Assalamualaikum & salam sejahtera. apa yang bakal saya kongsikan di sini mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya. Apa pun, saya harap nukilan saya ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Ya, saya seorang lelaki yang bekerja sendiri, suami kepada seorang isteri, bapa kepada tiga orang cahaya mata dan juga pada masa yang sama saya adalah seorang suri rumah. Agak pelik apabila seorang lelaki menjadi suri rumah. memasak, mengemas, basuh baju & yang paling penting, menjaga anak-anak.
Sebelum ini saya adalah seorang kerani di sebuah syarikat swasta. Saya berhenti kerja dan menjadi seorang suri rumah apabila anak kedua saya mencapai umur satu tahun. semasa kami berdua bekerja, anak-anak dijaga oleh pengasuh. Keputusan untuk berhenti kerja adalah sangat-sangat susah. Tapi mengenangkan kepayahan yang kami alami, saya akur.
Isteri saya merupakan seorang pegawai di syarikat pembekal elektrik di Malaysia ini . Saya faham, mungkin ramai yang akan cakap kenapa isteri saya kena keluar bekerja? Kita semua manusia mempunyai cita-cita dan impian. Tak salah jika saya izinkan isteri saya berusaha untuk capai impian beliau. Alhamdulillah, tak lama lagi isteri saya akan dapat Master. Walaupun begitu, saya masih menunaikan tanggung jawab saya iaitu memberi nafkah. Hasil keuntungan dari perniagaan kecil kecilan saya berikan kepada isteri saya.
Sepanjang anak kami dijaga pengasuh, pelbagai masalah yang kami hadapi. Tapi, hubungan kami dengan famili pengasuh adalah sangat-sangat rapat, sehingga anak sulong saya tak mahu balik rumah langsung. Pengasuh menjaga 4 orang kanak-kanak termasuk anak-anak kami. Masalah bermula apabila Mia (anak sulong) kerap kali demam, batuk dan selsema.
Setiap bulan, pasti kami akan ke klinik. klinik kerajaan, klinik swasta, klinik pakar kanak-kanak, perubatan tradisional, nama kan saja, semua kami dh kunjungi. Setiap kali ke klinik, tangan Mia dicucuk jarum untuk ambil sampel darah adalah sesuatu yang pasti. sampai saya dah tak sanggup nak tengok Mia menangis kesakitan apabila dicucuk jarum.
Itu baru klinik, oleh kerana Mia kerap demam, Mia pernah masuk wad di hospital beberapa kali kerana doktor suspek ada kuman dalam darah dan air kencing. Setiap kali admit, pasti ambil masa 4-5 hari untuk discaj. Alhamdullilah sepanjang admit, doktor sah kan tiada kuman, Mia hanya demam biasa. Akan tetapi, bulan berikutnya Mia demam balik. Allah sahaja yang tahu apa yang kami rasa. kami tertanya-tanya kenapa Mia kerap demam.
Daniel (Anak kedua) lahir semasa Mia berumur 2 tahun, selepas isteri saya habis cuti bersalin, Daniel turut dihantar ke pengasuh yang sama. Daniel berbeza dengan kakak nya kerana jarang demam atau batuk selsema. Mungkin tahap imun nya tinggi kerana dia menyusu badan. Mia minum susu formula sepenuhnya. Tetapi, sebab Daniel lah yang membuatkan terlintas difikiran saya untuk berhenti kerja dan menjaga mereka.
Masih saya ingat lagi bulan oktober tahun 2015. Allah betul – betul uji saya dan isteri. Mula – mula Mia demam panas yang agak lama seperti biasa doktor di klinik mengatakan anak saya perlu dirujuk ke hospital. Mia kene check In dalam wad. 2 hari selepas itu, Danial pula demam. Dalam hati saya berkata mungkin berjangkit dari Mia agak nya. Pelik demam kali ini sebab dia kerap muntah. Lepas minum susu mesti muntah balik. Bertambah pelik Daniel muntah nasi! Waktu itu dia berumur 7 bulan. Tak kan pengasuh bagi makan nasi?
Danial dirujuk ke hospital juga. keputusan x-ray menunjukkan usus Daniel tersumbat. Terus isteri saya telefon pengasuh bertanya kan sama ada dia ada beri Daniel makan nasi. Ya, memang dia beri anak saya makan nasi. Kalau bubur masih boleh terima lagi. Ini nasi. Muntah Daniel berupa beberapa ketul nasi yang tidak digigit. Macam mana nak gigit. Baby tu gigi pun tiada.
Kedua – dua anak saya masa itu admit hospital. Maka saya jaga Mia, isteri saya jaga Daniel. Pada hari ketiga perkembangan Mia agak baik tapi masih belum boleh discaj kerana dokor masih nak pantau. Lain pula cerita si Daniel, pada malam itu juga doktor terangkan keadaan Daniel agak teruk, susu tidak sampai ke perut. Setiap kali minum susu mesti muntah. Keadaan dia lapar, lemah dan asyik menangis. Kemungkinan akan di bedah untuk clear kan usus yang tersumbat. Malang nya tiada doktor pakar di hospital ini yang boleh melakukakn pembedahan itu.
Anak saya perlu dihantar ke Hospital Johor Bahru secepat mungkin. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam. Malam itu juga Daniel dibawa ke johor bahru menaiki ambulan ditemani isteri saya. Saya di sini menemani Mia. Di saat ini saya merasakan dugaan yang Allah beri pada saya sangat berat. Kedua – dua anak masuk hospital, anak perlu dibedah, 5 hari saya ambil cuti tanpa gaji kerana cuti tahun sudah habis. Kewangan pada masa tu pula sangat kritikal. Saya sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan.
Alhamdulillah. Allah maha besar. Daniel tak perlu dibedah, doktor sah kan tahap tersumbat tidak teruk. Hanya perlu lakukan prosedur mengepam air kedalam usus untuk clear kan nasi yang tersumbat dalam itu. Prosedur itu dilakukan dengan jaya nya. Daniel yang telah berlapar selama 2 hari setengah akhirnya dapat menghadam susu yang diminum. Namun perlu ditahan dalam 2, 3 hari lagi. Berita baik juga untuk Mia dapat discaj pada hari yang sama.
Selesai discaj, saya hantar Mia ke rumah ibu bapa saya. Dengan bantuan kewangan dari bapa saya, saya bergegas ke Johor Bahru. Daniel terus menunjukkan perkembangan positif boleh menyusu seperti biasa. Hampir 3 hari saya berkampung di hospital JB, Daniel dah boleh discaj.
Jawapan kepada persoalan kenapa Mia selalu demam adalah sangat senang, tahap imun Mia sangat rendah. Dia mudah dijangkiti penyakit. Permakanan Mia juga tidak dijaga dengan betul, selalu dihidangkan dengan makanan ringan dan air yang bergula banyak. Sampai ke hari ini, saya tidak menyimpan dendam terhadap pengasuh, malah kami sangat berterima kasih pada nya kerana menjaga anak kami dengan penuh tanggungjawab & kasih sayang. Kami masih menziarahi mereka. Mia sangat suka bila ke sana.
Alhamdullilah. Dah 3 tahun saya jaga anak saya sendiri. Danish (anak ketiga) lahir awal tahun ini. Dijaga sepenuhnya oleh saya. Semasa isteri saya berpantang, saya juga yang menjaga. Selain doa untuk diberikan kesihatan yang baik, 3 perkara yang sangat penting dalam menjaga kesihatan mereka adalah permakanan, kebersihan dan aktiviti mereka seharian. Pokok nya, elakkan anak dari makanan yang tak berfaedah seperti jajan dan gula – gula.
Penat? Memang penat. Selain anak – anak, perniagaan saya pun nak kena jaga. Tidak kurang juga kecaman orang terhadap saya dan ramai juga yang beri nasihat pada saya bahawa mencari rezeki adalah tugas suami. Saya sikit pun tak tersinggung kerana mereka tidak memahami atau mengenali saya dengan rapat. Keluarga saya dan mertua amat menyokong keputusan saya untuk jaga anak – anak. Mereka tidak sanggup lihat cucu – cucu mereka asyik menginap di hospital. Biarlah orang lain nak kata apa, asalkan saya menunaikan tanggungjawab sebagi suami dan bapa. Saya cuma mahu anak saya membesar dengan sihat. Anak – anak ni amanah Allah. Kena jaga sebaiknya.
Saya berharap para suami yang isteri menjadi suri rumah, hargai mereka. Anda patut beruntung kerana bukan orang lain yang menjaga anak anda. Serius saya kata kan saya tidak galakkan Bro – Bro jadi suri rumah. Kalau nak jadi juga, jiwa kena kental, mental fizikal kene kuat, pandai kawal kemarahan (sebab layan karenah budak2 asik rasa nak marah je, contoh nya rumah dah kemas tapi kejap je dah bersepah balik). Kalau sakit tiada MC ye.
Akhir sekali pastikan anda ada income supaya anda dapat menunaikan tanggung jawab sebagi suami. Tak banyak, sikit pun jadi la. Semua ini bersifat sementara, anak-anak akan membesar dan pandai jaga diri sendiri. Bila sampi masa itu mungkin saya akan bekerja kembali atau fokus untuk mengembangkan perniagaan saya.
Para pembaca semua, situasi kami sebelum ini kalau nak dibandingkan dengan orang lain tidak lah susah mana. Ada lagi yang lebih kronik daripada kami. Yang kami tanggung sebelum ini pun amat perit kami rasa, ini kan pula orang lain yang lebih teruk. Kami tetap bersyukur Allah permudahkan segala nya.
– Mr Mama (Fateh Husni)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit