Move On.

Assalamualaikum and hye guys!
Lately banyak juga confession dan sharing yang best dan menginsafkan. Well, I have something to share too, and my confession is for all of us to take ibrah from it, bukan nak buka aib sendiri mahupun orang lain :)

(btw I like your page.Huhu)

*************************************

Well it started when I move to KL when I was in form 1. Before this I lived in kampung so suasana kat kampung yg agak menyekat pergerakan dan family yang sangat garang terutamanya atuk dan nenek so tak berani nak buat hal.

When I moved to KL, like some other people, I experienced culture shock. Yelah bayangkan kau budak kampung then pindah bandar, kau terkejut tak tengok lifestyle bebudak bandar lain giler dari kawan2 kat kampung? Dekat sekolah baru, I had a very difficult times.

Bukan senang nak adapt, dengan kena tukar sikit gaya bahasa untuk kurangkan dialek negeri, kemaskan diri. And I even have a friend that support me to drink alcoholic beverages tapi iman masih menebal dalam diri agaknya, alhamdulillah dapat elak daripada terpengaruh dengan dia.

It was all started when I fell in love with a guy. He's my schoolmate, my librarian partner. He's smart, kind, caring, responsible and cute. And for sure I'm his first love sebab dah tanya kat family dia dan selidik habis2. We came from a broken family; our parents divorced and we lived with mom. Kena pukul tu takyah cerita lah, tapi kena pukul tu sebab mak kami nak kami terdidik.

Teringat dulu, selalu tegur dan marah kawan2 yang bercinta monyet yang ada sanggup menggadai maruah demi cinta. Well, orang yang berkata itulah yang akan turut diuji Allah SWT.

When our first date, there's something (actually takdelah something tapi hasutan syaitan dan hawa nafsu sebenarnya) yang buatkan kami terpegang tangan. Dari pegang tangan sampailah berani berpeluk, then kissing sampailah ke part lain…….tapi Demi Allah kami tak pernah berzina lagi. Itu satu benda yang kami paling takut nak buat walaupun dia pernah ajak, sebab entahlah rasa takut sangat2.

I remembered our conversation after we make those 'ringan-ringan' job.

Him : Awak, jom 'buat' terus, alang2 kan.
Me : No, I don't want. What if I get pregnant and people hate and chase me away?
Him : It's okay, we have each other, kita boleh lari pergi tempat lain, pindah negara lain.
Me : Tapi kalau kat akhirat nanti nak lari mana ? Takda tempat nak lari awak. Allah mesti marah sangat2 kat kita.
Him : ……….

Yes, we were speechless. Dan aku pun tak tahu macam mana bait-bait tu boleh keluar dari mulut sedangkan masa tu baru lepas buat kerja 'ringan-ringan' dengan dia.

Tetiba, kami terdengar azan 'Asar. Sentap gila hati ni. Rasa macam berdosa gila. Dah lah kami dah banyak kali buat kerja2 tak senonoh ni. Masa tu, terasa sangat yang Allah nak kami bertaubat.

Tapi still tak makan saman juga. Lepastu kami buat lagi yang ringan-ringan tu cuma tak berzina. Tu je yang tak buat lagi.

Kawan2 sekolah kami dan parents tak pernah tahu kerja keji kami ni sampailah sekarang.

Sampailah satu masa, aku lepak dengan seorang senior sekolah. Dia dan kembar dia selalu tegur suruh kami supaya 'mind your gap'.

Satu hari tu, Kak I ajak tidur rumah dia, lagipun esok tu kami kena pergi dewan untuk penyesuaian pentas untuk teater.Malam tu, tetiba dia tercakap pasal taubat kat aku (tapi aku yakin akak tu sengaja cakap, btw dia agak warak orangnya jadi mesti dia tahu kan) . Kata-katanya buatkan hati p.erempuan aku luluh n memang menangis gila masa tu, tapi aku tak cakap pun nangis sebab apa. Dia senyum, seolah-olah dia faham sangat.

Balik tu, aku dikhabarkan pula ada orang yang mati semasa berzina. Mati dalam keadaan su'ul khatimah. Yes, sentap gila tahu. Tetiba aku terbayang kalau aku mati masa tengah buat kerja bodoh tu, rasanya Neraka Jahannam memang dah tersedia untuk aku.

Balik tu, aku rasa macam hina sangat diri ni. Aku menangis sangat2, rasa diri ni dah kotor sebab kalah dengan hawa nafsu. Aku solat taubat banyak2 kali, menangis minta ampun dari Allah sebab dah betul2 ingkar arahan Dia sebab dah mendekati zina. (QS Al-Isra', 17:32)

Start lepas habis SPM, kami dah jarang contact n jarang jumpa. Mungkin dia pun dah jumpa jalan taubatnya sendiri. Yes, kami berdua betul2 menyesal sampailah sekarang ni.

Masa aku masuk PLKN kat Sabah, aku banyak sangat muhasabah diri kat sana. Sahabat2 kat sana banyak bantu aku untuk berubah. Diorang ajak berusrah, rehlah petang2 kat padang kawad sambil tengok Gunung Kinabalu, diorang betulkan bacaan Quran terutamanya bila sebutan makhraj huruf salah dan banyak lagi. Aku ambil peluang masa 2 bulan 2 minggu kat PLKN untuk 'bersihkan' diri dengan kembali pada Islam.

4 tahun berlalu, dan we're still contacting each other. He's in engineering field, meanwhile I'm taking MBBS now. Mungkin aku beruntung sebab dia betul2 tunaikan apa yang dia janji; iaitu untuk bertanggungjawab walaupun kami tak berzina pun. Kalau berzina rasanya kami dah ada anak berumur 3 tahun sekarang ni.

Sekarang ni, banyak sibukkan diri dengan kerja2 tarbiyah dan bantu masyarakat. Aku nak tebus balik kesalahan lampau, dengan harapan ia mampu jadi kifarah dosa lampau.

Ada je orang2 soleh yang melamar, tapi aku rasa tak layak. Kawan aku, F yang banyak bantu aku untuk berubah sampailah sekarang pernah ajak jumpa mak dia, tapi sebab aku sedar aku ni siapa jadi aku lepaskan orang yg soleh macam dia. Aku rasa tak layak.

Sekarang, ex aku tu masih bertanggungjawab, kekadang dia tolong family aku, bagi duit belanja tapi aku cuma terkilan bila aku ajak kami bernikah, dia kata dia takut sakitkan aku macam dulu. Yes, aku banyak kali kena pukul dengan dia dulu. Penampar, penerajang tu banyak kali lah sebab dulu dia panas baran. Tapi rasanya boleh je tak ulang benda dulu, tapi dia tak nak, and dia kata kalau ada jodoh, adalah. Aku tahu dia masih sayangkan aku. Tapi entahlah. Sedih, sedih sangat. So i moved on.

Aku solat, minta petunjuk Allah, aku berdoa agar dikurniakan seorang lelaki yg beriman, bertaqwa dan memahami yang boleh bimbing aku jadi lebih baik. Walaupun aku sedar dulu aku ni dah pernah buat dosa, aku berharap agar Allah kurniakan suami yg menerima aku seadanya. Dan rasa menyesal juga sebab lepaskan si F (dia dah nak kahwin pun huhu)

Alhamdulillah sekarang dah makin seronok bila dah move on. Rasa kerja2 tarbiyah dan study jadi lebih mudah, rasa macam tenang sangat bila kembali pada Allah. Dan bersyukur sangat Allah kurniakan sahabat2 yang solehah dan sudi membimbing aku.

Sekarang ni, dalam proses ta'aruf dengan seorang muslimin, kami bergerak sekali dalam manhaj sunnah. Well he did experienced jahiliyyah times as well as me, cuma tak tahulah apa yg dia buat kan, mungkin tak seteruk aku. Doakan kami ya. Moga Allah permudahkan urusan kami.

*************************************

Buat muslimat2 yang aku sayang, kalau korang dah terlanjur ke apa sekalipun, jangan buat kerja bodoh macam bunuh diri ke apa. Kita ada Allah, Allah sentiasa tunggu kita untuk bertaubat. Berbalik pada jalan yang benar, taubatlah.

Buat insan2 yang bernasib baik, jangan hina kami. Kami sangat memerlukan bimbingan setelah terpesong dari jalan yang lurus. Jangan sekadar kencang dengan kata2 dakwah tapi kamu hina orang yang berdosa ni.

Benci dosa yang dilakukan, bukan benci pada pendosa. Semua orang berhak untuk bertaubat. Jangan hina.

Maaflah sebab panjang, saja nak share Terima kasih sebab sudi baca perkongsian aku ni. Moga Allah kurniakan taufiq dan hidayah buat kita semua.

Have a good day. Assalamualaikum.

– Rai

CREATE A POST

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *