Mujahadah

Perjalan mencari mujahadah.Selepas sekian lama aku hidup bertuhankan nafsu.Kini aku terpukul oleh pemergian insan tersayang.Satu demi satu Allah angkat daripada aku.Sampai suatu hari aku hilang arah.Otak aku buntu.Jiwa aku sasau.Tiada tempat mengadu tiada tempat menumpang bahu.Aku cuba lari dari belenggu dunia.Aku pergi ke tempat sunyi dan aku mula menangis.Aku minta Allah tunjukkan di mana silapku.Aku minta pada Allah berikan aku jalan keluar dari belenggu itu.Jawapan itu aku cari dan cari dan cari.Dari awal aku berusaha keluar sudah terdetik hati aku untuk shut down all my life in media social.Mula-mula aku anggap biasa.Tapi kini aku pasti,ya itulah penyelesaian yang Allah tunjuk kepada aku.Sebenarnya sudah lama Allah tunjukkan kepadaku tapi aku masih mengikut telunjuk nafsu.Aku muhasabah diri dan aku nampak.Ya Allah masa aku berlalu bagai air yang mengalir apabila aku bermedia sosial.Aku boleh dikategorikan sebagai penagih media sosial.Setiap saat hati aku memikirkan media sosial.Aku hilang masa untuk beribadat,hidup aku bagaikan bertuhankan media sosial.Sungguh sadis apa yang aku lakukan.Ketagihanku ditambah apabila aku mula jatuh hati kepada seorang insan yang aku kenal di facebook.Berhubung hanya menggunakan facebook membuatkan aku ingin stalk beliau,ingin lihat dia online dan ambil tahu semuanya pasal dia.Kadang aku sampai malas balik rumah sebab di rumah tiada talian internet.Itu yang aku kesalkan.Aku telah hampir musnahkan masa depan aku hanya mengikut telunjuk nafsu.Aku lupa tanggungjawab,aku lupa matlamat hidup yang paling teruk aku lupa tuhan.Nauzubillahi min zalik.Kini aku cuba berpatah balik.Aku cari kekuatan untuk shut down kehidupan media sosial aku.Hanya pada malamnya aku berniat untuk tinggalkan dunia maya ini,2 per 3 malam Allah jemput aku menghadapNya.Allahu akbar nikmat apakah lagi yang aku dustakan.Kini aku cuba kuat melawan nafsu dan godaan syaitan.Untuk berubah itu mudah tapi untuk istiqamah dalam perubahan itu susah.Aku ingin bermujahadah kepadamu Ya Allah.
Minta tips dari kalian bagaimana ingin terus istiqamah dalam penghijrahan ini dan bagaimana ingin aku untuk terus bermujahadah kepada Allah??

– Mujahid

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *