move on – https://iiumc.com/forumv2/
Member datang ke rumahku. Dia kata tak dapat tidur. Dah tengah malam ni. Dah dekat pukul 2 pagi.
Aku dah mengantuk banget.
"Aku sedih."
Aku berpaling, tengok mukanya sayu.
"Bakal isteri, tinggalkan kau?"
Dia mengangguk. Mendung wajahnya.
Aku duduk di sebelahnya. Capai timun batang. Gigit, kunyah macam keropok.
"Tuhan dah tetap baik belaka cerita dan perjalanan. Menemukan, tidak menyatukan. Berkasih, tidak berijabkabul endingnya. Bercinta, namun air mata duka hiasi jalan cerita. Hati saling cinta, tapi dugaan sebesar dunia.
Jodoh, kau rancang serapi mungkin, walaupun kau berdua di jalan lurus sekalipun, dengan secalit ujian, tersungkur keduanya. Hancur segalanya.
Sebab tu, aku nasihat kau. Bila mulakan perhubungan, kau jangan sesekali letak harapan. Berharap pada sesuatu yang kabur, kau sendiri yang jerlus di lubang yang tak nampak.
Terlalu harap bahagia. Itu kesilapan utama. Bukan dia yang berikan bahagia. Bukan dia."
Aku mengomel macam nyamuk di tepi telinganya.
"Ginilah. Aku tak dapat hilangkan keresahan hati kau. Jadi aku cadangkan kau duduk di satu sudut, dalam rumah kau ke dalam surau ke, dalam kereta ke, kau bacalah Astaghfirullahaladzim berulang kali.
Kadang, dalam terlalu menyintai, kita melupai. Melupai Allah yang sepatutnya dicintai.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku." Petikan ayat-ayat akhir Surah Al-Fajr.
Belajar erti reda.
Reda adalah melepaskan sepenuhnya dari hati.
Redalah ia bukan ditakdirkan untukmu.
Redalah dia disatukan dengan jodoh asalnya.
Redalah senyuman manisnya bukan milikmu.
Redalah segala kenangan hanya tinggal kenangan.
Redalah cincin yang kau nak sarungkan di jarinya cuma layak disimpan.
Redalah segala air mata yang tumpah sekarang.
Lepaskanlah dia pergi. Bukan kau tak usaha, bukan kau tak ikhtiar. Bukan kau tak pernah bertahan, bukan kau tak pernah menangis bersamanya.
Kerana Allah kasihkan dirimu. Allah kasihkan dirinya. Dia ada perancangan terbaik untuk keduanya.
Tiada Allah tentukan sia-sia. Perit macam mana pun, terima. Pahit macam mana pun, telan.
Tak perlu salah menyalah. Dia pernah hadir beri secebis bahagia, kau juga pernah datang cetus rasa gembira di hatinya.
Segala kenangan, simpan jauh di sudut hati. Andai Allah izin dia kembali, dia 'kan kembali. Namun, jangan berharap. Kau yang 'kan terluka nanti.
Hidup ini tak lama. Bahagia yang bersifat sementara. Duka hari ini, tak bermakna duka sepanjang hayat ini.
Buat masa ni, Dia mahu kau cari Dia. Duduk berteleku nangis depan-Nya. Aku tak mampu kesat air mata kau.
Tapi, Dia. Dia kesat segala kesedihan pergi dari dasar hatimu.
Kau tabahlah. Jangan disebabkan bahagia yang terselindung, kau menangis murung.
Dia ada. Dia ada."
Aku pun rasa nak menitis air mata. Entahlah. Kekecewaan demi kekecewaan aku pun pernah rasa.
Member di sebelahku ini dah bercucuran air mata. Faham. Sedih yang dah lama bertakung dalam sanubari. Yang tak melalui tak bisa memahami.
Menangislah. Andai itu yang buat kau kembali tenang. Tetap berdiri.
Duka ini akan pergi.
Yakin pada Ilahi.
cnp
– hati sado