Hai bertemu kembali. Masih ingat lagi artikel Kisah Seekor Anjing? Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/kisah-seekor-anjing/). Kali ini Tok nak cerita kisah seram yang Tok pernah alami.
Hari itu malam jumaat. Mak dan abah Tok ke surau seperti biasa mendengar tazkirah. Tinggal lah Tok, Cik Min, abang dan kakak. Kami berempat dah macam malaun dalam rumah. Terasa seronok bila mak abah tiada di rumah. Boleh lah kami berhuha macam monyet.
Kisah ini berlaku belasan tahun yang lalu. Otak kami semua tak matang lagi. Kami fikir nak seronok sahaja. Orang sepatutnya bertenang waktu maghrib ni. Tapi kami macam orang gila. Dan keadaan itu berlangsung walaupun dah masuk waktu Isya’!
Tengah kami semua berseronok tiba-tiba lampu terpadam (kenapa kejadian seram mesti dimulakan lampu terpadam, hahaha). Argh sudah. Dah kenapa terpadam ni? Masing-masing dah cuak. Haaa tulah happy sangat sampai tak ingat dunia.
Aduhai. Keriangan kami berempat tadi terhenti. Jadi tak syok dan tak sedap hati pula Tok rasa. Black out kali ni berbeza. Tak seperti selalu. Mana taknya dah malam, lepas tu jatuh pada malam jumaat. Mak abah pula tak ada. Walaupun ada 4 orang dirumah tapi tetap rasa tak selamat. Sebab semua tak matang lagi!
Oh mak! Baliklah cepat!? Kami berempat diam semua. Nak buat macam mana? Macam biasa kakak Tok ambil sudip kayu kat dapur sebab nak tolak suis perkakas eletrik yang terlekat kat atas dinding (Tok tak tau nak panggil apa). Tolak punya tolak tapi tak berhasil. Argh sudah, dah kenapa tak mahu naik suis ni. Biasa boleh je naik.
Masa umur macam ni Tok memang takut gelap. Rumah abah Tok dua tingkat. Masa kejadian, Tok duduk atas kerusi tapi tak menghadap langsung ke tangga tu. Sebab kat area situ gelap apatah lagi bila pandang ke atas. Tok cuma memandang ke depan. Tok tak nak lah tengok kiri kanan ke apa. Abang Tok pulak duduk kat anak tangga paling bawah sekali. Sebelah tu dapur. Tok pun langsung tak nak pandang ke arah dapur.
Kami berempat semua dah kecoh kenapa tak mahu menyala lampu ni. Tengah masing-masing sibuk bagi idea itu ini, tiba-tiba. Jeng jeng… Tok terdengar pagar tangga bergegar dari atas. Argh sudah. Dan gegaran tu makin kuat dan semakin dekat setiba dibawa.
Seriously, Tok memang yakin ada benda dekat situ. Memang jelas kedengaran. Pagar tu bergegar dan macam ada pergerakan yang sangat pantas masuk dapur. Semua tu macam spontan. Tok terus sahaja perhati area tangga tu. Tapi memang tak nampak apa (gelap). Yang Tok perasan ada bunyi dan angin yang berhembus laju ke dapur.
Tok diam. Tak berbunyi. Dan tak pula menyoal pada abang Tok samada dia perasan ke tak. Sudah, apa benda pula yang turun tu. Apa yang pasti Tok dah cuak dan tak semena Tok terus tanya kakak Tok. “Kak Su, kau tutup tak pintu kat balkoni atas tadi?”. Bukan apa sebab kakak Tok orang paling last yang turun ke bawah. Dan Kak Su kata dah tutup sebelum dia turun.
Ermmmm memang sah ada benda. Tok diam sahaja. Just cakap dalam hati. Sebab tak mahu yang lain jadi takut. Dan tiba-tiba tak lama tu Tok dengar lagi bunyi gegaran dari pagar tangga.
Kali ini seakan naik ke atas. Pergerakannya pantas dan hilang sama seperti bila benda tu turun dari tangga. Tok tak pasti apa benda. Apa yang penting time tu lampu kena menyala semula! Dan tiba-tiba suis dah boleh tolak ke atas. Kali ni tak menendang ke bawah.
Yeah! Lampu dah menyala! Yang lain apalagi, seronok semula. Tapi tidak Tok. Cuma terdiam kaku dibawah sinaran lampu. Sampai Cik Min pun perasan. “Apa pasal kau Kak dah macam kena sampuk hantu?” . Lagi cuak Tok rasa bila dia cakap macam tu.
Tok cuma mampu telan air liur sahaja. Dah okay baru Tok cakap. Tak lama tu Tok tanyalah masing-masing. ” Korang tak dengar apa-apa ke tadi?” Cik Min dan kakak geleng kepala. Mungkin diorang tak dengar sebab sibuk membetulkan suis elektrik tu. Tapi sorang je yang tak geleng kepala. Abang Tok.
Jadi memang betullah apa Tok dengar! Sebenarnya abang Tok pun turut dengar sama. Dia memang perasan ada benda turun dari atas. Abang Tok berseloroh sambil cakap dia nak minum air itu sebab itu dia tak bagi bukak lampu. Nanti pengsan pula semua. Bagi Tok kejadian seram tu adalah yang pertama dalam hidup Tok. Ini baru dengar belum lagi tengok depan-depan. Agak-agak gugur jantung Tok.
Pada malam itu, niat Tok nak tidur seorang diri berkubur. Kami berempat tidur ramai-ramai di tingkat bawah dan beralaskan karpet dan berbantalkan kusyen perabot sahaja. Sebab masing-masing takut nak naik atas walaupun diajak berteman!
Malam itu selimut menjadi benda wajib yang kena ada. Tok terpaksa pinjam selimut mak Tok. Takut punya pasal sampai tak nak naik tingkat atas ambil selimut. Tok akan pastikan kaki Tok tak terkeluar dari selimut bukan apa takut ada yang duk main kaki Tok!
Sekian…
– Tok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit