mimpi pelik
assalamualaikum. aku mimpi. jumpa "rasulullah saw". ya, aku mimpi duduk berbual dgn "baginda". aku tak nampak mukanya, tapi aku dengar suaranya. kami berbual dalam bahasa arab.
"هذا المغرب"
-ini maghrib
aku tercengang, setahu aku sekarang waktu subuh. jadi aku tersengih, mungkin Baginda tersilap. aku betulkan. aku cakap,
"لا هذا الصبح"
– tak, ini subuh
baginda balas.
"مغرب معناه الطلع"
dia ulang lagi tapi kali ini dipanjangkan, "الطلاع".
aku terpinga, aku pun taktahu kenapa aku menganggap Baginda cakap maghrib itu waktunya panjang. (padahal di luar mimpi aku sedar makna الطلع bukanlah panjang- tapi muncul, rise up)
aku terasa ditipu. aku pun balas,
"لا، وقت المغرب قصير "
– tak, maghrib waktunya pendek !
aku bingkas bangun, aku mengadap baginda, tapi masih tak nampak muka. aku jerit,
"أنت كذاب،أنت ليس رسولا ! "
– kau penipu, kau bukan rasul !
lalu dia pun bangun dan memukul aku dgn tangannya atau tongkatnya nak bunuh aku. aku jerit,
"إن كنت مقتول ….."
– kalau aku terbunuh ….
tapi suaraku tak keluar dr kerongkong, aku tak mampu habiskan ayat aku, lalu aku terbangun. tercungap2, aku terus buat isyarat ludah 3x di sebelah kiri.
aku tak pasti grammar aku betul ke tidak, memang tunggang terbalik. tapi itulah bait2 conversation kami yg aku ingat.
aku istighfar. aku tak pasti samaada jeritan aku terkeluar dr mimpi. tapi jantung aku mmg laju. aku bangun pergi toilet. tak lama lepastu sayup2 aku dengar azan subuh.
aku solat jemaah dgn suami. lepas solat, aku berdoa (ya, mmg selalunya begitu, aku yg berdoa. suami aminkan. amalan kami suami isteri) . mcm biasa aku mulakan doa dgn selawat, tiba2 rasa pilu. aku menangis teringat rasulullah saw. aku jd rindu. aku beritahu suami ttg mimpiku. suami cakap itu syaitan.
aku terus check kamus, ttg makna "الطلع" . kalau2 ada makna lain yg aku taktahu. entahlah, aku pun tak pasti kenapa aku boleh ingat dia cakap waktu maghrib tu panjang, dan aku mengamuk dan balas balik dan cakap maghrib itu waktunya pendek. lagipun maghrib maksudnya ghurub, waktu matahari terbenam, bukannya terbit – الطلع.
aku dapat simpulkan. yg aku jumpa dlm mimpi tadi syaitan. sama sekali aku tak layak nak jumpa rasulullah saw. dan aku nak sampaikan 1 nasihat penting, tolong check status hadis sebelum beriman, beramal dan menyebarkannya. sbb terlalu banyak hadis2 palsu yg tersebar dlm masyarakat kita.
antara ust yg selalu jd rujukan aku, Dr Maza, Maulana Asri, Fathul Bari , dan ustaz2 UIA. yg mmg belajar hadis. aku selalu jugak check website fatwa negara Arab mcm saudi, Syeikh Yusuf Al Qaradhawi, dll. kalau ada kelebihan bahasa arab, selalu2 lah rujuk website fatwa atau website ahli hadis, atau bukak terus kitab sahih bukhari, muslim, dll, tapi hati2 jangan tersilap bukak website syiah pulak.
amalkan baca doa pelindung fitnah dajjal setiap kali lepas tahiyyat akhir sblm bagi salam. dan baca surah al kahfi hari jumaat. (yg ni aku pun berlubang- lubang, kadang aku baca sepuluh pertama terakhir, kadang alu baca full, aku pun masih struggle utk istiqamah).
yg terakhir, jangan terlalu taasub dgn gelaran habaib dan keturunan nabi, lebih2 lagi yg mengaku bertemu nabi secara yaqazah (sedar), sedangkan hal itu sangat mustahil. dengar penjelasan kedua dua pihak, dan bandingkan. masih ingat ashaari ketua al arqam? ya, arwah difatwakan sesat antaranya sbb dia mendakwa boleh contact nabi secara sedar.
aku sampaikan sbb aku rasa sesuatu dgn mimpi tu. sumpah aku bukan org baik, iman turun naik. aku takut aku ujub atau riak kalau aku share dekat wall sendiri. semoga Allah lindung aku dr penyakit iblis. ingat kawan2, hadis palsu tak boleh dikompromi.
اهدنا الصراط المستقيم
– unknown