Masih Ada Ke Lelaki Yang Menjaga Pandangan, Menjaga Mata?

Hi, aku F, umur dah lanjut 20 an.

Tahun lepas aku ada berkenalan dengan sorang lelaki melalui socmed. Aku setuju untuk berkenalan atas sebab kami ada mutual friend.

Daripada feedback kawan aku, dia seorang lelaki yang baik dan setia. Keluarganya juga baik baik dan dia ramai adik beradik perempuan.

Tujuan perkenalan untuk menghalalkan tapi semasa pertemuan ke dua entah mana silapnya tiba tiba dia cakap, “kita kan kawan”.

Disebabkan itu aku putuskan untuk bawa haluan masing2.

Beberapa bulan berlalu, kami contact balik. Sebab kan aku dah ada perasaan dekat dia, aku layan kan dan terima walaupun hanya sebagai kawan.

Awal awal contact tiap malam aku menangis sebab paksa diri untuk terima status kami asalkan dia tak hilang lagi dah.

Tiap hari contact, oncall tiap malam berkawan tapi macam bercinta sampai la dia cerita sisi gelap hidup dia. Dia pernah ringan2 dengan ex dia.

Aku tak rasa apa2, marah tidak, cemburu tidak, menangis pun tidak.

Aku stalk semua socmed dia. Memang dia follow perempuan s€xy2. Aku ingat setakat tu je. Rupanya gambar perempuan b*g€l pun dia like.

Tapi aku rasa kosong. Fikiran aku masih fikirkan dia. Sekarang aku cuba menjauhkan diri daripada dia tapi aku takut, hati aku tak kuat.

Aku tahu dugaan paling susah untuk lelaki adalah perempuan. Tapi masih ada ke lelaki di luar sana yang menjaga pandangan mata?

Aku jadi takut nak percaya lelaki sekarang. Tapi aku juga manusia biasa, fitrah aku untuk berkahwin juga.

Mohon nasihat, pandangan dan kata2 semangat. Aku sangat mengalu alukan kalau yang komen dari pihak lelaki sendiri. Mohon nasihat sebagai seorang ayah dan abang.

Terima kasih..

– F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Bukankah fitnah dunia itu harta takhta wanita
    Selagi bernama lelaki mereka tetap suka nak tengok perempuan cantik malah perempuan bogel sekalipun, online atau offline
    Lelaki yg menunduk pandangan?
    1 dalam sejuta rasanya

  2. Ada..tp lelaki mcm ni biasanya gay atau kurang libido..kawin lelaki mcm ni, x dpt sex 6 bulan pun diaorg okay…perempuan jgk yg merana nanti

    Dont be naive sis. Accept the reality..Lelaki normal mmg mcm ni…pasti ada sedikit nakal dan salah laku berkaitan seks walaupun serban sebesar bas

    • Hmm tapi lelaki2 mcm ni nak perempuan suci, solehah. The double standard is real.

  3. Sbg lelaki. Ya, amatlah susah utk menundukkan pandangan..
    Terus terang shj.. Sy amatlah menjaga pandangan dan kelakuan di luar/khalayak..
    Tp di blkg.. Pastinya xkan lepaskan peluang jika ada yg menunjuk..
    Dia cukup baik utk mengakui kelemahan diri. Maka terima jelah dgn hati terbuka..
    Semoga dgn perkahwinan, setelah dpt yg halal, perbuatan salahnya itu akan berhenti..
    Sama juga spt sy, stlh berkahwin. Dptlah menjaga batas pandangan itu..
    Namun anda yg dah mengetahui keinginannya sebegitu.. Telah berkahwin nnti kenalah ready utk menunjukkan sisi diri anda sebegitu juga.. Kalau dia x dpt. Tu yg senang sgt kena sondol dgn wanita2 yg murahan..,

  4. walaupon ramai comment kt atas ni seolah setuju dan meng’normalisasikan’ benda2 mcm ni but i think lelaki tu dah went beyond his limit bila dia cakap dia dah pernah “ringan2 dengan ex”. sis kena percaya dgn ayat quran yg allah sendiri sebut “penzina untuk penzina”, kalau sis jaga diri elok2 tak pernah ringan2 ke apa ke kenapa eh jadi macam buta dan tak boleh bezakan baik buruk hanya disebabkan sis dah sayang dia? when in fact he made himself clear that he views you like a friend, lelaki kalau dia bebetul serious nak memperisterikan awak, dia sendiri akan step up, awak jangan jadi bodoh hanya kerana sorg lelaki, and yes ramai je lelaki baik kt luar sana yg masih jaga kehormatan diorang, so sis, pls dont be blinded by your feelings for a guy, if end u kahwin dengan dia pastu nanti in the future he still sticks with his habit, you yang meroyan padahal you already know the darker side of him. so, fikir2 kan la. ingat, jodoh kita cerminan diri kita. sis nak jodoh yang baik2, sis improve je diri, urusan jodoh ke bodoh ke biarkan je dkt Allah yg decide, yg penting gunakan akal Allah dah bagi tu sebaiknya untuk buat pertimbangan mana yg baik mana yg buruk.

  5. ko nak dia tapi kau xnak itu ini, tua camtu je lah sis.. aku pun dh 33 dh tahun ni, mcm2 ex dh aku hadap.. yg mana nk ringan2 aku blah.. yg mana nk kawan je, aku tinggalkan cari je yg lain.. hidup aku terlalu singkat utk buang masa x tentu hala.. bf aku skrg pun ada his past, benda mmg xleh ubah.. org laki ni, ko xpyh paksa, dia nak, dia buat.. simple je.. ko jgn jd bodoh tunggu dan perasan.. buang masa, baik ko g tidur..

  6. Payah dik oii nak sesempurna tu menundukkan pandangan. Dah memang dalam dunia ni wujud pompuan. Tak boleh elak la. Pompuan pun kalau tengok yang hensem dia bekelip juga mata dua kali melirik.kikiki.

    Tapi kalau dah tau awal mata keranjang suka tengok yang tak senonoh tu angkat kaki la. Suka yang bakal membawa duka. So tak payah la. Lagi satu laki sekarang kalau tak tengok pompuan dia tengok laki. Haa acane tu??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *