Untuk part I, (https://iiumc.com/murtadnya-seorang-sahabat/).
Assalamualaikum WBT. Terima kasih semua yang memberi idea dan doa untuk sahabatku, Ina dan juga kepada yang menuduh aku menjadi agent kafir, penipu, penfitnah dan ada yang gelarkan aku tunggang agama, terima kasih aku ucapkan.
Semoga apa yang terjadi pada Ina, tidak terjadi kepada kaum kerabat anda sekalian. Inilah lidah orang yang mengaku diri itu Islam, tetapi hanya pada nama sahaja. Menuduh dan merasakan diri itu baik dari segalanya takkan hilang sampai bila-bila apatahlagi MELAYU ISLAM.
Inilah realiti pahit yang perlu ditelan. jika apa yang diluahkan anda menidakkan kebenaran yang berlaku. Dan akan ada lagi mangsa keadaan seperti Ina dan memilih untuk menjadi murtad.
Aku hanya berkongsi pengalaman supaya kalian beringat!
Untuk kalian buka mata dengan apa yang terjadi pada agama kita. Bertapa rapuhnya hati manusia apabila dihimpit oleh depresi dan trauma sehingga tiada yang sudi membantu dan akhirnya kecundang jua memilih untuk sujud kepada agama lain.
Kalian, Jangan memandang agama lain itu jahat. Jangan kalian fikir, yang murtad itu memilih untuk menjadi jahat. Tidak! Kita yang mencorak agama kita sendiri. Islam itu tidak salah, ia agama yang suci.
Cuba kalian melihat komen-komen yang diberikan, itukah melambangkan kesucian Islam? Jika hanya aku sebut satu badan organisasi sahaja membuatkan kalian gundah gulana, bagaimana kalian ingin mempertahankan agama Islam jika diprovok lebih hebat selepas ini?
Musuh Islam adalah dikalangan orang yang ingin meruntuhkan agama Islam. Bukan semua penganut agama lain mempunyai hasrat yang sama.
Kita perlu memandang dari aspek kebaikan bagaimana mereka memberi bantuan dan menyalurkan kasih sayang sehingga ramai yang menerima ajaran mereka sehingga lupa Islam adalah agama yang benar.
Kita perlu menjadi seperti mereka supaya kita dapat memperlihatkan sisi baik agama Islam dan bukan hanya tahu bercakap, mengkritik dan menghina.
Ada yang mempersoalkan aku belajar Syariah tetapi gagal membawa Ina pulang. Kalian jangan ingat dengan apa yang kita sudah pelajari boleh memaksa jiwa manusia untuk mengikut apa yang kita percaya.
Aku akan menggunakan pendekatan yang lembut supaya satu hari nanti, Ina akan tersedar. Bukan mudah kerana dia dihentam dengan teruk sejak dari kecil oleh ORANG MELAYU ISLAM sendiri.
Ina adalah wanita yang baik dan lemah lembut. Sepanjang aku berkawan dengannya, tidak pernah sekali pun dia berkata buruk apatalagi seperti kalian yang suka menghukum orang tanpa usul periksa.
Lagi-lagi terlalu banyak kes yang melibatkan ustaz-ustaz yang sedang popular sekarang ini, banyak isu yang mereka boleh pakai untuk lebih membencikan Islam. Terlalu sensitif untuk dihujah. Aku perlu menarik benang didalam tepung, sikit demi sedikit supaya tepung tidak berselerak.
Bukan mudah untuk mengambil kembali jiwa manusia.. harap kalian faham situasi ini.
Penyakit yang paling kita perlu berjaga-jaga adalah masalah mental dan depresi. Tolonglah sahabat-sahabatku sekalian, sentiasalah monitor keadaan sekeliling kalian, sahabat handai, jiran tertangga.
Sekiranya mereka mengalami masalah depresi, janganlah mengelakkan diri. Minta bantuan pakar atau cuba mendalami masalah mereka.
Mengenai persoalan bagaimana mudahnya Ina ke Australia, itu tidak terlalu rumit untuk aku terangkan. Sesampainya Ina ke Australia, Ina terus dirujuk ke United Nation under Protection Act. Oleh disebabkan itulah Ina mudah untuk melepasi immigration.
Kepada yang terfikir untuk menggunakan cara Ina ini untuk bekerja secara illegal, tolonglah behenti. Bukan mudah seperti yang diperkatakan.
Murtad adalah isu sensitif dan perlu ke mahkamah untuk memukakan kes penukaran agama. Sekiranya kalian didapati berbohong, kalian akan dikenakan tindakan undang-undang kerana mencemar kesucian agama mereka.
Sekali lagi, terima kasih diatas idea dan doa,
Teruskan berdoa untuk rakan-rakan yang senasib Ina di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang boleh mengubah hati mereka.
Salam…
– Asikin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit