Ms part 2 – https://iiumc.com/forumv2/
Masa tu nak exam. Jadi, aku selalu stay up kat ruang tamu sebab xnak ganggu rumate aku yg jenis tido awal. Ada satu malam tu, aku dah terlelap kat ruang tamu. Tetiba aku terjaga, aku nampak kawan aku ni baru masuk rumah kami. Pastu dia jalan melintasi aku ke meja study kami. Dia nampak aku terjaga, dia just tenung and senyum je kat aku. Masa tu aku nak tegur dia, tapi sebab dah pkul 2 pagi, and aku pun ngantuk, aku just sambung tido and fikir esok jela aku tanya dia.
Keesokannya, aku bangun tu, aku terus jengah bilik dia. Tengok tilam dia elok je, selimut berlipat sume. Dalam hati aku, "cepat gile minah ni kluar. X sempat nak nyembang." Aku pun trus bersih2 kan diri, and settle everything. Dalam kul 10 pagi, dia balik. Aku pun kocoh2 tegur dia. "Awal gile ko kluar. Ko g mane wei?" Dia balas. "Mane ade. Aku x balik la malam tadi. Kan aku ada msg ko bgtau." Hummm. Habis tu sape yg jalan kat aku, dok tenung, senyum kat aku malam tadi.
Mungkin masa tu, peringatan tuk aku yg terlalu sibuk dgn exam. Jadi, klau memalam tetibe housemate korng tenung2, senyum2, sila cubit pipi dia tuk confirmkan die bukan jelmaan. Hehe. Btw, rumah sewa kami ni memang pelik. Selalu dengar bunyi guli, and org alih perabut. Rumate aku pun trauma xnak bukak pintu bilik bila study sbb dah banyak kali terkena nampak aku melintas2 ke dapur padahal aku syok tgok tv kat depan. Hehe.
– gulagula getah