Mungkin Semua Salah Aku

Salam semua warga IIUM Confessions. Aku Nur. Ini adalah pilihan terakhirku untuk meminta pendapat dan nasihat dari semua. Aku telah bertanya pendapat kawan-kawan untuk masalah aku ini. Cuma aku masih perlukan pendapat untuk teruskan atau tidak mengenai hubungan ini.

Aku seorang berdikari. Terjadinya aku seorang yang berdikari ini disebabkan oleh masalah keluargaku. Ayah mak aku pencen swasta. Mereka telah menghabiskan wang pencen dalam tempoh lebih kurang 2 tahun. Yang pada masa itu aku tengah menghabiskan sisa-sisa diploma. Aku struggle.

Aku mencari rumah sewa untuk keluargaku sebab ayahku dah lama takbayar duit sewa rumah jadi kami diminta keluar oleh owner. Kami tiada duit untuk beli barang rumah. Banyak sangat yang aku dan adik aku lalui masa tu.

Jadi aku telah memilih untuk terus bekerja lepas diploma walaupun impian aku memang untuk memiliki segulung ijazah sebelum memasuki alam pekerjaan.

Tapi tak mengapa. Semua ada hikmah. Kesusahan aku pada masa itu membuat aku jadi lebih kuat pada masa ini.

Alhamdulillah. Selepas 5 tahun lebih kejadian tu. Dan 5 tahun pengalaman kerjaku kini. Aku boleh dikategorikan sebagai wanita berdikari.

Hampir kesemua hal dalam kehidupan aku buat sendiri. Aku beli kereta sendiri. Uruskan kereta sendiri. Aku apply tempat belajar jarak jauh untuk degree sendiri. ulang alik kerja sendiri.

Tempat kerja lama aku juga 50km dari rumah. Awal2 kerja naik train 3 jam perjalanan sebab ktm lambat hahaha. Tapi sekarang aku dah tukar kerja sebab gaji.

Hal-hal rumah pun semua aku yang uruskan. Bayar bill. Contact owner rumah. Contact kontraktor pasang astro untuk mak ayah aku. Pasang unifi.

Kiranya aku rasa aku mampu buat semuanya sendiri. Salah satu sebabnya pun sebab orang tuaku dah tua. Aku tak nak susahkan mereka dengan masalahku.

Even masalah aku dengan tunangku juga mereka tidak tahu. Walaupun sebenarnya aku masih lagi bawah tanggungjawab mak ayah aku. Namun, dengan keadaan mereka dah tak mampu untuk provide. Aku redha. Biar aku yang mengambil alih tugas mereka :)

Aku ada tunang. Kami telah bersama selama 6 tahun. Disebabkan dia bukan orang semenanjung aku ingin memudahkan urusannya untuk bertunang dengan aku, jadi aku suggest untuk tunang online waktu pkp ini. Dia bersetuju. Kami dah bertunang selama 2 bulan :)

Semua indah awal2 kami bercinta. Dia ada ketika aku susah. Aku memang setia menunggu dia. Tiada istilah lelaki lain dalam hidup aku selama 6 tahun ni. Walaupun hubungan kami 6 tahun ini bercinta jarak jauh. Dan dia seorang pelaut. Dah tahun keempat dia menjadi seorang pelaut.

Kami akan bernikah akhir tahun ini atau awal tahun depan jika mengikut perancangan masa discussion tunang antara mak ayah aku dan mak ayah dia. Dan dia bukan jenis berkawan dengan perempuan atau pencurang. Semua akses sosial media dia aku ada. Dan semua akses sosial mediaku dia ada.

Benda ini tak jadi masalah buat kami pun sebab kami takpernah sorok apa-apa antara satu sama lain. Dan aku pun jenis tiada kawan lelaki sebab aku jenis menjaga. Tudungku juga labuh bawah dada. Jika nak keluar outing ramai2 tapi ada kawan2 lelaki juga aku akan tanya pendapat tunang aku dulu.

Aku juga bukan jenis makan fancy mahal2. Even aku pergi kerja selama 5 tahun aku bawak bekal untuk lunch dan breakfast. Aku akan beli makanan lunch kalau mak aku tak masak. Breakfast aku akan buat sendiri.

Tapi, 4 tahun tu juga dia berubah. Berubah dari segi tidak lagi memberi perhatian pada aku. Aku kena merayu menangis untuk minta dia beri perhatian. Dah jarang call. Jarang chat. Sebab dia busy.

Aku paham. Aku tak minta call hari-hari pun. 3 hari sekali pun cukup. Seminggu sekali pun cukup. Cuma bagitahu lah kalau tak dapat nak bagi masa.

Kalau busy. Benda ni dah berlarutan sampai hari ini. Dan aku memang percaya pada dia. Dia busy. Cuma dari segi masa tu. timing dia dengan aku memang out. Banyak kali dah aku makan hati. Sebab tak dapat dah perhatian seperti awal2 bercinta dengan dia. Namun aku terima, aku redha. Aku masih setia.

Sebab bagi aku tunang aku akan cuba sebaik habis untuk membahagiakan aku. Aku nampak effort dia dan aku hargai. Dan aku pun cuba untuk kurangkan merajuk aku bila dia tipu aku nak call. Tapi tak call. Nak jumpa tapi takdapat jumpa. Aku setia menunggu dia. Aku tak minta banyak.

Hanya perhatian dan masa sebab aku sunyi. Tapi aku pun tak minta pun selalu contact. Cuma dia tak memahami aku dari segi benda ni. Sebab bagi dia, dia dah bagi aku cukup masa.

Aku pun busy sebenarnya. Sebab aku tengah sambung study jarak jauh dan sekarang untuk development of final year projek.

InsyaAllah bulan 10 tahun ni akan graduate. Doakan ye :) dan masa2 lapang aku isi dengan menjahit. Kemas rumah. Deko bilik. Dan kerja aku juga memerlukan aku balik kerja lambat sebab dateline projek.

Namun, aku ada 1 masalah dalam diri aku. Aku jenis tak dapat kawal marah aku, kuat merajuk. Mak aku pun cakap aku jenis baran. Walaupun sebenarnya ada kawan aku lagi baran dari aku.

Tapi bila mak aku dan tunang aku dah cakap macam ni. Aku memang sedaya upaya untuk kawal marah. Untuk tak mengamuk bila marah.

Cuma mengamuk aku belum lagi lah campak barang. Cuma aku tinggi suara. Tak dapat nak kawal suara aku bila marah. Aku banyakkan mengaji. Banyakkan berzikir. Aku dah kurangkan merajuk.

Even dia buat salah. Aku memillih untuk diam. Dan maafkan dia. Tapi ada masa aku yang minta maaf dulu. Sebab aku nampak effort dia untuk pujuk aku walaupun ala kadar je.

Tapi aku okay. Sebab aku sayangkan dia. Nampak juga aku berjaya kawal. Tapi tidak bagi tunang aku. Dan disebabkan ini tunang aku menjauh dari aku.

Dah sebulan dia dingin dengan aku. Dia kata bagi dia masa. Dia nak ajar aku. Kalau aku berubah baru dia akan okay dengan aku. Aku terseksa. Sangat-sangat terseksa.

Dia dah turun kapal. Tapi aku masih takdapat untuk contact dengan dia seperti awal2 percintaan kami. Dia dingin. Tak kesah pasal aku. Abaikan aku.

Online whatsapps tapi 3 hari chat baru reply. Aku call dah tak angkat. Haritu aku perlukan dia teman aku. Sebab nak pergi kedai beli makanan belakang ofis kul 9 malam. Dia online facebook.

Tapi dia tak temankan aku. Menangis lagi aku dalam surau office. Otw balik rumah dalam kereta menangis teresak aku. Dan dia tak cuba tenangkan aku dah. Kesah pasal aku pun tak.

Mental breakdown aku. Aku kurang selera makan. Aku gastric teruk sebab tiada selera makan. Aku sampai takfocus kerja. Effect performance kerja aku.

Tengah kerja tapi air mata boleh mengalir tanpa aku sedar. Sampai tiap waktu solat aku menangis. Effect kesihatan aku.

Aku kuat overthinking. Takkan sebab satu kekurangan aku dia lupa jasa aku. Dia ignore aku teruk macam ni. Bila aku tanya. Aku ajak call ajak comunicate. Akan jadi gaduh teruk dan jawapan dia bagi dia masa.

Sedih. Sangat sedih. Walaupun aku kuat merajuk. Tapi aku tahu dia takkan tawar hati. Takkan muak dengan kerenah aku. Sebab aku dah faham dia takda masa untuk aku.

Dulu aku nampak effort dia nak jumpa aku turun kapal. Aku sangat apreciate even masa atas kapal aku banyak makan hati sebab dia memang takda masa untuk aku.

Walaupun dia tengah free. Tapi dia lebih pilih untuk buka media social. Aku okay. Tapi aku marah. Aku makan hati. Aku sedih. Takpe aku terima.

Sekarang dah hampir setahun tak jumpa. Disebabkan kampung dia bukan di semenanjung dan covid-19 ni company kapal dia kuarantinkan dia dan terus hantar dia balik kampung melalui ajen.

Dia dingin dah sebulan lebih. Aku dah cuba pujuk bagi ayat sweet. Throwback gambar lama pun dia masih dingin. Tak respond. Ayat dia. Dia nak tengok aku berubah dia perlukan masa. Cakap kasar-kasar dengan aku walaupun aku banyak kali minta maaf. Aku buntu. Aku memang dah pikir untuk putus.

Aku dan minta alamat rumah dia dari akak dia untuk pulang cincin. Akak dia tahu mengenai masalah hubungan aku sekarang. Dia minta bersabar sampai hujung tahun ni. Sebab hujung tahun ni kan perancangan nikah aku.

Aku buntu sebab aku tak pasti sama ada aku patut bersabar atau patut putuskan hubungan :(

Minta warga IIUM Confession bagi pendapat dan nasihat ye. Sorry jika ayat saya buat keliru atau ada kesalahan tatabahasa, hihi.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *