Mungkin Ini Satu Ujian
Assalamualaikum. First of all harap sangat admin dapat post cerita saya ni sebab memang benda yang saya nak share ni mungkin pernah berlaku jugak dkt ramai lagi students yang berhati lembut.
Saya student yang menjalankan servis kereta sewa. Saya buat bersama kawan saya so kitaorang partnership business la. segala untung rugi, naik turun, ikat perut tahan lapar memang bersama. Kami bukanlah berasal dari keluarga yang kaya. Kedua-dua kereta kami adalah harta persendirian dimana kami kumpul duit dari first semester untuk bayar downpayment,menjadikan kereta ini bukan under mana2 official kedai kereta yg ada license meniaga kereta sewa ni. In short memang kami ambil risiko kalau 'kantoi' kt mana2 pihak berkuasa. Hasil duit tersebut, kami gunakan untuk buat duit belanja harian, duit kereta bulanan, duit sevis,segala yuran UIA termasuk jugak saman2. In short, memang untung rugi bisnes sewa kereta yg kami kendalikan ni adalah untuk hidup kami tanpa meminta duit dari parents pun.
Intro panjang lebar tapi bukan itu benda yang saya nak share sebenarnya, huuu….
Saya dan partner in term of student life, kami stabil lah boleh dikatakan. Hasil bisnes kami membuatkan kami hidup bukan mewah tapi senang. Secara jujur, kami juga kerap memberi sedekah dan donate kat suspension food. Boleh dikatakan setiap hari RM 10 kami keluarkan untuk beli tiket 'suspension food' kt mahallah,belum lg blanja kawan2 yang tgh sempit wang. (Secara jujur ini bukan nak menunjuk. Lagipun tiada siapa pun tahu empunya badan disebalik keyboard ni)
Cuma nak cakap, walaupun hidup senang hasil usaha sendiri, saya dan partner tidak pernah abaikan tanggungjawab kami sebagai muslim. Kalau bab servis menyewakan kereta pun, frankly speaking, kami selalu amalkan cara 'lebih kurang' dengan customer2 kami. Dan selama hampir dua tahun, bisnes kami Alhamdulillah sangat bagus cuma kadang2 turun (biasalah adat berbisnes).
Baru2 ini, semasa minggu exams, dah nk hujung2. Kami menyewakan kepada salah satu customer yang boleh dikatakan selalu jugaklah guna kan perkhidmatan kereta sewa. Katanya hendak keluar lepak dgn kawan sekolah lama. Kebetulan, atas kekhilafan saya dan partner, kami tak perasan purse yang kami simpan duit bisnes kami tertinggal dalam kereta semasa customer itu guna. Setelah lebih kurang sejam, baru perasan yang purse (RM600 di dalam) tersebut diletakkan di tepi handbrake. Partner terus contact customer tersebut untuk memintanya simpankan dan pulangkan semasa hendak pulangkan kereta.Tetapi dia mengatakan tiada apa2 di bahagian handbreak dan kawannya juga mencari purse tersebut tetapi tidak jumpa. Semasa itu, kami masih berfikiran positif. kot2 la purse jatuh bawah seat ke. So, masa dia pulangkan kereta, kami memberinya 'discount' sebab dah nak habis exam kan, so tak berkira sgt la. Muka dia berubah seakan serba salah bila dengar saya cakap,"Discount, takpelah lebih kurang je. Kita kan kawan"
So, bila dia dh bg duit dan balik ke mahallahnya, sy terus check whole kereta dan yup. Memang tiada. Saya mesej dan bertanya lagi sebab Wallahi, last tempat yg saya nampak is in between the handbrake and the left seat.
Tetapi, dia tetap menyatakan tiada dan memberi seribu satu alasan yang sangat sangat tak munasabah. Seperti, kawannya tidak menjawab call dan dia turut memberitahu bahawa ada dua lelaki(bukan UIA) tumpang dia yang tak tahu bagaimana untuk contact kembali jika mana2 antara mereka ada mengambil purse tersebut senyap2. Keesokkannya, dia ingin sekali lagi menyewa kereta, jadi seperti biasa saya memberitahu dia nanti saya nak hantar kereta, saya inform.
Walaupun kepala serabut dengan fikir macam mana nak makan, macam mana nak bayar saman dan duit bulanan (january), saya dan partner masih terima untuk menyewakan kereta kami terhadapnya. Tiba2 dalam beberapa minit sebelum saya nak keluar bilik untuk hantar kereta, dia mesej dan bertanya saya seolah-olah saya ada suruh orang lain untuk menyewakan kereta kepadanya walhal memang saya tidak buat apa-apa pun. Dan caranya memang nampak ingin melarikan diri dari berjumpa dengan saya. The only thing dia beritahu is to keep whatsapp and calling kawan dia yang memang sampai bila2 tak bagi respond. Seriously, it makes no sense bila kawan yang keluar lepak sama siap karaoke bagai, bila call tak jawab. So I smell something fishy is going around.
Now bila nak contact, customer tu pun dah balik. Meninggalkan saya dan partner seribu satu soalan. Ada magic ke dalam kereta tu sampai benda tu boleh hilang dari penglihatan. In short, jujur saya kata, kami bukan nak tuduh tapi sudah terang lagi bersuluh purse tersebut telah dicuri oleh sama ada kawan kepada customer tersebut atau dia turut bersekongkol. Tambahan pula, customer ni sebenarnya sebelum ni pernah kantoi dgn kami menipu mengatakan sudah pun habis sewa walhal, kami ternampak dia masih drive di area KL Fest (Setapak Central). Tetapi kami hanya mendiamkan diri dan bersangka baik.
Mungkin ramai yang berpendapat students yang buat bisnes kereta sewa atau bisnes apa apa saja ni hidup mewah, goyang kaki duit masuk. Percayalah, kitaorang hanya lah students biasa cuma bezanya, cara kitaorang dapat duit untuk makan. Buat customer which is SISTER tu, saya harap awak tenang berbelanja dengan duit hasil usaha dan titik peluh kami berdua. Baru saya rasa peritnya hasil usaha kita dirembat orang. Just next time kalau takde duit, janganlah mencuri. Dosa besar tu.
Akhir kata, buanglah hasad dengki dengan kelebihan orang lain. Mungkin kita tak tahu, disebalik kelebihan itu tersimpul 1001 kisah perit. Wassalam. Peace.
– Akak Bisnes Tertipu