Assalamualaikum. Salam Ramadhan Mubarak. Salam confession. Dikisahkan saya dikurniakan 2 orang anak dan ditakdirkan isteri tidak mencintai saya semenjak kami di ijab kabulkan.

Bermula dengan perkenalan saya dengan isteri di stesen bus, saya selamatkan dia dari orang gila yang meracau. Alhamdulillah semenjak tu kami selalu contact hingga bertunang. Sebulan sebelum kami kahwin, saya rasakan ade sesuatu yang x kena, balik dari beli brg2 kahwin dan masa tu ada di rumah mertua, tiba2 saya terbaca msg di phone, dan isteri cuba mengelak. Saya bertanya pada isteri dan dia jelaskan apa yg berlaku, ada lelaki yg kacau dan isteri dah byk kali elak. Saya percaya dan harap xkan berlaku lagi. Sepanjang sebulan sebelum kahwin pun kami byk bincang masa depan kami, especially nak menetap di mana.

Malam sebelum bernikah, isteri call dan tiba2 beritahu saya yg dia x ready lagi. Tiba2 perasaan dia tak menentu. Saya suruh dia istighfar dan tenangkan dia. Saya berdoa agar hari akad nikah di permudahkan. Setibanya akad nikah, ayah mertua sendiri yg akad kan saya, saya lihat isteri saya sedih dan tiba2 menangis. Akad dah selesai dan tiba masa dia utk sign form kahwin utk bagi dekat tok kadi. Saya bingung sebab apa tiba2 die menangis, mungkin menangis sbb terharu or mungkin mcm apa yg dia ckp smlm, dia x ready lagi. Sesi bergambar lepas akad nikah dia kembali ceria, lega hati saya. Telahan saya mungkin dia terharu sampai menangis.

Isteri saya ni panas baran, saya cuba uji dan ternyata baran dia x boleh control. Bermulalah duka saya semasa dia mengandung anak pertama, dia alahan teruk sampai muka saya dia x boleh tgk, bau badan saya dia nak muntah dan dia x bagi sentuh langsung. Satu hari dia jumpa kucing and nak bela, dan saya pesan jgn main kucing takut effect anak. Start dari situ dia selalu naik angin dan minta cerai. Semakin hari sikap panas baran dia semakin menyerlah. Ibu mertua minta saya hantar dia ke rumah dan kami duduk asing sementara. Alhamdulillah anak lelaki sihat dilahirkan. Saya pasrah dan die tetap dengan keputusan dia utk minta cerai sekali lagi, saya bingung dengan alasan dia sebab xde hati dekat saya. Kuasa Allah s.w.t , dia cuba teruskan perkahwinan atas sebab anak. Alhamdulillah saya sujud syukur.

Hari yang paling hitam, masa bulan puasa 5 tahun lepas, saya dan isteri pergi ke bazar dan beli kuih utk berbuka di rumah nenek saya. Sebelum balik ada kuih yg lebih dan suruh isteri simpan, saya tahu dia terasa sebab kuih tu x habis makan yg dia beli. Semua dah pergi tinggal kami bertiga dekat kereta. Saya lihat dia dah berdengus marah dan minta kunci kereta sambil suruh dia pegang anak. Dia berkeras nak bawa kereta sambil marah dekat saya sebab menyuruh dia simpan kuih tu dan tunjuk kuasa lelaki. Saya terangkan pada dia, saya suruh simpan dan saya x marah, tapi dia masih marah. Dia terus bawa kereta dalam keadaan yang penuh marah dan saya suruh dia berhenti. Lepas dia berhenti saya tengah dukungkan anak utk keluar bagi saya drive dan pass anak dekat dia. Tiba2 saya dan anak tercampak keluar sebab masa tu dia cuba pecut lepas saya dan anak selangkah keluar. Saya mengucap panjang. Kebetulan mak ayah saya masih dekat, saya call dan datang ambil saya dan anak utk bawa ke hospital, tangan saya cedera masa selamatkan anak. Selang beberapa hari dia sedar kesilapan dia dan saya maafkan dia. Sejak dari hari tu, panas baran dia dah berkurang.

Saya, isteri dan anak jalani kehidupan macam biasa di rumah dan isteri semakin hari semakin sibuk. Banyak kali ajak bersama tapi alasan yang sama saya dengar, tiada hati dan perasaan dekat saya dan letih kerja. Saya ber-chatting, yahoo mesenger dengan byk perempuan, apa yg saya cari hanya utk tahu isi hati perempuan, minta pendapat, dan ada yg lebih dari tu, tapi tu cuma keyboards, x la sampai saya berjumpa. Cukup sekadar saya hiburkan hati. Saya kantoi dengan isteri masa dia pinjam laptop, saya mengaku yg saya silap. Teruk saya dibelasah sampai saya mc kerja. Sikap panas baran dia x boleh ubah, setiap kali saya explain dia xboleh terima. Lepas sebulan, dia ok, Alhamdulillah dan saya dah berjanji x chatting lagi, dan saya harapkan dia ada masa utk saya. Dia bersetuju. Lepas setahun, kami berpindah ke rumah mertua saya atas sebab kerja saya. Lepas beberapa tahun, alhamdulillah kami di kurniakan lagi seorang anak. Kasih kami semakin bertaut semenjak ada anak kedua ini.

Semenjak 2-3 bulan saya rasakan isteri makin menjauh, dia cuba cari alasan dan selalu cari kesalahan saya. Apatah lagi nak bersama jauh sekali. Cukup nafkah duit isteri dan anak2 saya bagi x pernah putus. Sampai satu tahap saya nak uji dia, itu pun sebab isteri perlakukan saya macam saya tak tahu apa2, saya kemaskan bag nak blk rumah mak ayah saya. Tanpa dia halang dan tanpa dia minta maaf, dia lagi curahkan minyak dalam api dengan berkata macam2 pada saya, saya masih ingat pelbagai kata2 yg sangat memeritkan, "u ni pekak takde telinga ke", "dari jauh macam org terencat i tgk u ni", "u ni x tahu apa2". Saya cuba kawal kemarahan saya, tapi dia lebih dominan, saya tahu saya kena kawal emosi saya sebagai lelaki, tapi saya bukan malaikat.

Saya cuba minta maaf berkali-kali tempoh hari sebab x boleh kawal emosi tapi dia masih berkeras. Saya balik dan tinggal dengan mertua balik bersama dia, tapi bilik berasingan. Dia dah x nak terima saya dalam hidup dia. Saya masih bersabar dan pujuk dia. Saya bingung. Saya sayang dan cinta saya x pernah hilang pada dia, lagi2 dah 2 orang anak. Sejujurnya walaupun dia bersikap begitu dan saya tahu saya bertepuk sebelah tangan, saya tidak pernah terfikir utk cari yg lain. Cinta saya sejati.

Saya usahakan rumah sewa dekat dengan rumah mertua bertujuan utk eratkan hubungan saya lagi dengan isteri. Rancangan utk beli rumah berdekatan dengan mertua masih lagi tengah mengumpul duit tapi kena korbankan sedikit utk perbelanjaan rumah sewa. Rumah yg dah dibeli dekat rumah mak ayah terpaksa disewakan sebab isteri x nak duduk. Pada mulanya isteri bersetuju utk duduk rumah sewa, dan tiba masa semua dah siap, saya kecewa apabila di ajak tapi dia cakap dia x pernah ckp nak duduk rumah sewa. Saya x kisah pasal duit berapa dah habis, apa yang saya inginkan saya nak cari kebahagiaan bersama isteri dan anak2 saya. Banyak kali saya pujuk, tapi dengan penuh kebencian hambat saya dari rumah mertua. Dia telefon mak saya minta cerai, saya sangat sedih dan masih bersabar. Mak mertua pun suruh saya bersabar.

Setiap kali saya pujuk, perkataan cerai dan tebus talak saya akan tadah di telinga saya. Saya masih cinta dan sayang pada isteri saya. Hanya air mata pilu mengalir setiap kali dia minta di lepaskan. Saya tahu dia dah buang saya dalam hidup dia, saya tahu dia nak hidup sendiri, tapi saya sayang dekat anak2. Mungkin dia rasa selesa sekarang sebab ada mak ayah mertua jaga anak2 sambil dia kerja, adik2 dia pun boleh tgk kan. Tapi akan datang bila orang tua dah takde, adik2 dia dah ada kehidupan sendiri dan kahwin, siapa nak jaga isteri saya nanti akan datang kalau dia sakit nanti. Anak2 pun perlu ada ayah.

Utk isteri ku, seringkali aku menduga, seringkali ini terjadi, rupanya aku tak dicintai. Untuk apa kau buat ke begini, segala apa yang telah ku lakukan. Air mataku mengalir dipipi, segala apa yg ku korbankan utk diri mu. Mengapa masih lagi ku, berdiri menunggu cintamu. Mengapa masih ada mu, menyakiti di siang malam ku. Aku terima cintaku di persiakan. Sayang aku luka, aku kau lupa, tanpa kau sedar.

Rumah terbuka utk mu syg and anak2… Isteriku-aku tunggu!

– Mr. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

164 Comments

  1. Sempat lg masukkan lirik projekter band..nyanyi sikit

    Sayang !!
    aku kau lupa
    aku kau luka
    tanpa kau sedar
    Sayang !!
    selamat tinggal
    akukan pergi
    buat selamanya
    Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA …

  2. Ad bbrp langkah bila brlaku mslah dlm rumh tngga kte kne buat..yg trakhir adlah pish tmpt tidur…tp dlm kes Mr. A…pish tmpt tidur pn dh buat tp still x berjya..

    Rse elok bincg dgn mak dn ayah istri…nmpknya ad prkara yg Mr A blum kenal/tau psl istri…rsenya mak dn ayah istri msti tau knp ank die jdi cmtu

  3. Jgn seksa diri bang,,x bagos,,wlupun cinta syg dekat isteri tuh,tp kalau da smpai tahap derhaka,x hormat pd suami sendiri,apalah guna?apa ertinya cinta?pd hakikatnya abg x cintakn isteri abg sbb biakan dia derhaka,xmenghormati abg..jln terbaik buat pilihan,istikharah,,tuhan maha tahu,ape yg terbaik tuk hambanya.

    • Cinta kan siftnya memberi bukan meminta…kte memberi ap yg kte mmpu tnpa meminta ap yg die mampu beli….x pelik…asiah brcinta dgn manusia paling derhaka smpai beliau meninggl….tpi btul la…istikharah dn mntk petunjuk..itu yg trbaik

    • Dr cerita beliau mmg jelas isteri derhaka…ble kata kawen jerk..isteri WAJIB taat pd suami..kita tggi suara sikit pd suami da kira bdosa mcm jugak masa kita gn ibu…benarlah apa yg Nur Khairunisaq kata kn..x kira apa masalah isteri pun..sbg sorg isteri adalah berdosa besar bila kita bersikap sedemikian pd suami…

  4. Hdup biar ada maruah. Jgn jd mcm daun pegaga tepi perigi, dipijak org masa mandi, dikencing2 org duduk n bdiri, tp tetap tdk dipandang kecuali msa sakit pening, itupun jika ada yg tau pegaga itu ubat. Mcm daun kari, hya menambah wangi masakan lps tu dibuang tepi pinggan. Dgn melepaskn isteri maka tuan sebenarnya melepaskn dia drp terus mnerus derhaka pd suami. Mkin lps ni tuan dpt ganti seorg isteri yg baik n jd ibu tiri yg sempurna.

    • Jgn ckp mcm tu.. Ni bru citer sebelah pihak.. Xtau citer belah pihak isteri pulak… Mne tau sbnrnye isteri dy kne buatan org? Mne tau sbnrnye si pencerita ni ad buat salah… Dan mane tau si pencerita xpernah ajak isterinya solat jemaah sesama.. Isteri cerminan suami… Jage2 bila berkata… ??
      ✌✌

  5. Cuba kamu pm ust ebit lew. Kata2 nasihat dia..Allahhu..menyentuh aty dan sanubari.

    Tp kamu mmg byk gila bersabarnya.. Bru aku tau lelaki ni ada perasaan jgk rupanya lpas bca konfesyen ni. Sedihhh iskkk

  6. Sebab tu before kahwin tu kena make sure dia pun suka kat kita. Bagi saya jangan gamble soal hati dan perasaan ni. Cinta lepas nikah? Tak mustahil tapi bagi saya macam satu pertaruhan. Kalau cinta bahagia kalau tak merana

  7. Jaga solat… Bykkan doa… Berkenaan dgn wife nak berpisah tu… Sy nasihatkan tuan bincang dan minta pendapat dgn mertua, keluarga tuan dan org alim… Lepas tu tuan istikarah… Apa keputusan yg tuan buat…Kene redha…kene kuatkan semangat utk teruskan hidup… Setiap apa yg berlaku… Mesti ada hikmah nya…

    • susah payab wife dia lahirkn suke hati men nak ambik jea plak…jgn selfish! ntah2 sbb mamat nie selfish sgt haaa…hadaplaaa…da awl2 lg pompuan tue tanak kt dia…pg pakse kawen watpe…dye jz pikir diri sndirik jek tade nak pikirkn situasi wife dye agknye…tue pasal jadik lagu neh

    • Confessor ni pun x paham2 ke dah bini dia mmg x cinta kat dia dari sebelum kahwin lagi. Dah kahwin pun jadi mcm ni

  8. Lesson from this confession. Knowing each other before married. Knl hti budi psgn dlu cmna bru pk msak2 nk kawin. Org kta, jgn syg sseorg tu sgt2 , nti sakit tu sgt2. I feel u brother .

  9. Sekadar pendapat..cuba bawa p ruqyah..atau ad masa buka ayat2 ruqyah di rumah..pglmn sy dan kwn2 yg p ruqyah walaupun kmi tiada mslh2 mistik,dgn izn Allah tetap rasa perbezaan selepas dibacakan ayt ruqyah..cthnya,rs lbh fresh mcm hlg stress dan rasa letih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *