Assalamualaikum.
Ok ada suatu kisah menarik yang Aku nak kongsikan. Ia berlaku pada bulan April yang lalu semasa hari ulangtahun kelahiran Aku yang ke *oppsss rahsia! hehehe* Kisah jumpa wallet dan hilang wallet. Kisah yang mungkin kedengaran biasa tapi macam tak logik, aneh, misteri. Yang penting adalah mesej dari kisah pengalaman yang Aku lalui dari jumpa wallet dan hilang wallet tu. Semoga menjadi teladan kepada pembaca semua, insha Allah..
Bulan April yang lalu Aku, Armand, emak dan adik lelaki Aku, Shahrul ke Sungai Petani untuk menjemput Intan, adik bongsu Aku yang tamat belajar di UITM Kedah. Macam biasa kami akan sewa homestay dengan orang yang sama, seperti setiap kali ketika kami melawat Intan sebelum ni. Aku adalah orang yang terakhir sampai kerana bertolak lewat malam selepas habis kerja. Sampai homestay pagi tu, Aku rehat sekejap sebelum ke UITM bersama yang lain untuk mengambil barang-barang Intan di asrama.
Sedang kami bersiap, anak Aku Armand yang berada di luar rumah masuk ke dalam menuju kearah neneknya “Nenek, Armand jumpa wallet” sambil hulurkan dompet tu pada neneknya. Aku yang sedang bersiap dalam bilik hanya mengintai dan mendengar. “Dia jumpa kat mana wallet ni?” tanya emak. “Armand jumpa kat luar tu. Dekat tong sampah”. Emak dan Shahrul keluar tengok tempat wallet tu dijumpai sambil ditunjuk Armand. Tempat yang sangat jelas pada pandangan.
Emak buka wallet tu. Rupanya ia adalah milik tuan punya homestay yang kami sewa. Emak call pemilik homestay tu dan beritahu Armand jumpa wallet dia. Sebaik tamatkan panggilan, emak ceritakan pada kami, pemilik homestay tu beritahu dah dua hari wallet dia hilang. ANEH. PELIK. Kami terdiam dan kemudian tertanya-tanya sesama sendiri. Tempat wallet tu dijumpai sangat la terbuka – atas rumput tepi tong sampah je. Kalau orang lalu lalang mesti boleh nampak wallet tu. Paling tidak pun, jiran sebelah rumah sepatutnya boleh je nampak. Lagi aneh, pelik, penyewa sebelum kami pun tak nampak wallet tu yang dah dua hari kat situ?! Apakah..?
Macam tak logik kan? Pemilik homestay sampai dan emak serahkan wallet dia “Cucu saya ni yang jumpa wallet cik Ghani”. Pemilik homestay tu buka dan periksa wallet dia “Alhamdulillah.. Dah dua hari hilang, saya ingat tak jumpa dah.. Semuanya ada, cukup macam sebelum hilang..” Dia buka lagi wallet dan keluarkan sekeping not RM50 lalu dihulurkan pada Armand “Tak sangka ada lagi orang yang jujur dan amanah zaman sekarang ni.. Terima kasih pulangkan wallet pakcik ye..” Aku senyum. Emak juga senyum.
Aku senyum bukan kerana Armand dipuji atau kerana mendapat ganjaran RM50 tu ok. Apa la sangat pujian dan nilai RM50 tu berbanding catatan amalan kebaikan dan ganjaran dari NYA kan? Aku senyum kerana bangga Armand buat perkara yang betul. Kerana memilih untuk jujur dan amanah. Dalam hati “Alhamdulillah.. Mama bangga dengan Armand”. Ok selepas tu kami terus bersiap dan bergerak menuju ke UITM. Selesai semua urusan kami bergerak balik ke Langkawi.
Kisah jumpa wallet tu habis di situ. Ia kelihatannya seperti tak logik dan bagaikan misteri kepada kami. Tertanya-tanya, kenapa tiada sesiapa yang nampak wallet tu? Kenapa kami (Armand) yang jumpa? Hhmmm.. Ok esok malamnya, Aku bertolak balik ke KL – flight. Sampai airport Subang terus tempah GrabCar untuk balik ke rumah. Masih ada sehari lagi cuti untuk Aku selesaikan urusan sendiri pulak – pos dan by hand simkad pada customer. Tapi malang sekali…
Pagi esoknya sewaktu nak keluar, baru perasan wallet Aku hilang! Puas Aku cari tapi tak jumpa. Rasa nak menangis kot. Aku langsung tak ada cash dalam tangan. Tak dapat nak bergerak kemana-mana langsung. Stresss! Aku call airport Subang, tanya kot ada sesiapa jumpa dan tinggalkan wallet Aku kat sana – tak ada. Aku call restoren Subway yang Aku singgah beli makanan sementara menunggu GrabCar – tak ada. Aku call driver GrabCar yang Aku naik semalam – tak ada juga! Mati kutu – Aku terus call bank batalkan semua kad atm. Serius stres. Apa nak buat? Apa nak buat? Apa nak buat?!
Kerana langsung tak ada cash dalam tangan, Aku keluar jalan kaki sejauh lebih kurang 11km ke Maybank yang terdekat dengan rumah. Panas. Merecik ok! Jangan tanya kenapa Aku tak minta tolong sesiapa. Sebabnya Aku boleh buat sendiri. Masih ada jalan dan cara. Aku mampu dan boleh berjalan sendiri *aisehhh* Tak payah susahkan sesiapa. Aku memang macam tu. Finally Aku sampai bank juga. Terus buat kad atm baru dan keluarkan duit. Tak sampai 15 minit pun sebab Aku sorang je customer dalam bank tu. Alhamdulillah. Kemudian terus tuju ke kaunter PosLaju Kelana Jaya – pos simkad. Selesai urusan simkad Aku makan kemudian balik rumah.
Petang tu Aku terima call dari stranger “Hello ni NY ke?” Aku macam pelik je kalau ada orang call paggil nama penuh *huhuhu* “Wallet you hilang ke?” tanya si mamat yang call tu. Eh? “Ye, wallet saya hilang semalam. Awak jumpa wallet saya ke?” Mamat tu soal siasat Aku pulak dahhh. Wallet awak brand apa? Warna apa? Ada berapa RM dalam wallet tu? Ada apa je dalam wallet tu? Aisehhh. Aku jawap juga laaa soal siasat mamat tu. YA, pastinya jawapan Aku sangat la tepat. Ok kami set untuk berjumpa di Citta Mall. Maka berjumpa la kami..
Dan Aku dapat semula wallet yang hilang. Alhamdulillah.. Kebetulan ada di Citta Mall, Aku belanja mamat tu makan sebagai tanda terima kasih. Errr.. Mesti la ada scene berbual kan? Hehehe. Mamat tu pilot. Dia jumpa wallet Aku kat balai ketibaan kat airport. Ok mungkin tercicir masa Aku keluarkan HP sebaik turun flight sebab nak tempah GrabCar. Aku tanya dia dari mana dapat nombor HP Aku? Setahu Aku dalam wallet Aku memang ada banyak benda yang ada nama Aku tapi tak ada nombor telefon pun. Pelik. Katanya ada kertas kecil yang ada nama sekali dengan nombor HP Aku dalam poket kecil dalam wallet. Ok banyak lagi la yang kami bualkan, yang tak perlu la Aku kongsikan kat sini.
Aku terima wallet dalam keadaan sepertimana sebelum ia hilang. Semua ada, cukup. Alhamdulillah.. Terus teringat kejadian jumpa wallet kat homestay Sungai Petani 3 hari lepas. Kebaikan itu dibalas sama! Subhanallah.. Sampai rumah Aku belek lagi wallet. Aku jumpa kertas kecil yang mamat tu maksudkan. Aku sendiri pun tak ingat apa benda kertas kecil tu. Tapi memang ada nama dan nombor HP Aku. Alhamdulillah.. Mudah dan dipermudahkan walaupun sebelumnya Aku diuji terpaksa berjalan sejauh 11km!
Aku cuba memahami dan mencari hikmah disebalik kejadian jumpa wallet dan hilang wallet. Yakin Allah sedang cuba memberitahu serta mengajar sesuatu dari 2 kejadian tu. Malah, mungkin masih ada lagi sesuatu, hikmah yang Aku mungkin belum tahu, yang tak terjangkau dek akal yang cuba mencari serta untuk memahaminya. Kesimpulannya dari 2 kejadian tu; jumpa wallet milik orang – itu UJIAN. Hilang wallet milik kita – itu juga UJIAN. Andai kita memilih kebaikan dengan bersikap jujur dan amanah – pasti DIA berikan balasan yang sama atau LEBIH LAGI dari itu setelah diuji. Masha’Allah..
Ok penutup kisah, sekali lagi Aku nak ucapkan terima kasih kepada mamat pilot tu kerana kembalikan wallet Aku. SUNGGUH, TAK SANGKA MASIH ADA LAGI ORANG YANG JUJUR DAN AMANAH ZAMAN SEKARANG.. Awak telah menarik perhatian saya ok *ni aku balas cia cia cia dia. hahehu!* Oppsss Aku tak ingat pun apa nama mamat tu dan tak pernah balas SMS atau jawap panggilan dia selepas kami berjumpa di Citta Mall. Sampai situ saja. Aku tak selesa. Ok ok ok, sebelum Aku merepek dan lari tajuk, lebih baik Aku ucapkan Assalamualaikum. K bye.
– TYARA NY –
– tyara NY
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan -> https://iiumc.com/submit
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
“I found my wallet and my husband.”
Jgn lupa jemput kenduri
Dia dh ada anak la..haha
Point dye kat sini sebenarnya kau dh minat dye an . Tp malu . Hahahha dan berharap dye baca confession ni
oit komen tu tgok dlu tyara tu istri org kot…
It just sounds like that kind of story. Kite tak kata pun confessor AKAN BERKAHWIN DGN SI PILOT TU.
Pilot tu lelaki ke perempuan?
hahaha
kan si confess kta ‘MAMAT’
Ooo.. Kiranya mamat tu lelaki la.. Haha..
nape comel sangat
‘bakal suamiku pilot’
Agak2 laa nk menipu 11kilo jln kaki
Dia kan ade cakap,, “mama bangga dengan Armand,,” maksudnya dia ibu tunggal,, coz dia tak ckp pun pasal suami dia ikut sekali,,