Musuh Bongsu Adalah Masa

Salam semua. Confession aku ni tiada niat benci kepada mana2 ahli keluarga aku ye. Sekadar meluah apa yang terbuku.

Aku anak bongsu dan musuh aku adalah masa.

Masa aku konvo, mak ayah aku dah tua. Tak larat nak masuk dewan konvo dan tak larat nak bersesak2 di luar dewan. Kakak2 aku pula dah beranak pinak, anak masuk sekolah, sarat dan tengah berpantang. Jadi, aku konvo sorang.

Sangat berbeza zaman kakak2 aku konvo, family kami lengkap 6 orang. Ketiga2 konvo kakak2 aku tak pernah tak lengkap kami berenam.

Aku sedih tapi dalam masa yang sama, aku faham je.

Masa aku nak kahwin, mak ayah suruh buat kecil2 je walaupun aku dan suami dah kumpul duit kaw2 untuk majlis grand. Memang niat nak pakai duit sendiri.

Mak ayah aku kata dah PENAT majlis besar (merujuk kepada majlis nikah kakak2 aku).

Aku nak sewa dewan pun mak ayah aku kata PENAT. Kalau sewa juga, mereka akan datang untuk akad nikah je tapi tak akan hadir majlis sanding.

Bila dengar mereka kata macam tu, sudah tentu aku tak jadi la sebab takut timbul fitnah apa2 terhadap mak ayah aku.

Yela, mak ayah mana tak datang majlis anak sendiri kecuali ada gaduh. Tetamu2 datang mesti akan tanya mana mak ayah aku kan.

Masa aku melahirkan anak pertama, mak ayah tak datang tengok pun baby kat rumah aku.

Mak ayah aku jumpa baby selepas aku habis berpantang. Aku berpantang dengan suami je kat rumah sendiri.

Sedangkan masa kakak2 aku beranak, mak ayah aku dah sedia nak sambut baby kat rumah. Mak ayah beli barang baby dan makanan sihat untuk menyambut kakak2 aku berpantang dan menyambut baby.

Alasan mak ayah aku tak datang sebab dah tua. Tak larat kata mak ayah aku.

Masa aku masuk rumah baru pun mak ayah tak jejak kaki sampai majlis kesyukuran.

Sangat berbeza masa kakak2 aku masuk rumah baru mereka, mak ayah la yang terpaling excited nak tolong hias, tolong pack/unpack barang, siap hulur barang2 rumah.

Tapi aku tak dapat layanan yang sama kerana faktor usia mak ayah aku.

Sekali lagi, aku faham yang musuh aku adalah masa.

Aku rapat je dengan mak ayah sebab tiap2 bulan aku balik rumah mereka. Kecuali masa berpantang.

Kami tak ada bermasam muka ke apa cuma aku je yang sedih sorang2 tengok mak ayah aku dah tua. Aku tak marah pun aku tak dapat layanan yang sama macam kakak2 aku.

Kadang2 aku trigger bila orang asyik kata jadi bongsu ni dapat jadi anak paling manja, anak kesayangan dan anak paling beruntung. Hahahaha.

Aku rasa jadi bongsu la yang paling berdikari. Kakak2 dah ada family masing2, sibuk dengan anak dan suami. Mak ayah pula dah berusia dan tak segagah dulu.

Sekian luahan bongsu.

– Ayra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Redhakan sahaja.Rezeki mereka.Mungkin abang2&kakak2 suami isteri mereka pun xperasan yang bongsu Ada perasan.waktu mereka struggle membina keluarga Masih Ada ibu &bapa atau rumah di Kampung sebagai tempat healing.Si bongsu Pula healing sendiri.In syaa Allah…Semoga kehidupan bongsu diberkati.

  2. Setuju, kami Laki bini bongsu. masa kecik kami dapat perhatian extra, hakikat Bila dah berkeluarga, Abang kakak X peduli pun pasal adik bongsu. Mak ayah apetah lagi. Kami selesaikan semua sendiri, X mengharap bantuan adik beradik lain. Bila raya selalu terasa hati dgn Adik beradik. Do they care? X payah buang masa la.. memang X da nya Nak jaga hati ko Laki bini.. 2-2 belah Sama Saja. Anak2 buah lain lebih rapat dgn Nenek .. tu Aku ralat sangat Bila tengok muka anak2 Aku Bila balik Kampung ramai2… Pujuk lah hati yang berduka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *