Minta Maaf, Hilang Malu Mengundang Kifarah Yang Disegerakan Walau Bertaubat

Salam & hi selamat malam pada semua yang sudi luangkan sikit masa untuk sesi luahan saya.

Nama diberi Atiqah, single mom muda untuk kali ke 3, berumur penghujung alam 20an, mempunyai cahaya mata 1 anak yang berstatus sah, dan 2 lagi yang tak sah taraf statusnya. Saya berasal dari keluarga yang broken family (ibu & ayah berpisah dari kecil).

Sebelum itu saya harap para pembaca2 terutamanya kaum hawa seperti saya tidak memberi komen2 negatif yang meluah perasaan benci pada perkongsian saya ini.

Saya juga ingin menyeru pada rakan2 saya di dunia gelap diluar sana supaya hentikanlah segalanya yang bukan sebenarnya landasan hidup kita sebagai seorang perempuan/wanita,

yang sebenar pada hakikatnya meletakkan betapa rendah hinanya martabat kaum kita yang bersusah payah diangkat oleh rasul allah kita, baru bermula pada penghujung akhir zaman, setelah berabad ribuan tahun dihina kewujudan ciptaannya.

Ok permulaan ringkasnya dari kecil saya dibesarkan oleh sanak saudara terdekat ibu & ayah selepas mereka berpisah.

Alhamdulillah syukur bermula dari bangku persekolahan, ke alam pengajian tinggi shinggalah bekerjaya saya masih tetap disara cukup baik oleh saudara kerabat terdekat dengan pendekatan islam yang sempurna.

Ibu & ayah juga sehingga kini masih lagi tak pernah lupa lunaskan tanggungjawab mereka pada saya walau tidak sebumbung lagi.

Sejak dari alam persekolahan sehinggalah sebelum bernikah pada perkahwinan pertama, penampilan cantik, berwajah kulit cerah & memiliki tubuh yang kurus menawan pasti menjadi tarikan untuk semua lelaki yang memandang.

Apatah lagi imej penampilan saya mula menonjol pada alam pengajian tinggi. Tudung? Baju lengan panjang? Berpenampilan purata seperti kawan2 kenalan lain sudah tidak wujud lagi dengan pemakaian yang sopan untuk dipandang.

Dari sini jugalah dunia berjinak2 ke arah perhubungan suka2 bermula.. kemudian ke arah yang lebih intim pula.. bermula dari penghujung alam persekolahan dan semakin rancak disepanjang sesi alam pengajian tinggi serta berkarier.

Kerap bertukar2 teman lelaki, merasai hubungan intimasi bebas dengan semua golongan lelaki, dari semua peringkat usia (bawah umur, remaja, tua), dari semua latar belakang bangsa, semua status termasuk bujang dan suami orang yang telah saya nikmati pada ketika itu.

Saya setuju & terima dengan hati terbuka jika semua pembaca ingin mengerdik, melontar kutukan hinaan pada saya.

Namun saya menyusun ampun maaf pada semua kaum saya, wanita2 diluar sana atas kekhilafan perbuatan saya yang hanya semata2 kerana kepuasan nafsu tak berpenghujung. Semoga Tuhan saja dapat mengangkat darjat mulia anda semua puan2 di dunia & di akhirat nanti.

Sebenarnya tanpa sedar terutamanya pada semua pembaca2, ada beberapa juga sebahagian rakan2 (dari sekolah & ipt) & kenalan2 (pejabat) saya yang turut juga menjerumus diri dalam dunia ini, sekadar hanya suka2 dan untuk hiburan sampingan sahaja.

Apapun, sungguh kami beruntung, interaksi dunia kami tiada sesiapa yang dapat hidu melainkan gosip yang telahpun tersebar luas.

Ya, tanpa pernah tertangkap, tanpa pernah terkantoi oleh rakan2 sekolah, rakan2 sekuliah, kenalan2 sepejabat selepas memegang kerjaya mahupun keluarga sendiri. Semuanya terungkai bermulanya setelah saya mendirikan rumah tangga bersama bekas2 suami.

Di awalnya, saya sememangnya menyembunyikan segalanya dari pengetahuan setiap bekas2 husb saya. Namun, ia tak kekal padam terhapus disebabkan saya terlepas pandang akan masih adanya manusia2 diluar sana yang menanti setiap masa untuk mendedahkan diri saya sebenarnya.

Saya akui sememangnya mereka (semua ex-husband) adalah antara golongan lelaki2 yang baik sempurna dari segala pakejnya sebagai pemimpin keluarga, yang saya pastikan mereka ini tidak akan jatuh pada tangan yang selayaknya untuk status mereka.

Alangkah betapa keji dan terkutuknya misi kotor dan busuk diminda saya dan juga oleh beberapa rakan2 kenalan2 (circle dunia kami) yang berfikiran sama pada waktu itu untuk merasmikan semua lelaki2 yang baik di dunia ini yang terjaga maruahnya, dari dimiliki/dirasmi rasa oleh semua wanita2 yang baik seperti sahabat2 yang sedang membaca perkongsian ini.

Dendangan ungkapan2 agama yang mengatakan ‘lelaki2 yang baik untuk wanita2 yang baik’ adalah perkara yang paling amat dibenci untuk kami dengar dan terima hadam hakikat janjiNya.

Saya akui ia bermula dari kehendak naluri & nafsu saya, termasuk juga pada kebanyakan semua wanita diluar sana sebagai seorang perempuan yang fitrah sifat kejadian nafsunya juga mahukan perhatian dari lelaki, semahu2nya semua lelaki di dunia ini dapat melihat, memuji & mengagumi personalitinya.

Saya harap pembaca2 kaum hawa seperti saya jangan lah menipu diri sendiri/menafikannya. Saya juga harap janganlah mencuba2 ingin merasai laluan hidup sama seperti saya & rakan2 saya yang lain. Terlalu berat bebanan ujiannya untuk sesiapa tanggung

Setelah beberapa ketika meniti perjalanan hidup yang penuh dengan sengsara dari hukuman ini, saya akui, nafsu sebagai seorang perempuan muda, yang pastinya akan kalah dengan usikan ajakan dunia,

Pastilah tertarik dengan godaan2 dan keinginan2, lumrahnya pada kecantikan dan perhiasan yang pastinya akan mendapat perhatian pandangan & pujian lebih2 lagi dari mana2 lelaki.

Cuma, semua 9 nafsu dan 1 akal yang dikurnia anugerah oleh Tuhan, berbeza dari lelaki2 dari zaman kewujudan Adam yang memiliki 9 akal 1 nafsu, pastinya akan dapat ditundukkan dan dikawal dengan anugerah hebat yang tak dimiliki oleh mereka dari kaum adam, iaitu, MALU.

Saya akur setuju dengan semua perkongsian ilmu agama tentang apa itu perasaan “MALU” pada wanita, yang merupakan sifat kurniaan terhebat oleh Tuhan pada kita semua sebagai seorang wanita/perempuan, mengatasi apa sekalipun, yang menjadi benteng yang paling UTUH TEGUH dan juga sebagai imej peribadi azali hakiki sifat seorang perempuan itu.

Subhanallah maha suci Allah yang amat bijaksana tersusun penuh rahmat dalam setiap ciptaanNya.

Dalam ceramah2 ilmu agama dari ustaz2 agamawan hadis juga dah lama & sering tak putus2 sampaikan tentang kehebatan ciptaan seorang perempuan/wanita itu adalah dari sifat “MALU” nya yang menjadi semua perisai yang melindungi apapun di dunia ini.

Sehinggalah diceritakan lagi tentang amat dahsyatnya kesan dari lanjutan sifat ini pada kita semua dalam rujukan hadis, yang bunyinya kalau tak silap saya ‘jika kamu ingin melihat serosak2 makhluk yang tiada sedikitpun nilai padanya, lihatlah wanita atau perempuan itu pada sifat MALU nya’

Saya ketengahkan anugerah hebat sifat MALU ini dalam tajuk luahan saya yang berkait rapat tentang perjalanan hidup saya, yang hanya mampu tabahkan hati cekalkan jiwa,

tak putus2 istighfar dalam kesungguhan setiap masa penuh dengan linangan air mata, menerima akan janji pasti kifarahnya yang akan disegerakan juga di dunia, hatta dengan taubat nasuha diminta ampunan dosanya sekalipun, ia tetap berlaku, telah pun saya berlaku dan masih juga sedang saya lalui dalam perjalanan hidup ini.

Tiadalah saya tahu penghujung berakhirnya. Siapalah saya sebagai hamba hina yang ingin menidak nafikan undang2 Allah sebagai Tuhan yang maha menetapkan aturan hukumNya.

Sungguh hina khilaf angkuhnya saya dalam bergelumangan dosa2, masih lagi saya tak sedar diri, kerana seringkali nafsu akal dan emosi saya sebagai hamba pendosa yang cuba pula persoal tentang pembersihan dosa tanpa hukuman itu adalah layak untuk saya kerana sudah benar2 bertaubat.

Hakikatnya saya tidak boleh lari menolak ketetapan undang2 hukukan dari dosa yang Allah dah lama jelaskan, dan telahpun berulang2 kali disampaikan pada saya yang ingkar & degil ini, termasuk juga pada semua sahabat2 saya yang bergelar kaum wanita diluar sana yang membaca luahan ini.

Saya percaya, naluri kita semua sebagai perempuan/wanita akhir zaman ini, lebih2 lagi yang sama dunianya seperti saya, ataupun sebaliknya, pastinya atau sekurang2nya sukar ingin menerima hakikat aturan yang telah diatur teguh utuh untuk panduan tetap hidup kita,

Sehinggakan kita merasakan diri mampu mengatasi, mengolah ubah, menafikan apa sahaja balasannya hingga merasakan diri lebih hebat dari Tuhan demi kelegaan hati nafsu kita sebagai wanita.

Apapun kini, saya sedar, ikhlas & redha walaupun jiwa dan emosi saya tidak cukup cekal dan kuat menerima hukuman2 yang sedang berterusan berlaku tanpa putus2. Amat berat sekali bebanannya untuk saya tanggung dan lalui seorang diri.

Pernah juga hilang kewarasan diri yang cuba ingin pilih jalan pintas menamatkan riwayat hidup, lari dari bebanan ujian segalanya, kalau itulah jalan yang tak berdosa pada hukumnya.

Tetapi dalam diberi bebanan hukumam ini, saya tetap bersyukur, kerana ustaz2 agamawan2 ada beritahu ianya jauh lebih baik dari menerima azab yang berganda2 pedih seksanya setelah saya di alam sana nanti.

Cuma, saya sedih apabila anak2 saya yang kini sedang menanggung malu dari masyarakat sekeliling termasuk rakan2 di tadika/sekolah tentang status ibu mereka seperti saya.

Itu yang lebih menghiris jiwa menyayat hati saya, untuk mereka hadap seumur hidup disebabkan saya. Sebolehnya dalam sebak menangis menulis perkongsian ini, selalu berdoa minta biarlah kifarah itu ditanggung saya seorang diri, bukan anak2 saya…

– Atiqah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *