Nafkah

Confession ni pasal bapak aku yang dah lama aku pendam. Bapak aku ni aku anggap bapak yang sangat baik cuma yang kurangnya adalah tanggungjawab dia dari segi nafkah. Hal ni pun baru aku sedar bila aku dah besar ni.

Bapak dan mak aku dua-dua berkerja dan gaji mereka lebih kurang sama. Gaji bapak lebih banyak sikit dari mak. Tapi boleh cakap semua benda kat rumah mak yang bayar. Sampaikan nafkah anak pun mak yang sediakan.

Adik beradik aku masuk universiti semua guna duit mak. Yuran dan elaun bulanan pun mak yang bagi. Sesak jugak lah mak time nak bayar yuran kami semua sebab dia tak bagi anak dia pinjam ptptn. Jadi selalunya aku akan bayar yuran lambat sikit dari adik beradik yang lain biar mak dapat bernafas sikit. Alhamdullillah masuk second year aku dapat anugerah so dapat sikit sikit tampung yuran. Lega aku dapat kurangkan beban untuk mak sikit.

Dari kecik kalau keluar makan dekat luar memang mak yang akan bayar. Makin membesar aku rasa pelik kenapa mak je bayar. Mak aku beritahu yang kiranya memang dia dah deal dengan bapak kalau hal makan dan dapur dia akan settle. Dia pun tak kesah. Bapak pulak akan settlekan hal kereta dan lain lain.

Tapi sekarang aku tengok makin menaik naik perangai bapak aku. Bil api air memang mak aku bayar dari dulu. Sekarang ni astro dengan internet pun dia lepaskan je suruh mak aku bayar. Roadtax kereta semua mak aku bayar. lepastu kereta rosak pon mintak duit mak aku. Tu tak masuk duit barang yang dia nak beli lagi. Mana pergi duit dia pun tak tahu.

Kadang kadang sampai hitung hari mak aku tunggu bulan depan. Bukan apa. Nak bagi duit dekat bapak aku. Nasib baik adik beradik dah ada yang kerja. So mak tak payah bagi nafkah dah kat situ. Mak aku pakai baju koyak koyak je. Aku bawak shopping dia kata tak payahlah baju dia banyak lagi.

Kadang kadang mak ada bagitahu nak beli sekian sekian sekian. Tapi bila dapat gaji bapak dah mintak awal awal nak beli itu ini. So dia tangguh lagi apa dia nak beli. Kesian mak peti ais dah uzur dia nak beli baru bapak asyik mintak duit je. Dah nak dekat setahun bertangguh. Dia memang tak kisah. Tapi aku bengang. Bapak main lepas tangan je hal nafkah. Nafkah anak boleh lepas je ke mak. Kalau gaji mak boleh tampung nafkah anak anak dengan bapaknya sekali. Mana perginya duit bapak. Semua benda mak bayar. Kadang kadang mak saje gurau dengan bapak mintak nafkah. Bapak gelak je.

Bapak aku selalu bukak facebook jugak baca baca post, kadang kadang tengok video video ceramah, tengok video video viral. Sekarang ni aku banyak ternampak post pasal nafkah. Aku harap bapak aku baca dan sedar diri. Bapak aku baik. Mungkin zaman dulu tak ada kursus kahwin dia tak tahu sangat pasal nafkah ni.

– Anak bapak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit