MOHON READY – 2:07 AM

MOHON READY

Bimillah…sedikit perkongsian buat adik-adik lepasan SPM yang sedang berdebar menanti keputusan haha….ni based on pengalaman saya la waktu lalui zaman nak masuk IPTA tahun lepas…harapnya dapat membantu serba sedikit adik-adik nanti terutamanya yang nak apply ipg.. Antara persediaan yang penting ialah:
1. DUIT- harapnya adik-adik isi masa terluang ni dengan bekerja untuk mencari wang tambahan memandangkan ekonomi Negara pon tengah gawat kan so carilah wang secukupnya. Yang dah ade saving and mak ayah boleh back up takpe la. Sebagai contoh saya tahun lepas masuk je ipg ni yuran basic plus yuran tambahan itu ini mencecah ratusan ringgit. Itu belum dikira lagi kawan-kawan saya yang dah daftar masuk asasi, yuran hampir 700+ lepastu dapat pulak tawaran ipg maka melayanglah 700+ tersebut …(sebab pihak uni x pulangkan balik duit tu). Jadi fikir baik-baik sebelum buat keputusan nak sambung study kat mana ya. Lepas tu, adik-adik kena sedia laptop n printer siap2 esp yang nak masuk ipg sebab lepas daftar masuk je dalam sebulan lebih maka datanglah assignment yang pelbagai dalam ligkungan 8 subjek (tabahlah anda hihi). Kalau ada notebook pon dah ok…guna notebook dulu…nanti ade duit lebih skit baru beli laptop..haa lupa pulak memang la pelajar ipg dapat elaun tapi 3 bulan pertama x dapat lagi sebab borang perjanjian tu still dalam proses ..ready $$$ ye..kalau x silap asasi pon hujung sem baru dapat elaun kot..

2. BUKU- haa pasal buku pulak…maaf kalau tips ni banyak pasal ipg sebab saya pelajar ipg… hihi
Ok…buku-buku rujukan n nota such as karangan, addmath bio fizik kimia sume tu simpan dulu jangan sedekah kat orang lain lagi sebab kemungkinan besar kita akan guna( based on option jugak la.)

3. ISTIKHARAH dan MUSYAWARAH- saya harap korang dapat istiqamahkan solat hajat n solat istikharah sebelum dapat result, selepas dapat result dan sepanjang hayat supaya ALLAH berikan petunjuk yang terbaik buat kita. Kalau ada masalah ke, keliru nak masuk ipt mana ke, apa-apa je maka bincang baik-baik dengan parents ok!! Tajdid niat nak datang belajar kerana ALLAH supaya kita dapat menuntut ilmu dengan tenang dan yang paling penting ALLAH redha. Ready air mata esp adik-adik perempuan nnti homesick, stress n macam-macam lagi.

Sekian sahaja…maaf sebab sikit je mampu kongsi..gud luck batch ’98..NHI

– NHI

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *