Mulut

Assalamualaikum,Harap admin dapat menyiarkan cerita saya ini.Terima kasih.Sedikit pengenalan diri,saya seorang perempuan,sudah berkahwin.Sebelum itu tujuan penulisan saya ini adalah untuk meminta pendapat pembaca sekalian yang pernah melalui masalah seperti saya ini,maaf jika penulisan tidak menepati kriteria pembaca semua.

Kehidupan selepas berkahwin memang sangat menyeronokkan bagi saya lebih2 lagi dikurniakan cahaya mata yang menghiasi kehidupan seharian.Alhamdulillah suami saya juga baik orangnya dan banyak membantu saya dalam menjaga anak2 serta menguruskan rumahtangga.

Masalah yang sering dihadapi apabila saya pulang ke kampung suami,kadang2 rasa tidak seronok hendak pulang jika teringatkan mulut sesetengah orang disitu,secara automatiknya apabila pulang ke sana,perwatakkan saya akan berubah menjadi orang lain ,dari seorang yang banyak cakap tiba2 menjadi pendiam,saya sangat2 tidak selesa dengan keadaan ini.Sebab2 saya menjadi begitu adalah kerana mulut2 sesetengah orang disitu tersangatla laser dan suke cakap lepas,baik yang lelaki baik yang perempuan.Saya seboleh2nya cuba menjaga hati dan perasaan orang2 disitu dan banyak mengalah serta telan sahaja kata2 sesetengah orang disitu kerana mahu menjaga nama baik suami.Berdiam diri adalah jalan yang selamat untuk saya(padahal akhirnya memakan diri).

Memang kebanyakan keluarga belah suami bermulut laser,suka menyindir,tapi ada juga yang baik hati dan melayan saya dengan baik.Mula2 berkahwin dulu,saya sedaya upaya memahami setiap perwatakkan ahli keluarga masing2,dalam tempoh penyesuaian diri,saya sangat terkejut dengan mulut2 ahli keluarga suami,sangat keterlaluan dalam berbicara,kadang2 menimbulkan perbalahan sesama mereka kerana mulut,berbeza dengan keluarga sebelah saya yang lebih menjaga hati dan percakapan dengan ahli keluarga yang baru.

Jadi hati saya sedikit bimbang dengan keadaan itu kerana takut tidak dapat menyesuaikan diri sesama mereka,dan untuk pengetahuan semua pembaca suami saya terkecuali dari bersikap sebegini,kerana dia seorang yang pendiam,jarang mengambil tahu hal orang lain,yang paling ketara sekali mulut abg ipar saya,jika berkumpul beramai2 selalunya saya yang akan jadi mangsa sindiran dia,pernah juga saya dimarahi di hadapan ahli keluarga ketika sedang makan kerana datang lambat dan tidak membantu ibu mertua memasak,sambil menuding jari ke muka saya,dia memarahi saya kerana datang ke situ hanya untuk makan sahaja,terasa malu yang teramat sangat kerana banyak mata yang memandang ke arah saya,menelan nasi seperti menelan pasir,suami hanya mendiamkan diri sahaja tidak berbuat apa2.Sedih dilayan sebegitu rupa,mungkin kerana dia melihat saya diam,tidak melawan dan tidak banyak cakap,sebab itu dia suka menjadikan saya sasaran.

Bertahun2 dipendam perasaan ini,setiap kali ada kenduri kendara dan hari raya saya mesti hadirkan diri untuk membantu ape yang perlu dan setiap kali itu jugalah ada yang tidak kena mengenai saya pada pandangan abang ipar saya,selalu disindir,sindiran yang menyakitkan hati,ketika itu saya hanya mampu diam sahaja.Saya tidak tahu apa yang dia tidak puas hati sangat dengan saya,tetapi makin lama makin menjadi2 mulutnya menyindir2,macam biasa setiap kali berkumpul beramai2 pasti saya yang akan menjadi mangsa.Saya selalu mengadu dengan suami mengenai perangai abangnya ini.Suami hanya meminta saya bersabar dan buat tidak tahu sahaja,tapi sampai bila?

Sehinggalah pada suatu hari saya sudah tidak tahan dilayan sebegitu,saya whatsapp personal dengan abang ipar saya,dan dia mengatakan dia bukan menyindir,hanya berseloroh,pada saya itu sindiran,saya luahkan segala yang terpendam di hati saya ini kepada dia yang saya tidak suka diperlakukan seperti itu,dia hanya meminta maaf sahaja dan sempat menyindir saya dengan mengatakan saya sudah pandai terasa sekarang,betul2 mental saya tengok dia ni,tak semua orang boleh terima cara dia dengan kata2 yang keluar dari mulut dia tu.

Selang beberapa hari,anak abang ipar saya telah menghantar ayat2 sindiran di group whatsapp family,saya membalas kerana saya rasa tahap kesabaran saya tidak boleh dibendung lagi,agak biadap bagi saya dengan menjirus minyak pada api yang sedang membara,dari situ mulalah terjadi perbalahan antara saya dan abang ipar di group whatsapp serta bermasam muka dengan anak abang ipar,saya bukanlah seorang yang suka mencari gaduh,saya seorang yang simple dalam hidup,sukakan kedamaian,tidak suke perasaan negatif/marah ada dalam diri,tapi kalau hati sudah dijentik dan kesabaran saya dicabar,salahkan saya untuk bertindak sedemikian.Saya hanya perlukan layanan yang sewajarnya seperti seorang manusia yang punya hati dan perasaan bukan dilayan seperti sampah.Kadang2 terfikir juga kenapa saya baik dengan semua orang tapi orang buat saya macam ini.Maaf penulisan agak panjang,mohon pendapat dari pembaca sekalian untuk menguruskan mulut manusia sebegini.Terima kasih.

Yang benar,

– Sakit hati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *