Murung Dek Pengasuh

Assalamualaikum dan terima kasih sekiranya confession ini disiarkan. Biar saya namakan diri sebagai Mina, mama kepada 2 cahaya mata. Yang abang berumur 5 tahun yang adik baru berumur setahun.

Tujuan Mina confess di sini adalah untuk minta pandangan para pembaca tentang situasi yang Mina alami berkaitan dengan pengasuh anak-anak Mina.

Mina bertukar pengasuh sebab bertukar tempat kerja dan berpindah ke negeri sebelah. Pengasuh sebelum ni tiada masalah. Jadi kami suami isteri memang bercadang nak hantar anak ke rumah pengasuh juga di tempat baru ini.

Kami mula hantar anak-anak kami ke pengasuh baru yang kami kenal melalui jiran-jiran terdekat seawal anak kedua kami berusia 2 bulan. Dua-dua kami hantar ke rumah pengasuh yang sama.

Senang nak ambil dan sekurang-kurangnya boleh la abang dan adik berkawan, takdelah rasa janggal sangat dengan pengasuh baru sebab abang tu sangatlah rapat dengan pengasuh lamanya.

Berkali-kali dia cakap taknak pindah pengasuh baru. Tapi nak buat macam mana abang, mama dengan abah kena kerja dekat sini. Hmm.

Pada mulanya tiada masalah. Sampai lah dua bulan lepas tu, suami pengasuh ditimpa kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja. Kakinya patah sebelah.

Pengasuh minta cuti sebulan untuk jaga suami dia. Walaupun keberatan, tapi apa lah pilihan yang kami ada selain setuju dengan permintaan dia.

Tempat baru, nak cari orang lain pun bukan kenal, tak percaya, takut anak diapa-apakan, lagi-lagi yang baby tu. Kebetulan pulak masa tu masih dalam tempoh PKPP dan nasib baiklah kami masih dibenarkan alternate work from home.

Jadi sebulan tu huru hara la bekerja dari rumah sambil jaga anak, dan buat kerja rumah, semua dalam masa yang sama.

Boss pulak bukan jenis yang memahami situasi work from home, dengar suara baby menangis dekat belakang suruhnya kita “get rid of that noise”. Inilah contoh boss yang buat staff kemurungan.

Walaupun sebulan tu tak hantar langsung, kami bayar jugak upah jaga anak sebab dia cakap mak ayah lain bayar penuh.

Masa tu rasa macam takpelah kot, kira sedekah la sebab dia dalam kesusahan kan. Anggap sedekah jela walaupun sebulan upah tu bukan sikit nilainya untuk orang macam kami ni.

Tapi lepas tu Mina dapat tahu rupa-rupanya mak ayah lain tu bayar penuh sebab memang diorang hantar anak diorang macam biasa. Sebab anak-anak asuhan yang lain tu dah besar. Jadi boleh je dijaga sambil jaga suami yang patah kaki tu.

Kiranya paling kecik yang pengasuh ni jaga adalah anak perempuan Mina ni lah, baru umur 4 bulan masa tu.

Tapi kami suami isteri setuju untuk halalkan jelah bayaran tu walaupun perjanjian asalnya kalau tak hantar takde bayaran, lebih-lebih lagi kalau yang mintak cuti adalah pengasuh.

Mina memang bukan jenis berkira dengan pengasuh, sebab pada Mina pengasuh ni dah penat jaga anak-anak kita.

Jadi kalau ada rezeki lebih memang Mina akan kongsi dengan pengasuh, contoh bagi hadiah ke, belikan makanan ke. Tapi pengasuh Mina kali ni lain sikit peelnya.

Kalau kita belikan makanan ke apa kan, dia ambil tanpa cakap apa-apa pun. Terima kasih tu jarang-jarang la dengar. Mina dah buat yang terbaik nak ambil hati pengasuh tapi dia tetap jugak komplen tak berhenti.

Yang kerap kali dia cakap dengan Mina setiap kali Mina datang jemput anak-anak balik ialah; lamanya dia tunggu Mina balik kerja, dia dah penat jaga, anak-anak Mina tak nak tido, orang lain dah ambik tapi Mina tak sampai-sampai lagi.

(Padahal selalu ramai je belum balik lagi dan Mina yang paling lambat hantar anak selalunya), dan macam-macam lagi lah dia complain dengan Mina setiap hari.

Padahal Mina datang ikut waktu standard yang dah janji awal-awal dulu. Paling lambat Maghrib. Hantar pulak selalu lewat hampir ke tengahari.

Adatlah kadang-kadang awal kadang lambat sebab meeting last minit ke, jalan jem sebab hujan ke. Kalau sekali dua komplen tu boleh la tahan lagi, tapi kalau hari-hari boleh stress jugak Mina dibuatnya.

Tambah stress kalau masa tu suami Mina kena outstation berminggu-minggu lamanya. Semua Mina kena urus sendiri dan pengasuh pulak komplen tak berhenti.

Mina tak pernah berkira bila-bila je dia nak cuti bawak suami dia pergi checkup dekat hospital. Kadang-kadang sampai 3-4 kali sebulan.

Tapi bila Mina pulak ada masalah nak jemput anak-anak awal sepatutnya tak perlulah komplen. Kita bertolak ansur lah. Sebab Mina sentiasa bayar penuh walaupun banyak hari tak hantar anak dan tak hantar tu sebab pengasuh yang minta cuti.

Mulanya buat tak peduli je apa-apa yang dia cakap. Tapi satu masa tu mengadu jugak dekat suami sebab panas telinga hari-hari dengar dia bersungut masa ambik anak dari Mina. Selalu Mina hantar memang lambat sikit sebab WFH atau kerja dekat-dekat area rumah je.

Jadi kadang-kadang dekat pukul 10 pagi baru hantar. Tapi kadang-kadang Mina ada meeting pukul 8 pagi. Jadi awal pagi dah terpaksa lah hantar anak ke pengasuh, sebab nak siap dan gerak ke tempat kerja untuk elak jem.

Bila hantar awal tu macam-macam lah dia bersungut, contoh dia cakap dia baru nak makan tengok Mina dah sampai lah, terbantut nak buat sarapan lah. Faham tak mak-mak? Kita ni bukan budak kecik kan tak faham orang menyindir-nyindir kita macam tu.

Mina rasa macam dah fed-up dah nak hantar anak ke pengasuh ni. Sebab hantar ke pengasuh ni Mina sampai bergaduh dengan boss sebab kerap-kerap ambil cuti bila pengasuh nak cuti.

Ada jiran cadangkan hantar ke taska, lagi dekat dengan rumah dan taska takdelah suka-suka asyik mintak cuti.

Tapi itulah, sebab Mina takde pengalaman hantar anak ke taska, dan dengar pulak macam-macam cerita menakutkan pasal anak kena dera kat taska tu semua, buatkan Mina takut nak hantar anak-anak ke taska.

Mak-mak yang biasa hantar anak ke taska harap boleh la share pengalaman hantar anak ke taska dengan Mina ye?

Bulan lepas, seminggu Mina tak hantar anak ke pengasuh sebab balik kampung. Tapi pagi-pagi datang sambut anak Mina dah bersungut dah. Siap tuduh Mina tak bersihkan anak elok-elok sebab badan anak Mina naik ruam merah-merah.

Mina ni memang ada kulit sensitive. Baby girl Mina pulak memang ikut mamanya, jadi kulit tu memang senang naik ruam, walaupun rajin mandikan sapukan losyen yang doktor bagi semua, bila nak ada flare up dia akan jadi jugak.

Mina memang rajin mandikan baby dan tukar pampers, kadang-kadang belum berisi pampers dah tukar sebab takut ruam. Jadi Mina sangat panas telinga bila dia serkap jarang Mina cakap Mina tak tukar pampers dan jarang mandikan baby.

Lepas tu komplen cakap losyen yang Mina bekalkan tu tak bagus. Padahal losyen tu doktor yang bagi untuk kulit baby. Mina pakaikan baby elok je. Surut ruam dia.

Dari apa yang Mina tengok, pengasuh Mina ni dia kalau boleh nak Mina hantar anak dah siap mandikan, dah siap bagi susu dan sarapan plus hantar dekat-dekat dah tengahari.

Kalau Mina boleh buat semua tu, baiklah Mina jaga sendiri je anak-anak Mina kan? Mina cari pengasuh sebab Mina tahu Mina tak sempat siapkan anak-anak sebab Mina ni bekerja dan nature kerja Mina ni memang sibuk.

Tapi pengasuh ni pukul rata je semua mak bapak ni. Pada dia kalau mak bapak budak lain boleh datang hantar lambat kenapa Mina tak boleh. Kalau budak lain ambik awal kenapa Mina ambik lambat.

Mina tak pastilah memang perangai dia macam tu dengan semua mak ayah anak asuhan atau dengan Mina je.

Tapi Mina tengok dengan mak ayah sorang budak tu nampak loaded sikit tu elok je takde dia komplen macam-macam. Sebab dia nampak Mina ni macam orang miskin agaknya tu la dia pandang rendah je dekat Mina ni.

Yela pakai kereta Axia je kan datang hantar anak. Mak pak lain pakai T dengan H. Bias sangat layanannya tu.

Kalau ada mak pak T dengan H, Mina cakap apapun dia buat tak dengar je. Sibuk melayan mak pak T dan H tu berbual benda-benda remeh. Padahal Mina nak cakap pasal susu baby ni. Hmm.

Rasa dah tawar hati dah nak hantar anak ke pengasuh ni lagi. Nak beralih angin ke taska tapi baby girl Mina masih kecik lagi. nak tukar pengasuh pun tak pasti siapa boleh jaga.

Yang abang pun hari-hari cakap taknak pergi rumah pengasuh. Yang adik pun pandai dah menangis bila nak kena hantar pagi-pagi. Allah jela tahu macam mana anak-anak Mina dilayan sepanjang di rumah pengasuhnya.

Kalaulah Mina ni kaya, dah lama Mina berhenti kerja dan jaga anak-anak Mina sendiri. Tak perlu lah abang dan adik memendam rasa dekat rumah orang kan?

Abang pun sampai ke hari ini masih lagi menyebut nama pengasuh lama dia dan asyik tanya bila kami boleh pindah ke rumah lama semula.

Sayu hati bila dengar soalan dia. Pengasuh lama tu pun rindu sangat dengan abang. Semoga Allah pelihara pengasuh lama abang sebab jaga dan sayangkan abang macam anak sendiri.

Mak-mak atau ayah-ayah yang terbaca confession ni bagilah pendapat ye. Mina hargai sangat sebab Mina dah mula rasa stress dengan keadaan ni setiap hari.

Buat masa ni Mina masih cuba bersangka baik walaupun naluri ibu tu dah mula berbisik suruh jangan hantar anak ke pengasuh ni lagi.

Mina ucapkan terima kasih in advance untuk semua yang membaca dan boleh relate dengan Mina. Mina mintak maaf kalau penceritaan Mina ni berterabur. Mina tak pandai ayat berbunga-bunga ni.

– Mama murung,

– Mina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *