Assalamualaikum wrt. wbt.,
Pertama sekali, aku ingin menegaskan bahawa apa yang aku alami ini dan yang bakal aku ceritakan ini hanyalah sekadar mimpi.
Moga ada pengajaran yang dapat kita ambil daripada apa yg bakal aku ceritakan.
Jadi aku nak cerita kat sini sebelum aku lupa tentang mimpi ni.
Di dalam mimpi tu, pada mulanya aku tgh drive kereta dengan Mak dan Abah. Kami nak pergi ke satu destinasi tapi aku tak pasti kemana.
Sewaktu perjalanan, kami terdengar bunyi seperti bunyi hon kapal yang sangat kuat. Tak semena semena semua kereta yg ada atas jalan pun berhenti.
Kemudian, orang ramai mula keluar dari kereta dan mendongak ke langit.
Mak dan Abah pun buat benda yang sama.
Lalu, aku pun keluar dari kereta.
Langit yg tadinya cerah tiba tiba bertukar kelabu macam nak hujan.
Dalam kebingungan kerana bunyi kuat yg bergema di langit masih lagi berkumandang, orang ramai nampak terpinga pinga dan hanya memandang ke langit.
Tiba-tiba, suasana jadi sunyi sepi dan sangat sejuk.
Selang beberapa minit, aku dapat rasa tanah di kaki ni bergerak gerak.
Makin lama makin kuat.
macam gempa bumi.
Di hadapan jalan, (gambaran keadaan jalan tersebut ibarat di Lebuhraya Duta, area Mont Kiara di mana ada banyak bukit bukit batu)
Ada sebuah bukit batu di tepi jalan, tiba tiba bukit tu meletup dan berkecai. Dari bukit tu keluar macam larva gunung berapi memancut mancut ke langit.
Orang ramai kat situ semua dah menjerit dan bertempiaran lari.
Kemudian, makin banyak pancutan larva yang keluar dari tanah. Bukan tu je, ada juga batu batu besar yang merah menyala keluar dari bumi melantun ke langit dan jatuh menghempap kereta kereta dan orang ramai.
Aku yang berasa amat takut mencari mak dan abah.
Bila aku pandang muka Mak, aku tengok Mak dah menangis.
Aku jerit "Mak Abah jom lari selamatkan diri"
Mak pandang aku sambil menangis teresak esak, lalu satu ayat terpacul dari mulut Mak yang membuat kan aku rasa mcm nak tercabut jantung.
Mak kata "kiamat dah datang"
Aku tergamam seketika dan aku menangis sebab memikirkan dunia dah kiamat.
Kemudian seolah olah aku dpt satu kekuatan baru untuk selamatkan diri.
Aku tarik tangan Mak dan Abah masuk ke dalam kereta. Kemudian kami pun pulang ke rumah.
Sampai di kawasan perumahan kami, aku tengok orang ramai ada di luar rumah. Masing masing berlari ke surau dan masjid.
Orang ramai masuk ke masjid dan menjerit merayu menangis mencari tok imam sebab nak minta tok imam mengimamkan solat.
Tapi tak sorang pun tau mana tok imam pergi.
Bila tengok orang semua ke masjid dan surau, kami pun ikut serta.
Sampai kat surau, aku Mak dan Abah terserempak dengan seorang pakcik tua yg berjubah putih dan berkopiah putih.
Aku bertanya kat pakcik tu apa yang sebenarnya berlaku.
Pakcik tadi hanya menggeleng gelengkan kepala.
Dalam masa yang sama orang makin ramai memenuhi ruang masjid.
Aku pun makin risau, keadaan makin huru hara.
Bunyi bising di langit dan di perut bumi semakin kuat. Bercampur dengan bunyi kilat dan guruh.
Orang ramai menjerit dan menangis.
Aku yang semakin takut, lalu aku ajak Mak dan Abah solat. Lepas aku ajak Mak dan Abah solat. Mak Abah dengan pakcik tua tadi serentak kata pada aku "taubat dah tak diterima, apa gunanya baru sekarang kau nak solat"
Mendengar kata kata tu, aku rada bagai tercabut jantung dan putus harapan, yang hanya terlintas di fikiran adalah bagaimana azabnya untuk aku menghadapi kiamat yang baru sahaja di permulaannya.
Dan begitulah mimpi yang aku alami.
Demi Allah, mimpi ni aku tidak buat buat atau hanya sekadar rekaan cerita.
Aku benar benar alami mimpi ni.
Mungkin ini hanya mainan tidur tapi aku anggap ini adalah peringatan dari Allah buat aku yang selama ni lalai dan alpa.
Aku harap apa yang aku kongsikan ni dapat diambil pengajaran dan iktibar. InshaAllah.
– M.N
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit