mohon feedback membangun

assalamualaikum dan terima kasih andai confession saya diterima. saya hanyalah insan marhaen yang ingin meminta komen membina dari semua pembaca sekalian. sedang cuba membaiki karya seni saya dalam bidang penulisan. cerita yang dipaparkan tiada kene mengena dengan yang hidup atau mati malah asli dari penulisnya sendiri. sedang dalam usaha menyiapkannya dan ingin meminta pendapat semua karya penulisan saya. terima kasih sudi membaca.

———————————————————————————————————————————–

‘Kita putus.’

‘Aminah, please … ‘

‘Titik.’

Bunyi tapak kasut flat yang keras bak terompoh dibawa angin. Perlaha-lahan meninggalkannya di parking kereta sendirian. Adakah dia betol-betol maksudkan makna ‘putus’ yang baru diucapkan sebentar tadi? Allahuakbar. Apa dah jadi ni? Kenapa? Kenapa? Nak dipujuk, tapi kelihatan amarahnya sangat membara seperti seekor singa yang sedang memburu si pembunuh anaknya. Segugus kunci dibawa keluar dari poketnya lalu ditekan butang ON dan pintu kereta dibuka serta punggung dilabuhkan. Kereta Myvi yang baru dibelinya sejak lima bulan yang lalu dipandu lalu dipecut ke lebuhraya.

‘kring ! Kring ! Kring !’

Bunyi loceng menandakan jarum jam sudah menunjukkan angka dua. Para pelajar sudah pulang dari surau sekolah untuk waktu rehat sekaligus waktu untuk mengabdikan diri kepada sang Pencipta. Bagi para pelajar yang ada kelas tambahan, mereka akan bergegas masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran manakala bagi para pelajar yang sudah tamat waktu pembelajaran, mereka akan pulang ke rumah menaiki kenderaan masing-masing seperti bas sekolah, motorsikal sendiri atau ibu bapa yang ambil. Ada juga para pelajar yang menyambung perihal sendiri di sekolah seperti menghadiri perbincangan kumpulan ataupun latihan nasyid dan berbagai ragam lagi. Begitulah rutin harian para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Shah 1, Pagoh. Dan bagi rutin harian seorang guru yang bernama Aminah, dia harus meneruskan sesi pembelajaran bersama murid-muridnya yang bakal menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia pada pukul dua hingga empat petang setiap selasa hingga khamis. Amanah sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang baru disandangnya sejak enam bulan lalu, membuatnya menjadi seorang guru yang sangat berdedikasi dan professional.

“Cikgu Aminah, hari ni tak ada kelas tambahan ke?”

“Eh, ya Rabbi, dah pukul berapa ni cikgu?”

“Jam cikgu mati ke apa? Dah pukul 2.05 minit ni.”

“Allahuakbar, saya ada kelas dengan pelajar 5 Umar Al-Khattab. Saya dah lambat ni.”

Dengan kelam kabut dia mengemas meja dan memasukkan buku-buku para pelajarnya di dalam beg sandang berwarna kelabunya. Namun, saat tangannya menolak kerusi untuk dimasukkan ke dalam meja, tangannya dipegang.

“Cikgu ni kenapa? Saya tengok, sejak dari balik makan pagi tadi, cikgu murung je. Ada masalah ke?”

“Eh, cikgu Siti, saya tak ada masalah. Mungkin penat sikit tanda kertas periksa budak-budak ni. Maaf ye cikgu, saya dah lambat.”

“Herm baiklah cikgu Aminah, kalau ada apa-apa masalah, perlukan telinga untuk mendengar, akak boleh tolong, sedia ada untuk Cikgu."

“Terima kasih kak, in sha Allah. Saya mintak diri dulu ye.”

Bunyi tapak kasut flat yang keras bak terompoh membuatkkan para pelajar sudah mengagak siapa pemiliknya. Mereka bergegas ke tempat masing-masing dan berlagak seolah-olah malaikat sedang singgah di kelas mereka. Sangat sunyi dan berbeza dari beberapa minit yang lalu seolah-olah seperti sedang berada di pusat membeli belah.

Kelas 5 Umar al-Khattab, kelas paling belakang di antara 5 buah kelas di sekolah itu. Aminah sebagai guru kelas tidak pernah merungut dapat mereka sebagai anak murid, kerana baginya, itu adalah pengalamannya sebagai seorang guru yang baru belajar. Selepas dia duduk di kerusi yang keras itu, dia terus mengeluarkan kertas peperiksaan yang telah siap ditandanya beberapa hari lepas. Buku latihan tatabahasa milik murid-muridnya juga dikeluarkan untuk dipulangkan kepada mereka. Tiba-tiba, sekeping gambar jatuh dari beg tersebut. Mungkin terselit di antara buku pelajarnya, siapa tahu.

Lama dia menatap gambar tersebut. Perasaan benci berbaur kecewa dan sedih menyelubungi dirinya. Apakan daya, dia yang membuat keputusan tersebut maka dia perlu menanggungnya. Dia cuma perlukan masa untuk menjawab dengan semua orang termasuk ibu bapanya. Mana tak nya, hubungan yang dibina selama lima tahu, hancur berkecai begitu sahaja beberapa jam yang lalu.

“Cikgu, hari ni kita nak belajar apa?”

Ali, ketua kelas yang berada di hadapan meja guru, bertanya bagi memecahkan kesunyian yang ada kerana berasa hairan dengan perangai gurunya yang kecil molek itu sejak dia masuk ke kelas itu hari ini. Perangainya yang kelihatan agak diam dan muka yang langsung tiada senyuman membuatkan semua pelajar berasa agak takut untuk menegurnya. Guru kelasnya yang kecik molek dan putih gebu itu, kebiasaannya akan sentiasa tersenyum dan akan bertanyakan khabar muridnya saat masuk ke kelas. Hal itu membuatkan semua pelajar agak senang dan selesa dengannya. Perangainya yang memahami pelajar dan tidak mudah melenting membuatkan semua pelajar suka terhadapnya. Walaupun baru setahu enam bulan ditempatkan di sekolah itu sebagai guru baru, namun dia seperti seorang guru yang sudah mempunyai banyak pengalaman.

“Cikgu, kita nak belajar apa hari ni? Nak sambung karangan semalam ke cikgu?”

Sekali lagi soalan sama diajukan buatnya tatkala soalan tadi diam tidak berjawab. Kali kedua ditanya, barulah Aminah tersedar dari lamunannya.

“Maaf ye murid-murid. Hari ni cikgu nak bagi balik kertas peperiksaan pertengahan tahun kalian. Kalau saya panggil nama, sila ke depan ye. Sebelum tu, Ali tolong bahagikan buku latihan ni kepada kawa-kawan awak. Lepas tu, buka buku teks halaman 98, jawab soalan tatabahasa dalam buku latihan kamu ye. Kamu boleh bincang dalam kumpulan masing-masing tapi ingat, jangan bising. Faham?"

“Faham cikgu.”

Serentak para pelajar kelas 5 Umar al-Khattab menjawab tanda faham arahan yang diberikan. Mereka segera membentuk kumpulan sendiri untuk membincangkan soalan dalam buku teks tersebut manakala ada juga pelajar yang selesa bersendiri.

Seorang demi seorang pelajar dipanggil mengadap gurunya di depan untuk membincangkan kesalahan yang dilakukan mereka di atas kertas peperiksaan. Suasana kelas yang agak bising dan hinggar-binggar membuatkan Aminah agak terganggu dan tertekan. Skrin telefon menunjukkan ada panggilan masuk dari seorang kenalan yang disimpan namanya sebagai ‘BF POYO :P’. Sengaja dia membiarkan panggilan tersebut berlalu begitu sahaja. Nasib baik, telefonnya diaktifkan dalam mod senyap. Masuk kali ini sahaja, sudah lebih dua puluh miscall dari si dia.

“Abu, awak tahu tak apa kesalahan awak? Dah banyak kali saya cakap, kalau bahagian karangan kena jawab macam ni. Dari tahun lepas lagi saya ajar awak, apa yang susah sangat nak masuk dalam kepala awak ni? Makan maggi banyak sangat?"

Suaranya yang agak lantang membuatkan satu kelas terdiam. Belum pernah cikgu Aminah memarahi muridnya sedemikian rupa.

“Kenapa korang semua diam? Tadi bukan main lagi bising. Kan saya suruh buat kerja dalam keadaan senyap, kenapa bising sangat ni?"

Sekali lagi api kemarahannya terkena kepada para muridnya di kelas 5 Umar al-Khattab itu. Semua pelajar diam serta merta tanda takut dan tidak percaya, guru kelas mereka sedang mengamuk atas kesalahan yang selalu dilakukan. Bukannya mereka tak pernah bising selama buat kerja, sekadar bising biasa-biasa, namun tak pernah pula dimarahi. Tapi kali ni, angin cikgu lain macam. Habibullah yang dari tadi berada di hadapan gurunya sudah kecut perut. Sekali lagi dia terlihat di skrin telefonnya terpapar nama yang sama menandakan ada panggilan masuk dari BF POYO :P.

Ringtone Call away berbunyi. Lagu kegemaran Aminah rancak berbunyi seperti mana rancaknya lagu rock berbunyi dari perutnya tanda lapar. Sudu dan garfu yang dipegangnya diletakkan di tepi bahagian pinggang di sisi ayam gorengnya yang dipesan iaitu kegemarannya chicken chop.

“Nak apa saleh?”

Aminah memulakan bicara tanpa ucapan mesra seperti selalu diucapkan iaitu salam tatkala melihat skrin telefonnya tertera nama Saleh. Kawan lelaki yang agak rapat dengannya dari zaman university lagi.

“Amboi kau, dah tak reti nak bagi salam ke?”

Terdengar suara garau dari dalam telefon memerli kasar sambal diiringi hilai tawa. Aminah yang memang tiada mood untuk melayan sesiapa pun pada waktu ini hanya mendengar suara di hujung sana membebel dan terus membebel. Seperti biasalah, Saleh seorang kawan lelaki yang sangat bermulut murai dan suka membebel serta memberi nasihat.

—————————————————————————————————————-

sampai sini je kot. nama asal x sama. ni bahagian permulaan je. Any komen, saya berterima kasih. :)

– #F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Ada 3 situasi dlm cerita di atas yg tiada kesinambungan. Mgkin akan dikaitkan dalam cerita akan datang ya? Apa pun, bagus. Cuma ada beberapa kesalahan ejaan. Lg satu, jika boleh kurangkan pendedahan drpd umum. Takut diciplak. Tahniah ye.

  2. Betulkn ejaan bahasa melayu, tatabahasa, kata nama am& khas. If nk keluarkn novel, jgn publish tuk bacaan umum untuk mntk pndpt tp hantarlah ke mana2 editor. Sbb bila dh kena ciplak dh xleh nk publish dan dptkn copyright

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *