Monyet

Aku nie stay kat hostel..kebetulan hostel aku nie dekat jer dengan hutan. Masa 3rd year duduk lah kat satu bilik nie di tingkat 1 blok c. Masa tu aku dah start dengar kawan roomate aku cerite tentang monyet. Hari-hari diaorang nie datang bercerita, komplen. Yelah, monyet datang secara berkumpulan. Kwn2 roomate aku nie punya bilik di tingkat 3 dan 4. Tingkap bilik diaorang nie xda pun grill. So lagi mudahlah monyet nk masuk.

Antara komplen kwn roomate aku ialah, bila monyet tu masuk secara berjemaah dalam bilik, diaorang nie pun halau sambil jerit2 dan marah2. Nak jadi cerita, keesokkan harinya, diaorang nie g kelas and lupa tutup tingkap. Monyet2 nie apa lagi, datang dan menyelerakkan bilik. Dikencing atas tilam, sabun serbuk abis diselerakkan dalam bilik, tin2 biskut diselerakkan, bantal n meja tulis dicakar. Ada juga yg cerite ada kwn yg dicederakan monyet ketika pulang dari kelas. Dan ada juga yg kata ada yg pernah jatuh tangga gara2 lari dari monyet. Aku yg dengar pun naik seram. Kalah seram bila dgr citer hantu.

Jadi, alhamdulillah masa aku 3rd year,xda pulak monyet masuk bilik aku lg. Namun, bila aku 4th year nie..aku dipindahkan ke bilik lain di blok lain. Dah lah duduk bawah tanah. Bilik plak paling hampir dgn hutan. Bukak je tingkap, mmg pokok n tumbuh-tumbuhan jer aku nmpk. Best mmg best. Sejuk dan nyaman jer. Mcm rasa di kampung. Tu yg kekadang bangun tdo lambat..opppsss..hehehe..
Okay2..sambung crite pasal monyet. Suatu hari, waktu lunch. Aku pulang ke bilik sambil bwk makanan yg dibeli di cafe. Biasalah mkn dlm compartment sendri sambil tgk criter Merlin. Sedang asyik makan, aku terdengar sayup2 nama aku dipanggil dan disuruh keluar dari bilik. Aku dh pelik..dah sudah..siang2 pn ada hantu ke. Tp mcm suara2 roomate2 aku nie. So aku pn bangun dan keluar dr bilik compartment aku menuju ke pintu bilik. Aku terlihat roomate2 aku yg berdiri jauh dr bilik iaitu di dpan pintu bilik air level kami dan diaorang sedang ketakutan. Sambil menuding2 sesuatu ke arah belakang aku..diaorang menjerit2 dan kata "keluar cepat..monyet byk dlm bilik tu!!"
Aku nie memang yang blur sikit orangnya. Aku pun beralih dengan slow motion and lihat ke arah belakang. Yessszzaaa.. ada sekumpulan monyet yg dh menceroboh compartment roomate2 aku. Pelik gak. Kitaorg ada grill kot.. Awat boleh terlepas masuk gak nie. Dihadapan aku ada mak monyet..anak monyet yg dh bersedia cari makanan dlm bilik..ayh monyet n atuk monyet yg duk tunggu kat pokok luar bilik..myb dorg lah punya plan..sebab tu duk luar je.. Dibelakang aku plak..roomate2 secara berjemaah jerit suh aku keluar dr bilik. Entahlah..aku secara tetibe teringat pesan ayh aku..maklumlah,kami hidup di kampung..kebun pula hampir sgt di hutan. Mestilah byk petua yg ayh aku bg. Ayh aku pesan, jgn dimaki makhluk Allah. Kalau nak dia pergi, cakaplah dengan baik2. Insha Allah akn pergilah binatang tu.
So, aku pn dengan relaks, cakap.."Kenapa masuk bilik aku nie? Takde makanan yang sesuai pun untuk kamu. Keluar lah dari sini dengan baik..sebelum aku menyakiti kamu semua..keluarlah yea." Serius masa tu aku rase mcm aku ckp dgn orang ok. Kebetulan semua monyet2 tu mcm dengar n faham jer. Xsampai beberapa minit, monyet2 sekeluarga tu pn keluar. Aku cepat2 tutup tingkap.
Bila roomate aku masuk bilik, diaorg semua tanya..macamana ko buat td? Ko halau guna penyapu ke? Td aku nampk besar giler monyet tu..monyet2 tu tak serang ko kan?
Aku plak bila terdengar roomate2 cakap besar, baru takut tu datang..kalaulah td monyet2 tu marah, aku pasti dh dicederakan. Mujur xda pape. Alhamdulillah.

Ada sekali juga, aku nak g kelas ganti pada waktu malam. Baru kaki melangkah keluar blok hostel..tetbe ada seorang sister nie lari and peluk aku..pastu nyorok belakang aku..Aku plak? Terkejut of kos..awat minah nie mai peluk aku. Nasib lah ppuan sama ppuan ok. Dia nmpk hantu ke. Rupa2nya ada monyet dekat dgn kitaorg. And again, aku suh jer monyet tu balik..sebab dh malam. Dan monyet tu pn blah.

So aku rase..better cakap elok2..
Dengan sesama manusia pun kita digalakkan menggunakan kata2 yg baik. Begitu juga lah dgn monyet. Makhluk ciptaan Allah. So, pasnie kalau korang jumpa monyet, bolehlah buat mcm aku buat. Tapi kalau xmampu, lari je lah dr situ, macam roomate2 aku. Dan jgn pula g peluk org xdikenali secara tetbe ek. Bahaya. Hehehe
So, korang punya tempat ada byk monyet jugak tak? ?

– Che Tom

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *