Muka berbulu
Assalamualaikum warga iium confession. Aku seorang perempuan normal dan aku ada 99 problem but boys aint one luls. Salah satu masalah tu adalah muka berbulu. Yes. Muka berbulu. Bulu tu bukan setakat kumis nipis atas bibir yang katanya menjadi daya tarikan dan kecomelan wanita. Bukan. Aku lagi teruk dari tu. Kumis aku dah la tebal, obvious gila. And paling teruk, muka aku dipenuhi bulu-bulu halus, including di pipi, bawah mata, dahi dan dagu. Aku dah try macam-macam petua nak hilangkan bulu di muka tapi rasa macam lagi banyak bulu yang muncul. Kulit aku tak la cerah sangat tapi memang nampak obvious gila. Rambut aku pulak luruh teruk sangat mengalahkan pesakit kanser, sampai dah nampak kulit kepala, diganti pulak dengan bulu kat tempat tak sepatutnya.
Malu? mestilah. Aku hilang confidence nak bergaul. Rasa bulu-bulu dimukaku ini sentiasa diperhati. Aku dah check keturunan aku, memang takde bersaudara dengan orang utan, lutong, mahupun mawas. And oh, lagi satu, aku ada masalah eyebag teruk gila. Tidur lah awal ke lambat ke eyebag tetap ada. Aku syak benda hitam bawah mata aku yang kusangka eyebag tu adalah tanda lahir aku, maybe sebab tu kot tak hilang.
Bro sis sekalian yang maybe pernah atau sedang hadapi masalah macam aku, tolongla bagi tips untuk hilangkan bulu-bulu ni. Kadang-kadang aku rasa comel macam kucing munchkin sebab berbulu dan kadang-kadang rasa macam bapuk kat jalan chain ferry, penang (tapi bapuk2 tu lagi waaayyy flawless dari aku). Kadang-kadang aku keliru jugak, aku ni lelaki ke perempuan. Sedih aku dengan nasib yang menimpa diri ini. Aku rasa penemuan bigfoot beberapa tahun lepas tu cuma salah faham, dia nampak aku sebenarnya.
Yang memerlukan bantuan
– maskot bangbangboom