Muhasabah Cinta

Pagi tadi lepas subuh saya ada terbaca kisah seorang suri rumah berkongsi pengalaman suaminya disaat2 terakhir sebelum pergi buat selama-lamanya. Kebetulan tengah baca tu saya pasang lagu Muhasabah Cinta by edcoustic. Memang syahdu bila baca saya bayangkan saya ada di tempat wanita itu. Dia memilih untuk menjadi suri rumah biarpun sebelum ini dia seorang yang bekerja. Sanggup tinggalkan kerjaya untuk rumahtangga. Sewaktu suaminya sakit dia menjaga siang dan malam. Segalanya berlaku depan matanya. Hampir seminggu suaminya sakit agak teruk namun doktor hanya cakap demam. Mungkin itu petanda ajal semakin mendekat. Tanda-tanda yang dialami si suami sama seperti arwah ayah saya alami sebelum meninggal dunia. Seminggu juga ayah sakit, badan seram sejuk, sesak nafas tapi bila pergi klinik doktor cakap demam. Bila makan ubat demam masih tidak kebah. Bila baca kisah pagi tadi, baru perasan, sakitnya sakaratul maut. Mati itu pasti. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Terbayang muka ayah apabila nyawa sudah terpisah dari badan, nampak dia penat bertarung dengan maut. Tambah pula sejak kebelakangan ni banyak berita kematian insan yang kita kenali dijemput pencipta. Saat2 akhir nyawa putus dari badan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Berdasarkan cerita si isteri dan pengalaman arwah ayah saya, saat2 sakaratul maut amat pedih. Bayangkan hampir seminggu bertarung dengan sakit yang dikatakan doktor "demam". Hilang selera makan, badan berbisa, mata kekuningan, sesak nafas, berpeluh, mata agak cengkung, kurang bercakap. Bila ayah dah tiada, baru saya perasan tanda2 ini. Sewaktu ayah sakit, adik bongsu saya juga sakit, jadi mak tak dapat jaga ayah sangat. Sampai sekarang mak terkilan. Beza dengan wanita yang berkongsi kisah arwah suaminya, dia bersyukur kerana tidak bekerja dan dapat jaga suami nya sewaktu sakit. Bagi saya ini semua rezeki masing2. Saya juga berazam sekiranya ada suami nanti, saya taknak kerja, biarlah duit tak cukup, janji saya dapat jaga keluarga sendiri. Maut semakin menghampiri diri kita. Salam.

– Ranina

CREATE A POST