My Face My Confidence!

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab post confession sy ni.

Sebenarnya nak cerita masalah aku, having a reddish pimpled face. Sounds bad kan? Tapi ekceli dia banyak bekas2 jerawat je. Cuma merah. aku ni student kat ipta tersohor kat Mesia ni. Orang kata menjadi perhatian lah. Bila bnyak perhatian that means orang selalu pandang, Kawan2 ipt lain, org kampung. sadly I dont have that guts because of my appearance. ?. I couldnt stand it bila orang tengah berbual ngan aku sambil perati muka aku. Dahlah chubby, bibir tebal.

Dari aku kecik, aku selalu dapat apa yg aku nak. Femli aku tak kaya pun. Cuma apa yang aku nak, semua depa bagi. Kalau akademik pun aku yang terbaik lah dalam femli (takburnya rasa). Dari sekolah rendah smpi menengah tiap tahun mak ayah aku dtg Hari Anugerah. Rupa pun Alhamdulillah, orang kata cantik tu tak, tapi manis. Orang kata laa. Ramai je selalu usha tapi aku malas layan. Dan aku x tunjuk, x macam org lain suka kempen2. Heheh. Allah selalu kabulkan doa aku tapi aku xtahu kenapa susah sangat Allah nak kabulkan yang satu ni.

Tapi sejak masuk U ni, keadaan sangat berubah. Semua sebab muka aku. Tetiba je jerawat-jerawit ni serang muka aku. Masa first year dulu x teruk sangat. Orang siap buat confession lagi pasal aku kat kitorg punya confession. Tapi bila dah naik tahun 3 ni. Hmmm. Aku senaraikanlah eh :

1) Aku dah x terlibat dengan mana2 persatuan, projek etc. Kalau dulu aku antara ahli aktif. bila aku dah x yakin, otomatik otak aku pun x function so I decided xnak join sebab I cant brainstorm pun.

2) Aku spend most of my time kat bilik. Xde class je aku balik bilik. Kengkawan aku perasan kot aku dah 2 sem x makan kat cafe fakulti aku. Sebab aku xnak jumpa orang. Ia hanya akan buat aku sakit.

3)kawan2 aku sisihkan aku. Ok sebelum ni aku cakap aku x libatkan diri dgn mana2 aktiviti kan, salah satu sebabnya is my fren. Ntahlah, dorang x pernah pun ajak aku sebab memandangkan diorg MT persatuan. Aku pun jenis yg kalau ko x nak aku, aku pun xnak lah. Bukan jenis nak merayu2. I have my pride ok. Kalau jumpa pun, bukan nak cakap apa. Dorg bincang pasal persatuan and Im like yelah aku sorg je bukan ahli kan. annoying. Kat grup wasep pun cantu. Ehh just get the hell me out from here lah kalau nk sembang pasal korg je. Secret admirer aku pun x pandang aku dah. Nampak sgt semua suka aku sbb rupa.

4) Roomate aku ni. Selalu je cakap muka aku tambah baik. Padahal mkin teruk. Aku tak tahulah samada dia cakap mcm tu sebab nak bagi aku semangat ke sebab dia xnak muka aku sembuh. Orang macam ni lagi bahaya tau.

5) aku sangat mngelak dari cermin. Kalau aku tgok cermin pun aku tgok dari jauh. Sebab kalau aku tgok muka aku yg sebenar aku takut aku xkuat dan xda semangat. Roomate aku perasan kot.

6) Aku bukan tak usaha. Allah je tahu usaha aku. Aku ubah diet aku, minum bnyk air masak. Dulu memula aku pakai safi. Pastu try KColly. Pastu garnier lemon, pastu garnier fruit pastu sabun ephyra pasu safi hijau pastu bio essence pastu dnars. Dnars ni muka aku makin teruk sebab aku beli tiruan kot. Sejak tu aku x percaya dah produk mesia yg tah pape ni. Dahlah mahal. Sebab dah banyak sangat. Org skrg ni senang2 je buat produk sendiri. Pastu aku smbung guna sabun peewit. Dan aku dah nak 3 bulan dah cuba tapi xda perubahan pun. Skrg ni aku baru je guna Himalaya punya facial clenser oil control. Aku rasa muka aku ni bjerawat sebab minyak je ni. Terlalu bnyk minyak menyebabkan pori aku tersumbat. Dari situ timbul jerawat. ?. Andai kata himalya ni x menjadi, U guys ada suggestion x? Aku dah putus asa sebenarnya..

7) aku kena diskriminasi rupa oleh sorg lelaki ni. Sekarang aku baru tahu sakitnya hati bila jadi kat diri sendiri. Aku minta tolong kat llaki tu katanya sibuk. Bila budak pmpuan cantik mintak tolong, ambio kemain dia bkobar2 semangat nak tolong. Haktuih.

Aku selalu berdoa. 3 tahun dah kot. Nak dapat wajah yg licin. Terus terang aku penat. Banyak dah pengalaman menarik kat U aku ni aku lepaskan sebab low self confidence. Orang gelak kat aku sebab aku obses dgn kecantikan dgn beli bnyk produk but I believe in effort. Kalau x usaha macam mana Allah nak kabulkan? Aku try to live with it but I just cant. Mak aku cakap mmg mcm tu kalau budaK U. Nanti habis belajar baiklah tu. Kata2 mak aku ni je yg selalu aku ingat. Dalam adik beradik pmpuan aku sorg je mcm ni. Yg lain mulus bersih. Dulu aku lah paling cantik.

Sekarang aku hanya mmpu berdoa dan terus berdoa semoga Allah dengar doa aku ni. Aku cuba jadi hamba nya yang Solehah, bukan sebab nak kembali cantik, tapi sebab aku dah penat nak jadi cantik di mata manusia. Aku buruk ke aku cantik ke Allah je yang ada utk aku. N famliy la. Hehe. Aku target nak muka flawless masa aku grad. I. ALLAH semoga aku berjaya.

Any tips to be a better person are welcomed :)

– Loser Girl

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

72 Comments

  1. Kepada yang confess ni. Saya tahu perasaan awak. Sebab saya pun mengalami benda yang sama. Tapi saya jenis yang tak ambil peduli apa orang cakap. Nak kata buruk ke macam alien ke saya buat bodoh je. Sekurang2 nya kita xda ugly attitude macam org lain. Pernah org laki kata yg muka saya ni xboleh elok ke? You know what? Saya balas balik dengan soalan yang buat dia terdiam.

    Saya ada cadangan. Awak pakai pencuci muka nurraysa. Mesra wuduk dan tiada bahan kimia. Saya pernah pakai dan pedih juga mula2 tu sebab muka luka dengan jerawat. Kurangkan makan benda yang xberkhasiat. Jangan pakai mekap. Kalau supp awak cuba perlaking atau perlashine ye. Cuba consult dengan leader produk tu.

    And please jangan rasa down sangat ye. Jangan sebab orang lain mengata awak terus hilang konfiden tu. Stay happy ok☺☺☺☺

  2. Salam.. duhai si confessor. Sudi2 lh pm sy. Sy ingin brkongsi. Sy pn prnh jd mcm ni dlu. Skrg alhamdulillah. Allah makbulkn. Apa2 pm sy dlu. In sha allah kita sama2 cantik.

  3. Awak kena kuat..jgn give up. Mungkin ni ujian dari Tuhan utk awak. Cuba try guna cetaphil. Cetaphil tu bagus, dah almost 2 tahun saya guna.

  4. Cube gi pharmacy…watson,guardian etc….tny nak beli ubat antibiotic delicin-T (xsure spelling).ubat ni mmg khas utk segala jenis jerawat…ubat ni nny bentuk air dlm botol kecik…just rol on kat tmpt betmasalah…in sha Allah ok

  5. Sy dulu penah alami mcm awk sis. Bygkn muka tak pernah ada jerawat, tetiba naik dgn byknya..rse mcm sis, low confident, rse hbis kelas terus nk balik bilik terus, rasa tak nak trserempak dgn sape2..Alhmdulillah, skrg kulit muka da okay amalkan makan madu selalu..buat mcm scrub pun okay..sy pkai marykay, alhmdulillah berkesan sbb dia free chemical..try set acne dlu..sbnrnya, Allah uji tu, sbb Dia nk kte lebiy bersyukur sis..ada org lain lg mcm2 ujiannya sis..so, kte sbg hamba Allah ni, kena kuat, doa dan tawakal ye..

  6. Pakai scrub apricot st.ivan..jgn tenyek muka macam basuh kain..gosok bulat2 lembut2..lps cuci muka..basahkan kapas muka dgn mustika ratu jeruk limau nipis..perap kat muka..jgn meraung sbb mmg pedih tetambah kalau ade luka jerawat..sblm tido..pakai cream muka..in my case guna olay total effect tu..kat parut jerawat letak tebal2..esok bgn cuci muka bersih2..sarung bantal/selimut/cadar/tuala/anak tudung/ tudung tukar hari2..rambut shampoo hari2..kalau rajin selalj basuh muka dgn air biasa lps kuliah..dl slalu buat tghari ngn ptg je..pagi dgn malam je cuci muka guna st ivan..lps cuci muka basuh dgn air yg byk..jgn tinggal sisa plk..gosok2 dgn tgn kalau rase licin2 lg basuh sampai hilang semua sabun tu..jgn stress..happy sokmo ok..

  7. Sy dlu pon mcm sis..Tp Lps amalkn bekam muke n bdn alhamdulillah ok Cket,jge pmkanan sis..n cbe skincare yg brsesuaian ngn klit kte.mcm sy klit amat snstf,brmcm prduk dh try.gune tbita ori dlm 2 thun alhamdulillah ok.lps tu naek jrwt balik.skrg pkai glow glowing alhamdulillah dh ok balik..cube bekam dlu sis..

  8. Samelah kitee!! Bila masuk ipta muka dah berubah. Tapi skang muka saya sgtt okay, jerawat timbul pun 1 atau 2 je. Dulu kawan2 tegur muka saya teruk bila di tahun akhir kawan2 tegur muka makin cantik dan ada yg jealous. Separuh produk yg awak pakai tu saya pun dah cuba. Kurang berkesan. Habis rm600++ camtu je. Tips saya tak yahla obses pakai produk merapu. Saya tengok satu tv show korea’human condition’ pasal skin di situ saya byk belajar. Penjagaan dan pemakanan. Penjagaan wajib ada cleanser, toner, moisturizer. Setiap minggu pakai scrub (pilih skrub gel jenama ginvera kt watsons utk bjerawat byk) dan mask. Pemakanan setiap hari wajib makan buah dan sayur. Saya minum air lobak+ lemon setiap hari ikut tv shows tu. Pas sebulan ramai tegur muka dah bertambah okay pastu muka lebih putih. Mungkin air lemon tu kot. Kalau tak mampu beli lemon setiap ari, beli lobak campur dn blend ngan air ( guna blender) Sampai skang saya xde masalah jerawat teruk. So, good luck!

  9. first, tolong rujuk produk tu berdaftar ke tak. dnars apa semua tu dengan produk pelik2 tu semua memang menghancurkan muka.

    jangan terpedaya dgn org lain sbb lepas stop je pakai, muka akan meragam.

    next, i suggest you try argan oil. currently using yg mora essential. dapatkan lah yg asli. jangan mudah terpedaya dah. give your skin a break and trust me, it will heal.

  10. Sis. Saya ada satu suggestion utk sis try stu produk ni (bukan menjual ok). Sy dah try, org sekeliling dh try. Produk bkn bru tp sy rse rmai lg tk thu (jeng jeng)

    PM me now (nk istikarah dlu pun boleh)

  11. Cuba awk stop dlu pakai semua skincare tu.

    Firstly, awak kena facial balik muka awk. Beli yg besi jerawat tu kat guardian, keluarkan segala white head, black head, jerawat ape benda sume kasi keluar. Jgn risau tak berbekas pon sbb besi. Jgn guna kuku! Biar bengkak2 sbb nk bg keluar kotoran tu. Buat hari2.

    Secondly, lps buat facial tu, basuh muka guna scrub. Jgn kuat2 nnti surface muka awk rosak. Gosok pelan2. Awak akan rasa betapa licinnya muka awk.

    In shaa allah, buat tiap2 hari boleh baik sbb awk xbg peluang bendasing2 tu utk bertompok kat pori2 dan hasilkan jerawat.

    And then pakai lah skincare yg sesuai dgn awk, sy tak bole nk suggest sbb kulit kita berbeza2. Mcm saya, sy pakai sabun jenama Simple (khas utk kulit sensitive) dan produk nourain. Alhamdulillah, bertambah baik. Dlu muka saya pon mcm awk juga.

    Apa yg penting, rajin facial. Baru lah skin care tu senang berkesan nk masuk dlm kulit :)

  12. Pendapat sy, kalau muka teruk sgt..sy saran pegi jumpa pakar kulit, dermatologist, takut awak ada alergik sesuatu. Cek condition kulit, then bru beli produk,.kalau x, awak akan sentiasa bereksperimen..

  13. sy umur 21(blaja) & 25 (keje) kene sudden puberty strike, muka naik byk giler for months..skrg 28 da hilang, it got to do with your hormone rampaging as well or stress due to shitty boss..or you’re just going through puberty..puberty strike sucks sometimes.. sy minum herbalife & pakai herbalife skin sepanjang tempoh puberty strike and it works super fine even until now..jaga pemakanan & minum air byk2..

  14. Sy Stokis Jamu Susuk Dara Melaka..
    Ader menjual Magic Seri Cahaya Soap..

    Sabun Seri Cahaya ni menjadikan kulit muka kita cerah bersih tiada lagi wajah kusam.

    ✔ Membantu Merawat jerawat & kulit berminyak
    ✔ Menyamaratakan ton warna kulit yang tidak sekata
    ✔ Membuang sel-sel kulit mati pada lapisan pertama kulit sahaja.
    ✔ Menyelesaikan masalah whitehead/blackhead
    ✔ Mengatasi masalah melasma
    ✔ Memudarkan parut jerawat di muka
    ✔ Mencerahkan kulit muka
    ✔ Memudarkan dan menghilangkan kesan-kesan hitam Di Wajah
    ✔ Menegangkan kulit
    ✔ Menyelesaikan masalah pigmentasi dan garis2 kat muka…

    Boleh add friend dan pm sy yer…
    Yang berminat nk jd agen/dropship jamu susuk dara untuk jana side income pun dialu2kan
    Consultation Percuma!

  15. Coba pakai Toner ESKINOL . InshaaAllah blh redakan mslh awak. Sy pun dri tgkatan 1 hingga tgktan 4 jerawat teruk, smpai nampak mcm lebam dahh. Nsib baik ada kawan syorkan ESKINOL :)

  16. Cerita sis ni sebijik macam saya… lepas jadi mcmtu low confidence smpai x blh nk buat presentation pon.
    But now alhamdulillah. dh bkurang.semoga x Naik lagi lepas ni..serius penatttt. Dh mcm2 guna. Tapi still x menjadi. Tapi 1 je, sis jumpe doc. Sbb dlm byk2 product Kat luar tu 1 pon x menjadi . cume lepas jumpe doc and continue ubat yg dia bagi alhamdulillah oky. Faktor dia yg utama sbb berminyak and stress much and tido lewat.(yg ni sy la) so try jumpe doc. Give it a try.

  17. Better kalau sis jumpa dr pakar kulit. Kalau mahal sgt cuba pergi facial first.

    Ad promo utk 1st cust, hanya rm29 sja. Nt ad skin analysis, jd boleh tahu type skin sis. Dry, oily, combination.

    Nt die akan buat extraction semua. Lps dh thu type skin sis, pergi farmasi beli yg sesuai.

    Sis pakai terlalu byk produk juga. Stop bberapa hari n cont dgn produk yg sesuai dgn sis.

    Org slalu salah faham byk jerawat je sb kulit berminyak, tp tak, kulit kering pun jerawat tumbuh sb oil gland kita bg signal yg kita perlu minyak utk melembabkan kulit, tp oil gland xdpt kawal jumlah minyak tu jd la berlebihan shngga mngakibatkan acne.

    Kalau sis rsa leceh nak pergi facial first, cna pergi farmasi aeon yg kt mid valley, skin analysis rm5 je. Nt boleh tau jeni skin sis.

    Chaiyokkk!! Cubalah

  18. Bila baca part usaha sis nak bersihkan balik muka baru perasan ada satu benda yang sis tak amalkan.

    Here:

    Try consume Vitamin C pharmacy punya macam Blackmores. Boleh je nak makan buah oren. Tapi satu hari 13 biji ke berapa tah baru sama dengan 500 mg Vit C.

    Macam saya, saya ambil 1000 mg punya. Sehari makan sekali je. Sebab kandungan dia dah tinggi. Tapi kena minum air banyaklah.

    Untuk pencuci muka pula, saya rasa semua pencuci muka sama hahahahahahaahaha. Himalaya tu rasanya dah okay. Jangan tukar tukar lagi takut nanti efek lain pula jadi. Try usaha tang lain.

    Okay sis, be tough

  19. toner boleh try organic apple cider vinegar pakai mlm je sbb bau dia astaghfirullah busuk. . facial cleanser try Cetaphil for oily skin. sabun oilatum ok gak…oh ya consume la vitamin C. beli kt pharmacy.

  20. Detox dulu sis…beli green tea atau apa2 utk cuci usus atau dalaman…bila dah detox, baru apa2 yg kita pakai atau makan menyerap dan berfungsi dengan baik…try Royale Expert…akak dah try macam2…ini produk trbaik…bkn utk jerawat ja…tp utk kesihatan kulit muka…leh gugel ye…

  21. Sis..sy sama pglmn dengn sis..sy lgila,kalau berckp dgn org sy xkn.pandang…org mgkn ckp sy rude..tapi sy malu..xde confidence..tpi alhamdulillah..bile cuba satu produk ni Allag tlg sy..skrg kulit sy btmbah ok..wlupon jerawat n parut masih ade…hee.

  22. Haii. Akak nk suggest utk adik. Banyakkan minum air masak dlu ya. Air masak ni mmg sgt membantu. Mgkin dlm masa 3 4 bulan belum nmpk tp still continue ya. Cuba minum 3L sehari. Then, haritu ada terbaca tentang cuci darah. Adik boleh try kat mana mana tapi agak mahal sikit. Penah terbaca utk 10x rawatan dlm 5k ke bawah. Dan utk pemakanan, adik boleh try makan Dianz Vitamin C & E. Kalau nak cuba, boleh contact akak ya

  23. Sis pergilah jumpa doktor kulit. Kt hosp kerajaan ada dermato clinic. Tp kena tny mcmne nk dptkn appointment tu. Ramai pesakit yg ada masalah jerawat yg teruk baik lps guna ubat hosp. jerawat yg teruk ni klu biar lama2 akan tinggalkn scar yg dh x boleh hilang dh. So better awak jmp dermatologist cpt2 sblm proses fibrosis berlaku.

    sy pernah naik jerawat dasyat sgt dr kulit licin, side effect ubat steroid yg sy ambil. Jerawat yg merah besar2 pastu jd hitam then tinggal kesan hitam bintik2 kt kulit tu. Doc yg treat sy refer sy pd dermatologist, dpt 2 jenis cream utk jerawat. Alhamdulillah dlm sebulan semua dh hilang. inshaAllah ada jalan utk awak sis, serahkan pada yg pakar. elakkan cuba produk sebarangan.

  24. sy faham perasaan sis. sy mengalami masalah yg sama sejak 2008. sesiapa yg mengenali sy mesti tahu keadaan sy. Sekarang alhamdulillah. If sis nak dapatkan nasihat, boleh PM sy. sy bukan pakar,sy cuma nak tolong

  25. Try gune cetaphil…pharmacy pun sarankan guna produk ni…try ambik vitamin c,e dan zinc…insyallah

  26. meh nak ajar, dari pengalaman sy sdiri dulu jerawat berbatu. Drpd apa yg awk cerita, dpt laa sy detect awk ada resdung yg teruk. Rawat dari dalam dulu.

    Cuba search kat fb Resdung Tok Aki. Hindari makan ikin bilis and of course belacan. Lepas cuci muka jangan lupa pakai Toner, beli brand Simple. Kat guadian ada jual. Botol dia kaler hijau. Tak sampai RM20 pon, tahanlaa 2 bulan. Buat ape sy ajar nie, 2 minggu awk dh boleh nmpk kesan.

  27. Try nurraysa, alhamdulillah memang sgt berkesan. Saya pakai mmg work it. Selain itu, saya amalkn bhn semula jadi juga sprti madu kelulut n aloe vera (tanam sndiri) sapu kat muka sebelum tido dan juga pada waktu pagi. Alhamdulillah mmg tak naik2 jerawat. Kulit jadi licin n lembut ☺️

  28. Saya perunding kecantikan yg sah. Boleh consult dgn saya di talian 0145276527.
    Pape pn saya suggest minyak zaitun sbb tu dh terbukti dr zaman mesir purba lg utk kecantikan kulit.

  29. Mcmana nak contact confessor nie? Sy ada jual jugak collagen with sakura extract. 100% organik, halal and produk baru dlm pasaran. Setakat ni testimoni semua baik2, llaki perempuan smua boleh cuba. Msalah kulit berkurangan, bagi efek pinkish-rosier dkat kulit..and mmperbaiki kolagen dlm kulit yg dah rosak. Boleh whatsapp sy 01123870750.
    Cc: Norshahirah we need more people like her

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *