Pentingnya Seorang Lelaki Yang Baik

Hai. Aku Suria. Datang dari keluarga yang boleh dikatakan “broken family” lah kot. Mak ayah aku tak bercerai. Tapi tak juga bahagia. 

Di sini, ingin aku tekankan betapa pentingnya seorang ayah, menjadi seorang ayah yang baik, menunaikan tanggungjawab sebagai ayah, suami, dan tidak menzalimi orang di bawah tanggungannya.. 

Ayah aku, kerja bagus, gaji agak lumayan. Pangkatnya tinggi dari usia muda. Namun, kesenangan itu, sebenarnya adalah ujian untuknya..

Bukan sekali, dua kali malah berkali-kali ayahcurangkan ibu kami dan menipu ibu kami.

Hubungan2 tersebut ada yang putus, bercerai dan sebagainya, dan sekarang, ayah ada dua isteri, isteri pertama mak aku, dan satu lagi perempuan yang entah kenal dari mana. 

Disebabkan isteri2 ayah, jenis yang suka menghabiskan duit ayah, memang kami anak beranak tak dapat merasa pun duit ayah.

Gaji banyak, namun, yang diperuntukkan untuk kami, jauh dari adil. Tapi kami akur sahaja.

Beberapa kali juga aku menyuruh ibu meminta cerai, namun, ibu tidak mahu.. 

Kesan dari perbuatan ayah, ayah sekarang memang tidak berduit setelah pencennya. Duitnya habis, entah kemana. Padahal epf beliau sepatutnya lebih dari cukup. 

Dan aku, sangat2 terkesan dari segi emosi dan psychology.

Aku sukar mempercayai lelaki, dan mempunyai trust issue yang agak teruk. Fear of abandonment dan fear of being cheated itu tersangat besar.. 

Aku sudah berkahwin. Mempunyai suami yang subhanallah baiknya, namun, aku tak mampu bagi sepenuh kepercayaan padanya.

Kadang2 aku kesian dengan suami, mungkin dia boleh dapat perempuan lagi baik dari aku, yang boleh bagi kepercayaan kepada dia, selayaknya dia patut dipercayai.

Namun, dalam fikiran aku hanya “ini sementara je, semua ni bila2 masa akan berubah”..

Dan aku juga ada pemikiran “tiada lelaki dalam dunia ini yang boleh dipercayai”, walaupun aku tahu, pemikiran itu salah. 

Selepas berkahwin, aku banyak menangis, kerana aku selalu merasa tak dicintai, selalu merasa diabaikan.

Walaupun bila aku fikirkan semula, suami aku sangat baik, banyak berkorban untuk aku, dan memberi perhatian pada aku.

Mungkin kerana aku takut, takut untuk terlalu percaya bahawa perkahwinan ini akan sampai ke syurga, kerana takut ia berakhir di tengah jalan. 

Kadang2 aku cek phone suami tanpa pengetahuannya, dan memang aku tak jumpa apa2 yang mencurigakan pun. Tapi, susah nak shake perasaan itu dari hati aku. 

Sungguh, aku tak suka perasaan ini, dan kadangkala, aku benci ayah, kerana buat aku mempunyai pemikiran sebegini. 

Maka, kepada para2 lelaki yang membaca ini, ketahuilah betapa pentingnya anda menjadi lelaki yang baik.

Kerana kesannya bukan saja pada isteri anda, tapi juga pada anak2 anda. Dan kesannya, mungkin akan kekal seumur hidup. 

– Suria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *