Assalamualaikum. Sebelum aku start ni aku harap takda lah yg nak kecam aku ke apa. Aku cuma nak tahu pendapat korang dan nak berkongsi pendapat aku tentang model muslimah ni.
Orang perempuan ni boleh ke jadi model ? Tak kesah lah model tudung ke apa tapi boleh ke jadi model ? Pada pendapat aku lah kan sebenarnya tak boleh jadi model walaupun untuk tudung.
Kenapa ? Well ni aku nak cerita. Haritu aku tengok satu gambar 'model muslimah' ni. Dia letak #modelmuslimah. Then bila aku baca comment "Cantiknya awak" "Lawanya awak" "Flawlesss nya awak". Dan kebanyakan comment kat situ daripada orang lelaki.
Walaupun dia pakai tudung labuh baju labuh tapi bila dia tayang muka dan orang comment bukan ke dosa macam tu ? (Ni soalan okay) Aku ada terbaca orang perempuan ni kalau masukkan gambar dalam internet pastu orang comment cantik lebih baik kita delete gambar tu.
Benda ni sama macam kes pakai purdah tapi dok selfie lah. Ada jugak yg aku nampak pakaian memang macam muslimah tapi letak video smule nyanyi lagu. Setahu aku orang perempuan ni tak boleh menyanyi depan orang bukan muhrim kan ? Thats why mizz nina yg isteri noh hujan tu berhenti menyanyi.
Sebelum aku send confession ni aku nak minta maaf lah kot-kot aku ni ada salah cakap ke apa. Aku cuma bagi pendapat sahaja dan aku harap korang boleh betulkan lah kalau aku ada salah kat mana-mana. So kita boleh sama-sama belajar kan ?
– Tanya je
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Hm hm… bab suara tu yap aurat. Bab jadi model tu aku x sure lagi. Kalau benda tu boleh mendatangkan fitnah, rasanya lebih baik stop.
Tkjut aku dgn dp hg
Haha peacee
Better stop kalau dh dpt comment mcmtu. Kalau nk sgt set private. Dua-2 mmg x elok pun.
Bg sy hukum jd model sama mcm hukum bersanding.. Tp kena bezakan, bila org lain tgok dia secara live dgn dlm gambar, hukum xsama.. Dlm gambar xjadi mslh, mubah saja..
Bagi aku x salah utk jadi model. As long as pakaian yg kau peragakan tu menepati syariat. X jarang, x menampakkan twin tower, etc2. Sometimes bila org yg nk mula pakai pakaian cam tudung labuh tu dy rasa..hmm cmna eh kalau aku pakai? Okay ke x eh? Cmna eh nak menggayakan? So dgn adanya model muslimah cmni at least bole tarik ramai lagi prmpuan2 yg nak berubah cara pemakaian tu
Aku x kata muslimah tu kena pakai warna2 mcm hitam, coklat..tu semua pilihan individu. Dan aku sebagai prmpuan normal, suka nak bercantik, berhias..
u spoke up my mind. Certain model @ any agency yg jadikan muslimah as a model, ada yg tutup muka diorang, so diorang cuma peragakan baju yg menepati syarak. So better that way I think so
Tutup mean by warnakan hitam muka diorang (tak tahu nk bg ayat ape) ?
Urmmm urmm… Betul laa tuu… Xtau laa istilah model muslimah ni relevan ke x sebenarnya ekk… Serba salah nak ckp… Smule….? Lagi serba salah nak cakp… . Model tu kan.. Skrg da byk model yg gmbo muke kena blur, then berdiri mcm kayu tuu bgi sy xde masalah… Memng nmpk nyata yg seller just nk peragakan pakaian.. Tapi yg model muslimah,promote jubah tapi pose semcm tuu xtau nak kata la awak… Yang model niqab tapi e ye liner, lens, kening…pose dgn niqab beterbangan alaa di tiup angin tuuu ermmmm. Xtau laaa nak kata… Naudzubillahiminzalik. Pape pun sy doakan diri saya dan semua sahabat2 sentiasa diberi hidayah, terus kuat utk istiqamah dlm setiap lgkah kita ambik. Aamiin.
takper akak sentiasa ada hidayah.. hihi.. *jgn kecam guraw je
Yes i am ?
jom akk smule dgn saye.. lagu sudah ku tahu.. huhu
Akak stok nyanyi dlm bilik air je dek ?
The term muslimah is loosely use these days.
Ok dari pandangan lelaki. Muslimah tak patut jadi model. Tudung labuh, handsock dgn stokin tak cukup kalau masih masuk dalam majalah atau sebagainya. Lelaki tetap dapat meneka saiz buah dada dan punggung dan macam2 lagi. Yes lelaki lower your gaze. Perempuan pula perlu mainkan peranannya juga.
Certain muslimah makeup tebal2 utk photoshoot baju/tudung.. Pastu amik video dgn muka menggoda.. Sayangnya.. Moga Allah bimbing kita semua..
Ramai jg model muslimah ni makeup artist dia lelaki. Bangga pula duk tayang mua tu dlm ig. Tp nk jg guna nama model muslimah.
pastu ade gak yg berpurdah bagai pastu upload video kene peluk ngan suami ..motiff?? opsss
Sy malu tgok yg tu… Mengalami kemurungan sebentar. Psgn muda.. Still ghairah lgi dgn istilah bercinta slps nikah. Nnti lau dorang tgok semula InshaAllah rasa malu tuu akn muncul.
rata2 macam tu…teruk lg pun ade….selalu budak2 baru nk up punye keje
Kepada confessor ,
Sebagai seorang wanita, muslim, model & bertudung.. saya terpaksa akui beberapa points yg awak sebutkan ni. Tapi ada antara kami yg bertudung ni tak pernah gelar diri sendiri sebagai “model muslimah”. Orang luar yg bg gelaran sedemikian memandangkan kami bertudung si luar juga ketika menjalankan tugas (sebagai model). Apa2 pun terima kasih atas teguran yg membina & bg kesedaran ;)
zaman sekrg…elok elakkan….in other side (jgn kecam)…ap2 bnde pun nak laris msti gune trikan wanita..prtnjukan kreta ad model..prtnjukkan motor ad model..fon ad model…yg x de kena mngena dgn prmpn pun gune model prmpuan..apth lgi pakaian…
Jdi klau duk tilik btul2…kita jdi model ni…mcm org nk gune kcntikan kite je..untk.lakukan product die…die mnjual product bermodalkan kita…kdg2 bju x cntik mne..sbb kne gya gmbr..model cntik..bju pun automatik cntik dn popular…
Mcm kasr…tpi meliht dri stu sudut pndg lain…klau tutup muke model still boleh jgk promote bju tu…prniagaan pun jdi lebih berkat
Prkataan muhrim ini istilah untk org yg dlm ihram…klau nk cerita soal ikhtilat kita gunakan mahram …bnyk org kite trtukar
OK so should stop using the term model Muslimah. Sebut model cukup.
Or for a better ‘views’ from the people.
Guna model biasa yang dalam real life tak tutup aurat or non Muslim utk peragakan pakaian Muslimah.
So tak la berdosa org2 yg real life mmg bertudung labuh.
Bg je org yg mmg tak pakai tudung dlm real life.
Hahaha.
Cantiknya confessor ini. Pandainya. Stim aku dengar confession dia. Dan kalo aku jumpa ko kat luar… depan2 ko aku puji kecantikan ko.
Habis apa ko nak buat? Sembunyi dlm tandas?
kan lebih baik gunakan patung sbg model?