Ms

Assalamualaikum utk semua…aku menulis cerita ini bukan lah utk meluahkan perasaan tapi utk menjadikan pengajaran kepada semua agar berhati hati ketika kita berkerja dgn atau berurusan dengan duit..

Ok..cerita ini baru sahaja berlaku(21/12/16 jam lebih kurang 1 ke 2 ptg)dan hari ini jugak adalah giliran aku bercuti..aku berkerja di f&b lane yg memerlukan kami berurusan dengan duit..untuk pengetahuan semua kami telah kehilangan wang sebanyak rm1600..mungkin nilai ini hanya la kecil bg mrk yg kaya dan bukan pd kami yg kurang berkemampuan..cerita ini begini salah seorg staff aku nie telah atau pun terkena pukau dr seorg india..dimana india tersebut telah datang ke tempat kami berkerja dan meminta wang untuk pembayaran servis aircond yg telah di buat..pd awalnya india tersebut ingin berjumpa dengan aku tp malang nya aku off pd hari ini..dan india tersebut meminta no fon aku dan salah seorg dr staff aku telah memberi. Di jadi kan cerita itu bukan no fon aku,staff aku jugak x ingat kenape dia bg no fon tu..dan india tersebut seperti menelefon aku dan bercakap dengan aku supaya memberikan wang tersebut kepada nya. Sedangkan aku tidak menerima apa-apa panggilan call dr sesiapa..staff aku pd ketika itu seperti berfikiran kosong dan hanya mengikut sahaja arahan drpd india tersebut supaya memberi wang kepadanya..setelah india tersebut pergi baru la dia tersedar dan terus menelefon aku utk menanya kan akan pembayaran tersebut dan aku cakap tidak ada siapa yg call aku utk menuntut bayaran tersebut sbb company aku tidak akan membuat bayaran cash kpd penerima..dr pd situ yg aku dapat rasa kan staff aku ni di pukau dan ditipu dr india tersebut dan sekarang kami terpaksa menganti kan duit tersebut kerana itu adalah sales company.report polis sekali pn tidak guna sbb di dlm insurens tiada insurans utk cover klu terkena pukau..cctv pn sudah ditengok tapi hanyalah dr pandangan sisi wajahnya sahaja dan kurang jelas..

Ape yg aku nak sampai kan disini walaupan kita sudah berhati hati dalam urusan duit nie kita boleh jugak terkena sbb kita x tahu dengan cara ape kita dipukau dan kita selalu dengar yg melayu sahaja yg selalu melakukan perbuatan tersebut rupanya india cina atau kaum ape sekali tu perbuatan tersebut tidak mengenal warna kulit. Mungkin ini ujian buat kami sama ade kami kuat atau sebaliknya. Dan buat meraka yg pernah terkena pukau baru aku fahan perasaan korang apabila diceritakan ade orang percaya dan ada yg tidak. Sekian
Semoga kita semua berhati hati

_yaya_

– Yaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit