Bismillahirrahmanirrahim
Selalu dengar ayat orang kata “eh, muka dia nampak garang la,mesti sombong”, padahal hakikatnya org tu punya lah baik kan. Ramah mesra gitu
Takpun ayat “weh, dulu sebelum kenal dengan kau, aku ingat kau sombong kau tahu. Huhu. Sekali dah jumpa, masuk air sekali do ngan aku. Tu la, muka garang sangat!” Dan mereka pun terus berhuhu
Kadang-kadang aku jeles dengan orang yang muka garang. Yang nampak macam sombong, nampak macam berlagak. Sebab orang takut untuk dekati. Orang tak berani sangat nak cari pasal atau memulakan conversation secara tiba-tiba.
Sebab muka aku ni, orang kata muka senyum. Kalau aku tak sihat pun, muka aku muka baik yang orang rasa senang nak tegur, sejuk hati nak bersapa dengannya. Walau aku tengah moody tahap petala kelapan pun, semua orang suka sangat nak menegur. Muka ramah-tamah la housemate aku cakap.
Sebenarnya tak ada apa yang nak dibanggakan. Aku pernah ditipu banyak kali oleh kawan-kawan. Dan aku saja post kat sini sebab aku perasan diorang selalu share iium confession punya post. Harap2 dorg baca yang ni.
1. Classmate kelas BTQ yang baru kenal kt kelas tu, sem tu, pinjam duit aku tak pulang2, time tu depan atm muamalat. Alasannya duit kptm x masuk lg time tu. Beratus gak aku bg pinjam. Bongok gak aku
2. Sister yang tetiba kenal kat lif KC(khadijah college) then boleh terbawa pergi bilik sebab dia kata dia tertinggal kunci bilik pastu purse aku hilang out of nowhere. Bila tanya dia, dia kata, dia perlu duit, kata nak pinjam etc. Ni pun beratus gak
3. Brother yang desperately nak sewa kereta aku then p langgar teksi pastu janji nak bayar ganti rugi kat uncle india teksi tu, end up hilang. buat dek je even aku dengan selamba komen kat post2 dia di media social. It has been 6 to 7 years. Alih2 aku y kena hadap uncle tu dan byr ganti rugi masa tu
4. Tengah beratur panjang kat subway 20 minit aku dah beratur dan bila nk sampai turn aku, then tetiba lelaki tak malu potong barisan, depan aku pulak sambil ckp, dia nak cepat anak & wife dia tgu dlm kereta xdpt parking. Order 4 ketul plak tu. Terhegeh2 sambil senyum minta maaf sengih2
5. Jadi tea lady utk semua ofismate selama 2 tahun non-stop hari2 tanpa sebarang ucapan terima kasih, siap minx refill lah tukar air lah. Senior ke junior ke semua hampeh
6. Few times tukar tempat kerja sebab report harassment masa kerja luar
And the list continue….
Ironinya, semua orang yang buat jahat kat aku, semua yang tak rapat. Mungkin kalau yang rapat buat jahat kat aku, aku assume sebagai “menolong mereka”? Mungkin. Cuma minggu lepas bila berborak dengan roomate aku, baru aku realize semua ni. Aku ni mudah didekati org dan mudah kena tipu. Mungkin sebab fizikal aku yang sekeping rendah dan muka innocent. Aku tak langsung berbangga dengan semua ini. Dan bukan lah ingin memohon simpati kalian disini. Let bygones be bygones.
Cuma satu yang aku nak tekankan. Kita sebagai manusia yang hidup dalam masyarakat, jangan lah sesekali memandang diri kita lebih baik pada orang lain sehingga merendah-rendahkan orang lain. Jangan pernah letakkan ego kita tinggi. Sejauh mana kita terbang di langit, suatu hari nanti kita pasti akan jatuh menyembah bumi juga. Live your life properly. Aku buat baik ditipu dihina dikeji bukan kerana aku lemah. Tapi kerana aku tahu hakikat hidup ini tak lama mana. Buat baik untung2 aku dapat saham untuk ke akhirat sana. Life is short. Don’t waste it. Tak semua orang baik macam aku. Aku diam x bermaksud aku x marah. Tapi aku malas nak perbesar-besarkan hal yang kecil. Ada orang yang lebih kehadapan untuk pertahankan hak dia. Aku tak pernah judge org yang pertahankan hak diorang, yang sanggup bergaduh teruk utk diri mereka dan keluarga mereka. Setiap orang berbeza. Hargailah perbezaan itu. Jangan terlalu rasa diri lebih bagus drpd orang lain, lantas, menyamakan diri kita dengan orang lain. Atau mengharapkan orang lain utk sependapat dengam kita. Semua bermula dari diri sendiri.
Pesanan utk org yang baik mcm aku pulak, berpada-padalah dalam berbuat kebaikan. Setiap perkara ada limitation. Buatlah selagi Allah redha. Sebab hidup didunia ni bukan utk meraih redha manusia sahaja. Redha Allah itu paling utama