Aku berumur 30 tahun dan seoarang penjawat awam. Dijodohkan dengan seorang laki yang baik, cuma cabaran LDR dan komitmen ni bagi aku adalah cabaran yang kuat.
Aku dari negeri zon tengah tapi ditempatkan untuk bertugas di zon utara. Suami aku pula kerja GLC di zon utara juga tapi negeri jiran sebelah negeri aku bekerja.
Dah nak masuk 2 tahun usia perkahwinan kami, Alhamdulillah.
Gaji kami berdua tak banyak mana, tapi cukup bagi aku.
Sekarang kami sewa di negeri aku bekerja, suami aku balik ke rumah sewa kami seminggu atau dua minggu sekali sebab nature kerja dia perlu sentiasa bergerak sana sini.
Suamiku ada rumah yang dibeli di negeri dia bekerja dan dia duduk bersama keluarga dia. Kereta pun tak habis bayar lagi. Jadi dia banyak komitmen.
Macam aku pula, setakat bayar kereta, bil dan sewa rumah separuh sebab lagi separuh dia bayar. Aku faham akan kekangan kewangan suami aku.
Tetapi sepanjang perkahwinan kami, suamiku jarang beri nafkah pada aku. Lately juga aku banyak terkilan dengan dia sebab seolah dia banyak lebihkan keluarga dia.
Walaupun rumah yang dibeli tu adalah atas nama suami aku, tapi aku tak pernah anggap tu rumah aku. Ibu bapa suami aku pula tiada rumah. Hanya berharap pada rumah suamiku sahaja.
Dulu, aku anggap suami aku nak berbakti kepada ibu bapa dan adik-beradik dia. Tapi kini makin lama makin aku rasa diri aku ni terletak di priority yang akhir.
Makin lama makin aku kecil hati. Salah aku juga sebab aku asyik memendam atas dasar sayang kepada suami aku.
Berbalik pada soal nafkah, apabila duit ada lebih, dia akan beri. Kalau tiada atau dia rasa tak cukup duit, dia tak beri. Bukan ke sepatutnya nafkah patut didahulukan kepada isteri.
Suami aku juga ada 5 adik beradik. Yang lain dah bekerja tapi rumah suamiku dianggap kampung bila mereka nak balik dari bandar.
Untuk ibu bapa dia pula, dia akan beri 400 setiap bulan tanpa gagal. Aku dah pernah berbincang dengan dia pasal isu ni tapi dia akan balas “itu sahaja dia mampu, lagipun dah bayarkan duit sewa rumah”.
Aku tak tahu pula bayar sewa rumah separuh tu dikira nafkah yang cukup bagi dia. Aku tak pernah pertikai dia bekalkan rumah atau dia beri duit pada ibu bapa dia tapi aku ingin tekankan isu nafkah.
Aku pun tak nak bergaduh pasal benda ni sebab aku pun nak uruskan urusan kerja (sebab aku level p&p) yang bertimbun jadi aku distract dari fikir hal ni. Lama2 aku pendam dan tak selesai isu ni, lagi memakan diri.
Baru ni aku hamil 3 bulan. Aku bawa anak aku dalam perut selalunya keseorangan sebab suami aku balik seminggu atau dua minggu sekali, aku selalu sedih. Anak aku je la peneman aku.
Pesanan kepada suami2, ketaatan nombor satu terletak pada ibu bapa. Tapi jangan lupa, tanggungjawab suami diletakkan nombor satu kepada isteri.
Sekiranya tak mampu, jangan ajak anak dara bernikah. Silap saya juga sebab tak pernah bincang perkara ni sebelum kahwin.
– Mina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit