Mohon Beradab Datang Rumah Orang !!

Salam semua pembaca iium confession. Lagi 2 minggu lagi nak sambut raya, ofcoz nanti ada rumah terbuka dan kenduri kesyukuran semua tu, ni aku nak habaq mai kat orang yang datang tu… dengan ada yang tak dijemput pun meh baca.. Kalau datang rumah orang mohon beradab please, beradab bukan setakat kau jaga mulut je…tapi bab makan, janganlah ambil banyak sangat fikir perut engkau je…lepas tu tak habis bazir.. Makan ikut perlu jelah, aku bukan kedekut, ni aku buat sate dekat rumah lepas tu ada perempuan ni ambil lauk nasi semua sekali sate lepas tu sate tu tak makan pun, kata dah kenyang tapi awat hang ambik sate banyak nohhh.. Hang makan free jaaa janganlah tamak haloba.orang lain nak makan da habis sebab hang pi buang kat bakul sampah.. Geram aku nihh…

Lepas tu tak habis lagi tu, spesis komplen makanan… kuajaq gila yang nih… Last year aku buat rumah berbuka, aku as a kawan teman lah kawan aku ni, tapi ada sekor ni aku tak jemput tapi mai jugak aku tak jemput sebab buruk lantok dan mulut jahat boleh dikategorikan sebagai makan tak habis jugaklah sedangkan dia yang amik banyak, dah tu tak habis komen pulak makanan orang masak… dia kata "buat sendiri ke? patutlah sate ni tak garing". Hang nak garing kasi rentung macam muka hang..hang masak ler sendiri… hang ingat ni restaurant kaa…

Lepas tu spesis tengok rumah orang lepas habis majlis pi cerita kat orang… Aku jumpa kawan2 dok sama2 dengan diorang lepas tu dia mula cerita depan2 aku dan akwan2 aku yang boleh tahan ramai juga ni.. dia cakap macam ni "kau tau tandas dia ada dua pintu, lepas tu kat tengah2 rumah, pelik giler tak pernah aku jumpa rumah macam dia ni". Aku angin lah jugak aku terus la cakap "dah bapak aku design lagu tu, rumah kau aku tak pernah kata pelik pun". Aku ni rumah banglo tapi aku tak pernah nak hina rumah flat dia tu bentuk macam mana, kalau aku jahat aku dah lama kata "ruang tamu rumah kau standart tandas rumah aku je besar dia". Jahat kan ayat tu? tapi aku tak cakap lagi dekat dia, aku fikir aku ada iman jaa.. Aku marah sebab dia suka canang cerita rumah aku semua tu… Aku tak taulah pehal perangai dia lagutu…

Kesimpulannya memanglah tetamu bawa rezeki, tapi tak boleh kah jaga mulut jaga hati jangan nak syaitan sangat perangai tuuu… Hang datang rumah orang jangalah kuajaq, sebelum nak kata apa2 check lah diri tu dulu… Biarlah rumah aku bentuk macam mana, itu dah babah aku suka.. dia yang design… Aku rasa hina rumah orang tu sangat kuajaq.. Umpama kau hina bapak aku jugak.. sebab bapak aku yang design rumah tu..
..
Buat awek2 yang dok nak diet tu, hang jangan nak ikut syaiton sangat bazir2 makanan, tuan rumah buat rumah terbuka untuk bagi makanan kira sedekah untuk yang memerlukan, hang sorang tapi amik makanan sampai 3 pinggan penuh… hang fikir ni hotel kaaa? Maaflah jika terkasar, tapi orang macam depa ni memang patut kena sound… Elok sikit adab tu, aku fikir pak dengan mak hang tak ajar adab je nih..

– MR. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

34 Comments

  1. Adoi malu dtg rumah org mkn mcm ni. Tq for sharing..

    Moralnya dtg rumah org ambik sikit2 mana tau rasa tk sesuai tekak kita. Buang2 sakit mata tuan rumah susah2 kluaq duit. Lain lah mkn buffet di hotel, kita byor, sendiri yg rasa..

  2. Aku ada jugak jenis kawan yg ckp lebih padahal dia lagi teruk mcm cerita rumah tu la confessor ddk banglo tapi mulut buruk ni rumah flat pastu sedap je ckp rumah pelik x cantik la padahal bnda tu sepatutnya kena ckp dkt dia

  3. Rilek, niat awak jemput diorang datang rumah untuk apa? Senyapkan je. Tetamu ni bawak rahmat untuk kita. Awak kutuk dia, belum tentu amalan kita bagi makan orang tu dipandang ALLAH

    • Dia cuma mengingatkan je supaya beradab.. Tak boleh juga nak bagi orang kutuk macam tu, masih ada maruah.. Rahmat dan amalan kerja Allah untuk menilai. Islam kan penuh adab sopan.

    • Mungkin confessor nak cerita je kot. Wallahualam. Tapi sedikit sbyk mungkin dpt menyedarkan orang lain supaya elok dan beradab datang rumah orang. Lagipun sy pun pernah kena macam dia ckp, sakit sangat rasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *