Mungkin hubungan sesama manusia ada masalah

Aku engineering student, aku tak nafikan engineering course memang susah tapi aku jenis study time orang tidur. Aku bangun malam around 4am pastuh study sampai subuh. Serius cara efektif sangat, senang masuk senang faham. Alhamdulillah setakat ni pencapaian aku dalam kategori excellent.

Tapi aku ada satu masalah, aku selalu careless dalam tess kalau final exam tak tahu lah sebab paper tak kena return kan. Bila dapat balik paper test sebenarnya aku boleh dapat almost full marks or higher marks tapi aku selalu sangat buat small careless. Contohnya silap tengok appendices, salah convert unit, terlebih letak kosong, tersalah letak power. Calculation pulak once dah salah kat atas, habis lah yang bawah bawah tuh salah jugak.

Bukan satu subject aku selalu buat silap macam ni tapi hampir semua subject aku hadapi masalah yang sama. Banyak dah lecturer tegur kesilapan aku nie. Aku pun pelik, nak kata aku jawab main main, memang tak lah cite dia sebab aku selagi ada masa memang aku akan check berkali kali calculation aku.Sekali tuh aku pegi jumpa sorang lecturer, aku memang rapat dengan dia, aku cerita masalah aku ni kat dia. Ayat dia yang paling aku sentap bila dia kata macam nie,

"Perempuan nie sifatnya halus jadi perempuan lebih rapat dengan Allah, perempuan mudah menangis dan bercerita pada Allah beza pulak dengan lelaki yang sifatnya lebih cool, walaupun lelaki rapat dengan Allah tapi lelaki susah nak keluarkan airmata. Tapi masalah perempuan dia selalu ada masalah bila masuk bab hubungan dengan manusia, sebab perempuan lebih emosional jadi ada masalah sikit cepat terasa lepastuh simpan dendam tapi orang lelaki bukan peduli sangat pun. Jadi saya rasa mungkin awak kena jaga hubungan dengan manusia, minta maaf dengan semua orang sebab kita tak tahu kalau kalau ada orang yang terasa dengan kita."

Mungkin jugak hubungan aku dengan manusia yang bermasalah. Maafkan aku kalau ada salah silap, doakan aku dapat buat yang terbaik untuk final exam nie. Amin

– Sentap

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *