

Adakah aku perlu tunggu sehingga anak “cukup umur” untuk dihantar ke play-school.

Aku sentiasa ragu-ragu dengan keputusan yang aku dah buat.

Sesungguhnya menjadi seorang ibu sangat indah tapi tak mudah.

Doakan aku terus kuat seperti kalian. 

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. cari kerja part time sis. kerja mungkin seminggu 2, 3 kali. anak hantar ke pengasuh harian. gaji tu cukup2 utk hantar ke pengasuh pun dah ok. sebab tujuan sis kerja ialah utk me time dan bersosial bagi menjaga kesihatan mental.

  2. First thing first bersyukur awk punya masa yg banyak tak terikat dgn orang. I’ve been there, twice. Pertama kali jadi surirumah masa sy anak 3. Kecik2 lagi anak sy masa tu, 3y,2y & 3months. Murung juga hari2 ulang rutin yang sama. Memang rasa malas nk buat apa2 sebab kita dah letih seharian dgn anak2. Kadang rs tak berguna.

    Lepas tu sy cuba busy kan diri. Sy manfaatkan masa di rumah dgn amalkan solat dhuha, mengaji. Sy bersyukur sebab anak sy masa tidur siang akan tidur semua sekali. Jadi masa sy free tu la sy me time layan korea dan sy join kelas PJJ kek dan pastry. Sampai sy boleh buat income dari situ. Suami pun sama2 tolong, sy juga developed new hobby berkebun di tepi rumah dan tanam bunga. Sy bela rabbit juga untuk anak2 ada pets. Masa sama sy deco2 rumah juga. So dah takda masa nak murung.

    5 tahun sy jadi surirumah sebelum bekerja semula. Jujur sy rindukan kehidupan lama tu. Huhu. Dan selepas hampir 3 tahun bekerja sy jadi surirumah semula sebab ikut suami pindah. Ironinya, sy rindu pula kzhidupan masa bekerja tu. Tula manusia kan tak pernah bersyukur. Tak kerja nak kerja. Dah kerja taknak kerja pula.Huhu. Semoga dipermudahkan urusan awak sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *