“Kau An4k Iri Hati.”

Sejak dua menjak ni banyak parents share gambar hantar anak jawab SPM jadi aku rasa terpukul dengan kisah hidup aku.

Aku anak second last. Bawah aku adik adik lelaki beza setahun dengan aku.

Cara mak didik aku dengan adik aku, lain. Anak perempuan kena patuh, buat kerja dan rajin. Sedangkan adik aku bangun lambat, tak payah masak, main game, tak kena marah.

Sejak sekolah menengah aku selalu aktif dengan kokurikulum sebab tak nak balik rumah. Aku penat kena marah.

Kadang-kadang aku kena marah dengan benda yang tak tau dekat mana salahnya. Yang mak aku selalu buat, marah, marah, marah.

Ada sekali tu, mak aku suruh confess kenapa aku ni selalu buat hal dengan dia.

Aku masa tu baru 14 tahun. Naif sangat. Aku jawab terus terang mak pilih kasih aku dengan adik aku.

Pagi tu, sebelum aku keluar rumah, mak aku cakap “Aku tak ada anak macam kau” hanya sebab aku berterus-terang.

Aku ingat lagi, aku jalan kaki ke sekolah dengan rasa bingung. Apa silap aku. Kenapa mak macam benci sangat dekat aku.

Aku sedaya upaya jadi anak yang baik, tolong setel kerja rumah, dapat anugerah cemerlang di sekolah, tetaplah aku ni anak yang dibenci.

Masa arwah nenek sakit, akulah cucu yang jaga nenek sekali. Aku mandikan, cebokkan, tukar pampers, bedakkan nenek dan macam-macam lagi.

Masa ni emosi mak aku tak keruan, temper tak tentu hala. Selalu marah. Aku sampai penat sedih sebab tak tau apa silap aku buat.

Banyak kali aku dengar mak cakap pada ayah bila aku dah naik masuk bilik “Dah besar esok kahwinkan dia cepat, biar dia berambus dari rumah ni.” Wow.

Sepanjang setahun aku duk busy belajar dan jaga nenek, aku dapat PMR 5A. Aku pergi sendiri ambil keputusan.

Bila balik, mak tanya “Kau dapat berapa?” aku jawab 5A, mak aku balas “Itu je kau dapat” sambil jeling dengan muka benci yang selalu aku tengok sejak kecik. Huhu.

Bila naik SPM, aku apply sekolah jauh-jauh. Masa aku siapkan barang nak masuk sekolah, mak tak pernah masuk bilik tanya persiapan aku.

Bila adik aku masuk MRSM, dari A sampai Z mak aku siapkan barang. Aku macam wow.

Aku sekolah jauh kejap je. Aku tak tau apa silapnya, masa dekat sekolah tu aku selalu sakit. Jadi bila aku balik rumah semula, cam biasa kena marah as always.

Beberapa bulan sebelum SPM, abang aku nak kahwin. Surprisingly, hari majlis jatuh pada hari aku sedang ambil SPM. Bilik aku jadi bilik pengantin. Dan aku tak dibenarkan jemput kawan-kawan kelas.

Hari majlis, lepas habis majlis, aku minta izin adik aku pinjam bilik sebab esok lusa aku ada paper Fizik dengan Kimia.

Adik aku ni, yang rasa dia terpaling pandai hina aku depan sepupu sepapat. Masa tu kaw-kaw aku lawan balik (sebab sejak kecil dah biasa kena pukul dengan adik yang baran), mak aku leraikan. Mak aku cakap aku malukan dia. Wow.

Pendek cerita, aku PLKN. Balik dari kem, tak ada orang jemput melainkan abang aku. Masa ni aku baru tau family aku fly bercuti. Wow.

Esoknya hari ambil keputusan SPM, aku jalan kaki sendiri ke sekolah yang jauh dekat 2km.

Keputusan aku tak cemerlang sebab aku malas belajar bila mak aku cakap aku ni asyik main je. So aku main betul-betul lah. Haha.

Lepas dapat sambung belajar, aku habis diploma, hari aku konvo, tak ada orang tengok aku naik pentas. Tak ada keluarga sambut bila keluar dewan.

Dan aku pergi konvo sendiri hanya untuk sekeping gambar di dinding. Masa tu aku baru tau mak aku tengah umrah. Huhu. Katanya dia doa baik-baik dari sana.

Well, tak ada yang lebih penting dari susuk tubuh orang yang kita nak ada berada depan mata. Alah, lagipun aku dah hadap benda ni dari sekolah rendah.

Masa pun berlalu dan aku pun dah dewasa. Move on dan hidup macam biasa.

Baru-baru ni adik aku dilanda ujian hidup. Sebagai kakak yang solehah, aku pun datang beri pandangan satu dua memandangkan aku tengok dia duduk rumah main game je.

Aku beri cadangan untuk kerja biasa-biasa dulu kalau belum dapat kerja tetap. Adik aku pertahankan yang dia ada buat job game. Okayy.

Betul dah tu.

Cuma kerja hakiki ni, macam pendapatan tetap lah gitu. Aku suggest kerja Mekdi pun okay. Orang cuma nak tengok kita ada kerja yang betul kita buat hari-hari.

Bila dah banyak kali aku bising, adik aku pun bengang lah. Tengah cakap dia terus keluar rumah. Masa ni aku cakap, aku wakil adik-beradik tegur adik aku sebab yang lain-lain pun tak tau nak cakap macam mana.

Masa nilah ada pertengkaran kecil dan kakak aku pun back up. Mak aku cakap aku ni anak iri hati dengan adik aku. Aku sebenarnya dah boleh expect dah ayat yang sama akan keluar.

Cuma itulah.

Aku tulis ni cuma nak luahkan je. Aku nampak, bila mak aku dah tua ni, dia dah slow down marah dan cuba nak baik-baik dengan aku. Bila aku pindah jauh, balik, mak aku try peluk cium aku. Aku janggal sikit lah.

Selama ni aku dah move on.

Aku dah happy kahwin ada suami, anak-anak. Sekarang aku berniaga pun boleh dapat 4 5 angka. Apa aku nak iri hati lagi.

Aku dah lepas fasa kemurungan sampai pernah rasa nak bunuh diri banyak kali sebab membesar banyak terluka dengan kata-kata mak.

Tapi bila baru ni mak aku sebut aku anak iri hati. Aku cuma nak cakap “enough” lah. Sebab penatlah nak sedih macam ni.

Jadi sekarang aku janji dengan diri aku, bila ada hari penting anak-anak, aku akan selalu ada sebab aku tau dah rasanya terluka.

Bila anak cakap dengan aku, aku akan pandang mata anak-anak sebab aku dah rasa dulu cakap tak dilayan.

Bila anak-anak lalu depan mata, aku akan senyum sebab aku pernah dahaga senyuman.

Bila anak-anak aku berjaya buat sesuatu, aku akan ucap tahniah sebab aku tau seketul ucapan tu pun dah membahagiakan.

Bila anak-anak aku ada talent, aku akan appreciate dari masa sekarang.

Aku tulis ni sebab penat nak rasa sedih. Okay ke kalau aku diam je buat sementara waktu? Sebab kali ni tak terbendung rasa sedih.

– Aku Anak Iri Hati Katanya~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit