Assalamualaikum. Salam Ramadhan Mubarak. Salam confession. Dikisahkan saya dikurniakan 2 orang anak dan ditakdirkan isteri tidak mencintai saya semenjak kami di ijab kabulkan.
Bermula dengan perkenalan saya dengan isteri di stesen bus, saya selamatkan dia dari orang gila yang meracau. Alhamdulillah semenjak tu kami selalu contact hingga bertunang. Sebulan sebelum kami kahwin, saya rasakan ade sesuatu yang x kena, balik dari beli brg2 kahwin dan masa tu ada di rumah mertua, tiba2 saya terbaca msg di phone, dan isteri cuba mengelak. Saya bertanya pada isteri dan dia jelaskan apa yg berlaku, ada lelaki yg kacau dan isteri dah byk kali elak. Saya percaya dan harap xkan berlaku lagi. Sepanjang sebulan sebelum kahwin pun kami byk bincang masa depan kami, especially nak menetap di mana.
Malam sebelum bernikah, isteri call dan tiba2 beritahu saya yg dia x ready lagi. Tiba2 perasaan dia tak menentu. Saya suruh dia istighfar dan tenangkan dia. Saya berdoa agar hari akad nikah di permudahkan. Setibanya akad nikah, ayah mertua sendiri yg akad kan saya, saya lihat isteri saya sedih dan tiba2 menangis. Akad dah selesai dan tiba masa dia utk sign form kahwin utk bagi dekat tok kadi. Saya bingung sebab apa tiba2 die menangis, mungkin menangis sbb terharu or mungkin mcm apa yg dia ckp smlm, dia x ready lagi. Sesi bergambar lepas akad nikah dia kembali ceria, lega hati saya. Telahan saya mungkin dia terharu sampai menangis.
Isteri saya ni panas baran, saya cuba uji dan ternyata baran dia x boleh control. Bermulalah duka saya semasa dia mengandung anak pertama, dia alahan teruk sampai muka saya dia x boleh tgk, bau badan saya dia nak muntah dan dia x bagi sentuh langsung. Satu hari dia jumpa kucing and nak bela, dan saya pesan jgn main kucing takut effect anak. Start dari situ dia selalu naik angin dan minta cerai. Semakin hari sikap panas baran dia semakin menyerlah. Ibu mertua minta saya hantar dia ke rumah dan kami duduk asing sementara. Alhamdulillah anak lelaki sihat dilahirkan. Saya pasrah dan die tetap dengan keputusan dia utk minta cerai sekali lagi, saya bingung dengan alasan dia sebab xde hati dekat saya. Kuasa Allah s.w.t , dia cuba teruskan perkahwinan atas sebab anak. Alhamdulillah saya sujud syukur.
Hari yang paling hitam, masa bulan puasa 5 tahun lepas, saya dan isteri pergi ke bazar dan beli kuih utk berbuka di rumah nenek saya. Sebelum balik ada kuih yg lebih dan suruh isteri simpan, saya tahu dia terasa sebab kuih tu x habis makan yg dia beli. Semua dah pergi tinggal kami bertiga dekat kereta. Saya lihat dia dah berdengus marah dan minta kunci kereta sambil suruh dia pegang anak. Dia berkeras nak bawa kereta sambil marah dekat saya sebab menyuruh dia simpan kuih tu dan tunjuk kuasa lelaki. Saya terangkan pada dia, saya suruh simpan dan saya x marah, tapi dia masih marah. Dia terus bawa kereta dalam keadaan yang penuh marah dan saya suruh dia berhenti. Lepas dia berhenti saya tengah dukungkan anak utk keluar bagi saya drive dan pass anak dekat dia. Tiba2 saya dan anak tercampak keluar sebab masa tu dia cuba pecut lepas saya dan anak selangkah keluar. Saya mengucap panjang. Kebetulan mak ayah saya masih dekat, saya call dan datang ambil saya dan anak utk bawa ke hospital, tangan saya cedera masa selamatkan anak. Selang beberapa hari dia sedar kesilapan dia dan saya maafkan dia. Sejak dari hari tu, panas baran dia dah berkurang.
Saya, isteri dan anak jalani kehidupan macam biasa di rumah dan isteri semakin hari semakin sibuk. Banyak kali ajak bersama tapi alasan yang sama saya dengar, tiada hati dan perasaan dekat saya dan letih kerja. Saya ber-chatting, yahoo mesenger dengan byk perempuan, apa yg saya cari hanya utk tahu isi hati perempuan, minta pendapat, dan ada yg lebih dari tu, tapi tu cuma keyboards, x la sampai saya berjumpa. Cukup sekadar saya hiburkan hati. Saya kantoi dengan isteri masa dia pinjam laptop, saya mengaku yg saya silap. Teruk saya dibelasah sampai saya mc kerja. Sikap panas baran dia x boleh ubah, setiap kali saya explain dia xboleh terima. Lepas sebulan, dia ok, Alhamdulillah dan saya dah berjanji x chatting lagi, dan saya harapkan dia ada masa utk saya. Dia bersetuju. Lepas setahun, kami berpindah ke rumah mertua saya atas sebab kerja saya. Lepas beberapa tahun, alhamdulillah kami di kurniakan lagi seorang anak. Kasih kami semakin bertaut semenjak ada anak kedua ini.
Semenjak 2-3 bulan saya rasakan isteri makin menjauh, dia cuba cari alasan dan selalu cari kesalahan saya. Apatah lagi nak bersama jauh sekali. Cukup nafkah duit isteri dan anak2 saya bagi x pernah putus. Sampai satu tahap saya nak uji dia, itu pun sebab isteri perlakukan saya macam saya tak tahu apa2, saya kemaskan bag nak blk rumah mak ayah saya. Tanpa dia halang dan tanpa dia minta maaf, dia lagi curahkan minyak dalam api dengan berkata macam2 pada saya, saya masih ingat pelbagai kata2 yg sangat memeritkan, "u ni pekak takde telinga ke", "dari jauh macam org terencat i tgk u ni", "u ni x tahu apa2". Saya cuba kawal kemarahan saya, tapi dia lebih dominan, saya tahu saya kena kawal emosi saya sebagai lelaki, tapi saya bukan malaikat.
Saya cuba minta maaf berkali-kali tempoh hari sebab x boleh kawal emosi tapi dia masih berkeras. Saya balik dan tinggal dengan mertua balik bersama dia, tapi bilik berasingan. Dia dah x nak terima saya dalam hidup dia. Saya masih bersabar dan pujuk dia. Saya bingung. Saya sayang dan cinta saya x pernah hilang pada dia, lagi2 dah 2 orang anak. Sejujurnya walaupun dia bersikap begitu dan saya tahu saya bertepuk sebelah tangan, saya tidak pernah terfikir utk cari yg lain. Cinta saya sejati.
Saya usahakan rumah sewa dekat dengan rumah mertua bertujuan utk eratkan hubungan saya lagi dengan isteri. Rancangan utk beli rumah berdekatan dengan mertua masih lagi tengah mengumpul duit tapi kena korbankan sedikit utk perbelanjaan rumah sewa. Rumah yg dah dibeli dekat rumah mak ayah terpaksa disewakan sebab isteri x nak duduk. Pada mulanya isteri bersetuju utk duduk rumah sewa, dan tiba masa semua dah siap, saya kecewa apabila di ajak tapi dia cakap dia x pernah ckp nak duduk rumah sewa. Saya x kisah pasal duit berapa dah habis, apa yang saya inginkan saya nak cari kebahagiaan bersama isteri dan anak2 saya. Banyak kali saya pujuk, tapi dengan penuh kebencian hambat saya dari rumah mertua. Dia telefon mak saya minta cerai, saya sangat sedih dan masih bersabar. Mak mertua pun suruh saya bersabar.
Setiap kali saya pujuk, perkataan cerai dan tebus talak saya akan tadah di telinga saya. Saya masih cinta dan sayang pada isteri saya. Hanya air mata pilu mengalir setiap kali dia minta di lepaskan. Saya tahu dia dah buang saya dalam hidup dia, saya tahu dia nak hidup sendiri, tapi saya sayang dekat anak2. Mungkin dia rasa selesa sekarang sebab ada mak ayah mertua jaga anak2 sambil dia kerja, adik2 dia pun boleh tgk kan. Tapi akan datang bila orang tua dah takde, adik2 dia dah ada kehidupan sendiri dan kahwin, siapa nak jaga isteri saya nanti akan datang kalau dia sakit nanti. Anak2 pun perlu ada ayah.
Utk isteri ku, seringkali aku menduga, seringkali ini terjadi, rupanya aku tak dicintai. Untuk apa kau buat ke begini, segala apa yang telah ku lakukan. Air mataku mengalir dipipi, segala apa yg ku korbankan utk diri mu. Mengapa masih lagi ku, berdiri menunggu cintamu. Mengapa masih ada mu, menyakiti di siang malam ku. Aku terima cintaku di persiakan. Sayang aku luka, aku kau lupa, tanpa kau sedar.
Rumah terbuka utk mu syg and anak2… Isteriku-aku tunggu!
– Mr. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ni kisah bini gilo pulak hahaha Siti Shairah Mnr
Boleh plak ado lirik lagu bawah tu. Hahahah mcm2 la kisah org ni. Kisah kito cmno plak tah ??
Zulfadhli Mohd Nor
Sedihnya baca.. moga tabah.. saya doakan moga isteri kamu kembali ke pangkuan kamu..
kau ada buat salah pastu play victim. cinta mana boleh paksa. cerai ja la bini kau tu pi la kawen dgn pompuan-pompuan kau duk chat tu
agree…looks like confessor tak pernah nak try selami hati wife dye…jz taw komplen n blame d wife…sume yg betul dia ajelaa..so selfish! drpd awl lg da nmpak dye selfish bile dye push wife dye kawen dgn dia n pastu assume kawn tu mengangis sbb terharu…duhhh…ptot dia tnye u tharu kea menyesal…knape tak tnye…n push lg wife tue prolong idup dgn dye…kesian kot wife tue!
Ini lah pompuan kepalahotak tu tak boleh fikir jangka masa panjang ehh suka bgi jawapan short term memory huk aloh
Pempuan akal pendek.. Emoji je lebih.. Byk sgt main wassup ngn yahoo messager ni.. Malu la wei berniqab bg suggestion cm tu
eh hello sapa yg emosi sekarang?? and apa kena mengena niqab dgn pendapat aku plak?
aku perempuan, aku tau la sebab apa perempuan boleh benci lelaki sebegitu teruk sekali. and Khairul Anuar Fahrurazi mak kau perempuan ke lelaki?? muluttt amboii. kau confessor tu kut? haha
Isteri Encik sakit ni..bukan sakit fizikal tp dalaman..pg lah bwk berubat mungkin sihir atau pendamping..dia suka kacau emosi n sifatnya panas..bwk jgk pg kaunseling..
Mula2 baca rase geram jgk dgn isteri die ni….sya dulu mcm tu, baran tak menentu….marah2 suami tp suami mula2 diam tp lama2 die pn x tahan, die mrh sya blk….lps tu sya jd down skit….kalo brother dr awal sikap tegas maybe isteri tak besar kepala mcm skrg….
Satu lg…td ada yg ckp mungkin isteri ade sakit rohani….makes sense jgk, kalo baran x menentu ni setan, ade yg cuba porak perandakan rumah tgga….cbe bro ikhtiar pg darul syi’fa atau jmpe mne2 ustaz yg bole rawat penyakit sebegini….
Encik..p page ustaz ebit liew..ustaz da byk kongsi masalah keluarga mcm encik..moga ada sinar utk keluarga
Erm…setiap manusia ada ujian yg Allah uji…setiap manusia xlari dr masalah…ujian org bujang beda dr org yg dah kawen..jadi harung la ujian sbgaimana air yg mengalir…yg penting jgn slhkan takdir..huhu…
Sharifa Ira
Raslina Mohd Razak
Penyabarnya laki nie
Sesungguhnya encik confessor ni seorg lelaki yg sgt2 penyabar..tahniah..tp sbb sabar yg melampau tu jgk isteri encik melampau2 pijak kepala encik..semoga dipermudahkn segala urusan encik dan keluarga..semoga dia sedar segala kesilapan dia..amin3.
Reading this confession smbil otak menyanyi bila dok baca lirik lgu projector band. Hehe.
Sy nasihatkan abam p bwk isteri jumpa ustaz..kot2 kna sihir pemisah..
Hate to say this, but after i read your story, it really sounds like wife awak tu kene bomoh… Like seriously, u guys did really well before marriage, but then the night before the wedding, she called u sayin that she’s not ready, like what the…? Its been years up until u guys had two kids, she still keep hating you… I really dont want to ask u this, but i think u should at least try ask for help from ustaz or something, at least try…. if im wrong then alhamdulillah, cuz i really cannot accept how sick our community mentality… Xpuas hati je jumpa bomoh, syirik! Maybe as a start, u should ask her parents on how was her last relationship b4 seeing u, does she had someone she with but then broke up, or something… U know what i mean, u know what to do…
You’re a nice guy, u deserve better life, ur kids deserve better life… No matter what it is, always remember that Allah wouldnt give the test if we cannot endures it…
Amira Majelan
Ilyana Yuzzini Intannuramirah Mohamad Yunus
Sedihnyaaaaa
Bawak g berubat… jumpa ustaz ker..jumpa kaunselor ker.. jumpa doktor ker…kut dia ada bipolar disoder… ke apa2 penyakit mental yg lain… pelik benor baran dio tue… something wrong tue.. mkin dia sdri x sedar dia ada masalah tue… ksian kt saudara ksian kt anak2…
Dia tak cerita hbs ni. Mesti ade point penting yg dia xbg th. Xmungkin seorg isteri benci suami tanpa sebab sekaligus melahirkan 2 org anak utk si suami.
abg pernah bwk wife pegi perubatan islam?maaf klo persoalan ni cam tak kena..tp ble bace smpai abes,cam ade yg tak kne je dgn wife tu.try bwk dulu
Lawak ad….. Klaka pon ad…. Hihi. Tp rasanya pempuan tu mmg psyco la… Hati peremmpuan ni mmg la x tentu tapi teruk sgt ni,… Hahhahaa
confessor, gunakan peluang yg ada bln puasa nie.. cuba buat solat hajat, perbanyakkan doa, menangis lah minta pd Allah.. bangun solat mlm.. doa minta lembutkan hati isteri.. inshaAllah, mudah2an hati isteri akan lembut.. aminn.. Allah yg bg ujian kt setiap hamba dye.. Allah maha Mengetahui.. Allah juga yg pegang hati2 hambanya.. yakinlah..
Apa kata kalau mr ikhtiar dulu, maksudnya awak bawak isteri pergi berubat, tapi kalau mmg dia tetap dgn pendirian dia mcm tu dn tkda perubahan, baru fikir next step. Sb bagi saya mana2 yg bagi komen suruh lepaskan isteri mr terus tu mcm tk berapa nk relevan. Yg penting come up with any solution yg selagi mampu utk jaga hubungan ni, mungkin lepas pergi berubat tu ade perubahan. Sesiapa yg komen suruh lepaskan isteri mr tu sy rasa tu bukan jalan yg terbaik, sb selagi ade jalan kita cuba dulu. Maaf kalau silap
Ssh nk jmp laki yg tau menghargai.. Tahniah ye.. Awk sgt penyabar & penyayang.. Smg awk trs kuat.
Insan Senyum wife dia mental ke
Panas baran. Tkt aku. Ade org ckp. Dia pn panas baran.
Memang pun, azali macam ni
Nur Adiba ce ko baca ni… Best. Psycho
Hurm..harap uma tangga dia makin baik lps nih
Muhammad Amzar Zakaria panjang cite nih. Tp kesudahannya sama .
Kesudahan dia lagu ka..
Faham saya perasaan tu. Dan Alhamdulillah anda orang yg sabar. Tidak seperti saya. Kerana sayang saya turut apa yg diminta dan kesudahannya… kami berpisah dan anak kami menjadi mangsa.
Kini saya adakan pengganti untuk mengubat hati. Saya kongsikan crita saya di http://www.devil-to-angle.com
AN-nUr Iz Zaty
Terlalu truk panas baran, dan terlalu sabarnya suami dia. Tpi kesian, terlalu lembut smpi kne pijak kepala.
Kan. Isteri mcm xde perasaan. Dia xpkir ke suami dia. Klau mcm tuh baik dari awal ckp terus terang mmg xnk kahwin. Bkn xbersedia lg.
Isteri dia mcm sakit tu. Kne berubat.
Mungkin jgk. Tp bila sy baca mcm sakit jiwa je. ??
Haha. Masalh hormon kot xstabil ?
Mungkin lah kan. Mcm bdk remaja plak.
Lepas kahwin je automatik syurga isteri pada redha suami. Gaduh suami isteri tu biasa tp jgn sampai tahap terlau melampau sampai pukul awak.bersabar boleh tp jgn sampai jd dayus. Dengan awak sekali xdpt redha Allah
Maaf mencelah, neraka lah tempat isteri2 yg meminta cerai kan?
Tetiba part yg last tu TERnyanyi lh pulak…
Ahmad ShauQy
?
Mohd Aiman Najmuddin sedih :'(
Perempuan panas baran ?
kena kawin paksa kotttt……….
tabah dan sabar…renung kisah pengajaran nabi ayob dengan nabi nuh…1 hari nanti Allah akan terdetikkan dalam hati die apa yg die buat selama ni….banyakkan berdoa…sabarrrr itu menjamin syurga
X bau syurga isteri tu
Miera Fieqa
kita orang lelaki jgn jadi bangsat sgt. kenapa dayus sgt bang sampai level kena belasah? ko kena tahu mana tempat kau dlm keluarga. kalo ko lembik, memang itulah makannya. orang dah mintak 1, ko bagi je 3.
Win!kahkihkuh
Lain kali kalau bersama puaskan la isteri dulu… jgn fikir sedap sendiri… hihi
Nor Amira Mat Ali..dah teruk sgt ni
Layan je baca cerita. Sedih je
Part last lirik lagu. Lol
Ehhh..luqman ade di sni..
Nazifa Auni Zulkifli
Rusna Shakira Rusli
Dh baca laaaa…lmbt awk ni
Mimi Mohsin Nurul Fatihah
Sedihnyaa! :(
Bwk pg jmpa counselor. Bgn solat mlm & bykkan berdoa dan merayulah pd Allah agr dilembutkn hati si isteri.
ok..sy ni mmg garang,adik2 ckp sy grg mcm singa..
tapi prinsip saya,dgn suami kena jadi ‘kucing manja’.
ini panasbaran lain mcm.
solatlah kamu,ajak isteri berjemaah.
panas dln hati hnya blh disejukkn dgn wuduk
Allan Razlan pmpn ni menyeramkan la
Hehehe takut takut
Baik bawak pergi berubat kat darul syifa…. paling tak pon…. cari ayat RUQYAH bagi dia dengar, buka dan pasang dlm rumah dan amalkan….
Ni pendapat saya ja…. sbb dr cara dia mcm pelik ja perangai dia tu
Bro, sy ucpkn tahniah krna dpt brsabar dlm menghadapi situasi sebegitu, sesugguhnya Allah brsama org yg sbr, harus diingati sbr itu ada batasnya… jd sy cdgkn agr bro bawa isteri bro jmpa ustaz yg brpenglmn mngubati penyakit yg sedemikian .. dsmping itu juga bro kena bersih kn diri juga. Solat jgn lupa. Sbagai ketua keluarga bro kena ambil berat tntg agama dgn ank isteri… Allah dh tentukn segalanya..bro kena terima dn hdpi dugaan yg tlh diberiknnya. Klu bro punyai iman.. kena kuatkannya. Jgn ambil keputusan yg bodoh, brtindak ikut fikiran jgn ikut perasaan…jika keputusannya trpksa brpisah, brpisahlh mgkin itu jln yg terbaik. Tntg anak usah dibingung , kita hidup di negara yg brdaulat, ada pihak yg brwajib dpt menguruskn hak penjagaan anak. Tntg isteri pulak , bro jgn bimbg..kita lelaki boleh cari pengganti, mngkin Allah akn menggantikn isteri yg lebih baik dr yg sedia ada diatas kesabaran bro dulu.jgn takut kehilangn isteri yg sdemikian ..kuatkn semangat melaluinya.. pasti kebahagiaan akn kau gapai… itu aje yg dpt abg nasihatkn di hari baik bulan baik ini…Assalamualaikum…