Misi Swasta vs Misi Kerajaan

Salam 1 Malaysia. Apa yang aku nak tulis ni sekadar meluah. Dulu aku ni misi kat beberapa buah hospital swasta sebelum bekerja di sebuah hospital kerajaan di Malaysia.

1. Cara melayan pesakit.

Semasa aku bekerja di swasta, ya, kami melayan pesakit sebaik mungkin sampai pesakit anggap kami ni maid.

Urut kepala, picit bahu, sampai kan didalam tandas (single room) pesakit boleh tarik “emergency call bell” panggil misi untuk ambik sanitary pad padahal suami duduk dalam bilik pesakit tersebut sambil bermain handphone.

Sebenarnya bukan kerana pesakit bayar mahal, misi tak dapat extra gaji pun, tetapi sebab sifat ihsan dan empathy dalam diri ni.

Berbeza aku bekerja di hospital kerajaan sekarang, semakin hari semakin kurang sifat empathy ku, dek kerana tidak di benar memanja kan pesakit oleh senior2 ku yang garang.

Mereka berkata aku terlalu lembut dan senang di perbodohkan pesakit.

Pernah satu ketika semasa membuat dressing pesakit (bukan warganegara) mengerang kesakitan dan meminta ubat tahan sakit tidak di endahkan padahal doktor sudah prescribed painkiller PRN.

Tak sempat aku nak prepare painkiller, seniorku terus bandage wound tadi tanpa menghabis kan dressing sambil memarahi pesakit tersebut.

Aku kesian dengan pesakit tersebut dan rasa bersalah sampai sekarang.

Senior ku berkata aku tidak tegas terhadap pesakit.

Yang aku perasan mereka juga melayan pesakit mengikut pangkat dan pekerjaan. Kerana setiap kali pesakit admit, mereka akan selidik perkerjaan pesakit tu dahulu.

Sampai sekarang aku masih blur aku harus jadi misi macam mna?

2. Bebanan kerja.

Semasa di hospital swasta bebanan kerja sangat lah berat. Dari patient admit saja misi kena insert branula, ambik darah, book x-ray.

Kalau perlu operation misi kena book Operation Teather, inform doktor pasal admission, kalau ada referral ke doktor lain, kita kena inform doktor tersebut.

Jika ada silap dalam setiap task yang kita buat, maka berbakul lah kena marah dengan consultant/ physician/ surgeon.

Pendek kata semua kerja HO/ MO di hospital kerajaan dilakukan oleh misi kerana di swasta tidak ada HO/ MO.

Berbeza dengan hospital yang aku kerja sekarang. Bebanan kerja kurang sedikit kerana insert branula, ambik barah, booking apa2 HO/ MO yang buat.

Misi boleh membantu jika mereka tidak sempat buat. Maka misi boleh fokus dengan nursing care. Disitu aku bersyukur, tetapi aku kesian melihat HO kerana aku faham betapa sibuk nya mereka.

3. Kepelbagaian kaum.

Aku Melayu, tapi aku seronok berkerja dengan kaum lain.

Di hospital swasta, terdapat misi kaum lain. Ada cina, india, sabah & sarawak pun ada. Mereka sangat menghormati satu sama lain dalam bekerja dan sangat profesional dalam menegur kalau kita buat salah.

Berbeza dengan hospital aku bekerja sekarang. 97% adalah Melayu.

Saling tak nak kalah, mengumpat, saling menyindir di dalam meeting, talam dua muka, aku tak nak ulas lebih2.

Siapa yang pernah bekerja dengan pelbagai kaum dalam satu institusi, dia faham apa yang aku maksudkan.

Siapa misi swasta dulu dan kerja di kerajaan sekarang, aku tau ramai korang nak luah kan pasal benda ni.

– Misi Penyiasat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *