Respon kepada “Isu lelaki Lembut”.
Kebanyakan mereka yang memiliki sifat sedikit lembut sebenarnya ada jihad yang sangat besar dalam hidup mereka, untuk membetulkan diri dan melawan nafsu- termasuk saya sebagai lelaki. Ketika zaman jahiliyah dulu, saya pernah berpakaian dengan berfesyen fesyen dan catwalk di bawah lampu disaksikan oleh ramai orang yg bertepuk tangan dalam majlis private. Tahap saya boleh kata maknyah tetapi “mak nyah underground”. Tak buat pembedahan jantina apa apa sebab masih tahu halal haram tetapi tetap saya jaga solat walau keadaan saya begitu.
Respon masyarakat? golongan seperti saya ini dicemuh dihina digelar mcm mcm akhirnya kami jadi semakin agresif. Kalau ada kawan kawan kami yg dihina mmg kami akan bantai cukup cukup. Ukhuwah mantap beb. Memang hidup saya ketika itu penuh dengan warna warni antara the best moments of my life. iye lah sapa tak suka gathering sama sama “mak nyah” yang of course you all memang kami akan gila gila sama sama kami. tapi at the end of day, saya rasa kosong. Rasa empty. Saya terfikir takkan hidup saya begini saja. Tak ada arah.
Selepas saya berpindah tempat kerja, masing masing team kami berpecah bawa haluan. ada yang sambung belajar ke Indonesia, ada yang ke Brunei, ada yang stay dalam malaysia. Kami tak banyak berhubung masing masing diamkan diri.
Apabila saya pindah ke tempat kerja baru, saya decide saya kena berubah. Saya pernah follow tabligh. Alhamdulillah saya diterima seadanya. Tidak pernah dihina walau suara saya agak lembut dari jauh orang boleh nampak gaya saya berjalan agak “berbeza”. Saya belajar jadi imam, belajar mengajar Al Quran belajar berdakwah.
Saya menangis apabila saya mengenangkan dosa dosa saya yang lampau. Dosa besar yg saya pernah lakukan. Saya betul betul bertaubat.Saya berazam saya nak berubah dalam masa yang sama saya doakan bekas “team saya’ supaya mereka pun sama sama berubah. Alhamdulillah kini saya follow mereka ada yang dah berubah dan bakal berkahwin insha Allah, saya pun juga dalam proses untuk berkahwin. Saya elakkan diri dari menghubungi mereka semula supaya kami tidak “jadi balik” biarlah memori dulu kekal memori. Saya tetap ingin berubah walau sampai skrg saya tetap juga seperti dulu, suara saya mmg tak keras keras, berjalan tetap juga mcm catwalk. Sampai segan saya nak jadi imam dekat masjid sebab ada jemaah yang mcm pandang pelik. Tetapi ada juga yang nak berkenalan dengan saya dan tidak pernah judge saya.
Sampai skrg saya berjaya kawal diri walau saya masih lagi bersikap lembut. Saya nak bagi tips pada lelaki lembut bagaimana nak mujahadah dan bersabar bagaimana nak hadapi masalah ini.
1. Kawal diri. Bila perasaan suka pada sama jenis tiba, kawal diri dan berzikir pada Allah. Actually statistically speaking majoriti golongan Gay bukan dari golongan lelaki lembut cuma masyarakat je suka target lelaki lembut. Cuma untuk lelaki lembut yg ada masalah ini boleh guna tips saya, kawal diri zikir pada Allah banyak banyak. jaga pandangan, tundukkan pandangan. Rakan serumah saya ialah fitness trainer & body builder, dan saya tak pernah sekali pun curi curi tengok bentuk badannya. Everytime dia habis main gym dia akan duduk sebelah saya sambil buka baju sebab ruang tamu ni ada kipas, saya akan blah atau saya akan tutup sebelah mata atau saya akan buat apa saja untuk tidak lihat bentuk badannya. Sudah 3 tahun dan sampai skrg saya tetap menjaga. Tundukkan pandangan ok!Pernah sekali saya masuk rumah dia tidak berpakaian penuh dia terlari lari capai tuala sambil cakap, “Sorry ustaz sorry ustaz”. Saya buat buat terlupa ambil barang dan keluar rumah sambil istighfar dan menangis pada Allah sebab time tu saya ada “intense feeling” Gay. Lepas saat tu saya akan ketuk pintu kuat kuat bagi salam supaya bagi isyarat housemate saya supaya dia alert yg saya nak masuk.
2. Jaga hubungan dengan Allah. Yakin lah apa yang kamu alami ini ialah Ujian dari Allah. Satu jihad yang tiada siapa faham kecuali mereka yang alami ‘masalah ini’ Kadang saya rasa saya ini ‘perempuan yang terperangkap dalam badan lelaki’ tetapi saya istighfar dan bertaubat pada Allah. Mustahil Allah ciptakan makhluk dengan kesilapan. Banyakkan berdoa pada Allah agar diberi kekuatan. Jaga solat jaga Quran. Berkawan dgn orang soleh.
3. Jangan buruk sangkap pada orang. Setakat saya duduk masjid join jemaah tabligh, join jemaah lain, tidak pernah ada sekali pun saya dihina, diperli bahkan saya sentiasa dialu alukan. Cuma saya saja yg buruk sangka pada orang. Semua orang akan accept kita. Cuma orang yang hati busuk saja yang akan kutuk kutuk orang.
4. Jangan cerita pada sesiapa perkara lampau kita. Saya simpan ‘pengalaman jahiliyah saya” semua gambar gambar semua yg buruk buruk saya hapuskan. Award saya semua saya hapuskan supaya saya tiada lagi memori. Cukuplah! Umur saya pun dah makin lanjut.
5. Berazam untuk menjadi lelaki. Saya pernah bagitahu teman rumah saya, saya nak try main gym. Alhamdulillah dia bantu saya untuk apply membership saya dia sendiri ajar saya bagaimana nak gunakan alat alat gym.
Kepada masyakakat yang mencemuh golongan lembut, anda sangat salah dan berdosa! Anda telah merosakkan satu jiwa yang ingin berubah. ada salah seorang team saya yang pernah dibelasah dulu selepas dipermainkan kerana lembut kini sekarang sudah declare Gay dan ada pasangan mat saleh di rusia. Saya tak tahu sama ada dia masih Muslim kerana facebook sudah mcm atheis. Anda bagi semangat bagi sokongan, bukan cemuh bukan hina bukan panggil sotong bukan ejek bukan tiru gaya. Kami juga manusia, kami juga nak hidup seperti biasa.
Ini ujian buat kami, ujian kamu lain pula.
Kepada lelaki lembut di luar sana, kalau saya bekas mak nyah boleh berubah, anda pasti lagi boleh! Yakin pada Allah. :)
Love XOXO
p/s : Menangislah kepada Allah. Ini salah satu kekuatan terbesar dalam mujahadah saya.