Monolog hati si buruk rupa – 10:50 PM

Monolog hati si buruk rupa

Bahagia. Hari ini aku bahagia. Dapat beli baju baru. Besok bila aku pakai baju ni mesti bertambah keyakinan aku. Dengan baju baru, aku rasa aku cantik walaupun tak sama macam perempuan yang lain. Dengan baju baru, aku akan lupakan perbandingan yang orang lain buat tentang wajahku.

Aku tahu di mata orang aku tak cantik. Aku dengar sendiri dari mulut orang lain. Banyak orang. Ya, aku terima hakikat itu. Tapi jauh di lubuk hatiku, aku sedih. Inilah campuran wajah ibu dan bapaku. Tolong berhenti menghina wajah ini. Tolong.

Hari ini, baju baru aku dipinjam orang. Orangnya cantik. Pasti lebih cantik memakai baju ku. Takpa, aku pakai saja baju kurung lama mak. Sedapkan hati. Baju kurung lama mak adalah pelukan mak terhadap aku yang rapuh ini. Mak kekuatan aku. Baju baru? Sekarang jadi milik orang tu. Bye bye sumber keyakinanku.

Mak Abah, adakah wajah ini terlalu buruk untuk dikasihi? setidaknya dihargai. Namun aku sedar kasih Allah, mak dan abah lebih agung dari segalanya. Nafas yang Allah beri pada aku. Mak abah yang akan memuji aku indah luar dan dalam. Mengusap aku lembut seolah tahu isi hati aku.

Ajal atau jodoh? aku sendiri tak tahu yang bakal menjemput ku. Jika ajal, aku lega kerana wajah bukan la ukuran tetapi amal perbuatan. jika jodoh? maafkan aku buat sang calon suami, aku tak mampu memberikan mu banyak kesempurnaan dari fizikalku, namun aku siapkan diri ku agar aku mampu menutupi keburukanku dengan keindahan akhlak, menyayangimu lillahi taala, setia di sisi mu saat kau susah, dan membawa keluarga kita ke Syurga-Nya. Saya siapkan diri saya ya?

– Ai

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *