Move on lillahi taala

Assalamualaikum semua . Terima kasih admin sebab approve aku punya confession .

Aku nak cerita ni . Betullah bilamana kita buat maksiat . Hati jadi gelap sikit sikit . Cahaya takkan masuk dalam hati kita . Sebab apa ? Sebab dah hitam legam . Cahaya tu putih bersinar mana boleh masuk tempat gelap no .

Okay la . Ni baru nak start cerita . Aku ni orang nya tidak la lawa sangat. Maksud aku , aku bukanlah orang yang tahap dapat likes beribu beriban dalam insta and so on . aku ni orangnya tudung labuh , pakai handsock , stockin . But aku bukan jenis yang nak menjaja muslimah sejati dalam insta , caption islamik tade la . Gambar pon aku tak letak . Buat insta sebab nak tengok kawan kawan aku punya life . Kebanyakkan nya aku ni diam la kiranya . Aku suka memerhati orang lain. Tapi aku ni kalau present memang audience akan diam and fokus kat aku . Tak tahu la sebab isi aku hebat sangat ke or sebab suara aku ni jarang didengari menyebabkan orang dengar.

Daripada zaman aku belajar lagi . Aku ni ramai sangat orang suka kat aku . Tapi kebanyakan nya time tu jenis yang tak boleh pakai la . Waktu tu aku memang boleh tepis semua tawaran dunia tu . Methodnya adalah jangan layan . Itu je . Bila layan . Habis lah semua benda . Mungkin waktu tu suci lagi, Allah tak nak uji aku lagi pasal hati kot time tu .

Sampailah aku masuk uni . Aku menjalani kehidupan seperti biasa . Masuk tahun akhir , aku didatangi oleh sorang lelaki ni . Classmate aku . Tak pernah bercakap pon dia . Dan dia tetiba wassap Cakap dia suka aku . Time tu aku macam ntah. Aku macam tertipu dengan dunia ni kejap . ALLAH uji aku dengan hati time tu . Lelaki yang confess aku time tu lelaki baik . Aku dalam kelas just tahu dia ni budak dekan , selalu baca doa , ahlul surau dan ntah . Time tu aku macam tertutup mata aku ni . Aku pergi layan . Memang la aku tak cakapa aku suka dia juga . Tapi dalam berwassap tu macam seronok dan ada rasa tak kena . Tak tenang la juga rasanya .

1 sem berlalu dengan rasa yang ntah pape . 1 sem tu aku macam kelaut . Nak belajar rasa malas . Nak baca quran bukan dengan hati . Hati dah kelain dah time tu . Buat semua benda time tu macam bukan niat kerana Allah . Tapi cam kerana dia . Ohh . Jahatnya aku .

Tahap kami ni tahap yang dah nak kahwin la kut. Mak pak aku pon dia dah roger minta izin kawan .

Sampailah satu hari ni . Hari keluar result uni . Pointer aku cecah agak teruk la juga time tu . Selama ni aku Dean. Naik pentas selalu . Cuba bayangkan time tu . Aku rasa ini mungkin sebab aku tak jaga hubungan dengan Allah . Waktu tu lah aku muhasabah balik . Apa yang aku buat selama satu sem ni . Apa yang Allah tak suka aku fikir balik . Camne caraa nak atasi semua . End up . Aku tak contact dah laki tu . Dia tanya aku apasal semua . Aku cakap "sekrang ni masing masing get back dengan Allah dulu . Ada jodoh , ada lah . Doa la banyak banyak . Hati kita ni Allah juga yang pegang . Siapa lagi kita nak minta kalau bukan pemilik hati ni " Alhamdulillah , rupanya dia pon rasa tak tenang selama ni . Dia tak tahu nak escape camne . Dia pon muhasabah juga after tahu result dia down juga . After tu sama sama fikr satu je "move on lillahi taala ".

After kejadian tu , masing masing tak contact . Aku block no dia . Dia block aku . Dalam hati usaha , doa , istikharah banyak banyak . Moga Allah halakan hati ini kearah yang betul .

Cahaya takkan menembusi hati yang sedang berbuat maksiat. Memang kita rasa ala setakat wassap je pon . Tade apa sangat la . Muslihat syaitan ni halus sangat dek . Apabila hati rasa tak tenang tu Allah juga la yang hadirkan rasa tak tenang tu . Allah mengatakan dia rindu perhatian kita . Sebab perhatian kita dah terlari . Sedangkan fokus kita hanya kerana Allah je . Bukan untuk yang lain Moga Allah pimpin hati kita ini kearah yang betul .

Sekrang ni aku tengah tunggu time nak sambung master. Doakan aku eh .

– HambaAllah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

12 Comments

  1. apa kaitan dean list dengan ko punyer niat nak bina masjid ,, eyhh pls lah nabi tak letak syarat dean list atau pointer ko utk membina sebuah masjid ,, aku tak paham la , senang2 je putus macam tu ,, agak2 esok lepas kahwin kena badai sikit dah gelabah , sabor laa , perasaan tu biar dipandu dengan agama masing2 nak perjuangkan kehidupan bahagia kan jangan lah mengalah sebab benda kecil( maksud aku selagi korg tak buat maksiat xde masalah) .. xpaham laa

    • Jaga hati bro. Tak semua dapat rasa pentingnya menjaga tu. Dua-dua pun x ready lagi nak kahwin lagi.. So jarakkan diri lebih baik.

    • Nur Athiyah ye kot sebab bila dh bersayang2 berindu2 confirm hati bunga2 . banyak sangat cium harum bunga sampai lupa Allah .
      suami isteri pun hati berbunga2 kalau cakap gitu . ni kan pulak hubungan yg belum sah , lagi banyak syaitan tabur bunga . hahaha . (pendapat saya lah,,?

  2. Salah tu, cahaya boleh masuk tempat gelap, walaupun gelap gelita. Begitu juga dengan hidayah. Walaupun hatinya hitam legam berkarat sekalipun, jika Allah kehendaki, cahaya hidayah akan masuk. Yang setepatnya, cahaya itu tak akan masuk ke dalam ruangan yang tertutup rapat. Maka, ianya jadi gelap. Begitu lah hati kita, Nur tak akan masuk ke dalam hati yang sudah tertutup rapat. Kena buka dulu. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *