Nafkah Atau Hutang?

Assalamualaikum semua pembaca.

Aku nak meluah, sekaligus minta pendapat atau pandangan. Aku dalam satu keadaan yang sangat keliru. Antara cinta, kasih & tuntutan hati.

Aku tak pandai mengarang, tapi aku akan cuba sebaik2 nya agar pembaca faham.

Aku baru saja berkahwin selepas hampir 20 tahun berseorangan membela & mendidik seramai 4 orang anak, dari mereka kecil sampai sekarang semua sudah berkerja.

Memandangkan anak dah besar, tanggungjawab aku pada mereka dah tiada,

Aku ambik keputusan untuk berkahwin dengan warga asing (sangat banyak sebab aku memilih orang luar berbanding warga tempatan – sebab tu aku rela menjanda hampir 20 tahun, serikkk)

Perkahwinan kami indah, macam dalam cerita novel, dia melengkapi seluruh apa yang aku idamkan dari seorang lelaki.

Tapi dari awal perkahwinan hingga sekarang, dia tidak memberi aku satu sen pun nafkah selain dari maskahwin & bayaran makan sewaktu dia bersama aku di sini.

Selepas 3 minggu perkahwinan, dia pulang ke negara asal kerana masih bekerja & merancang untuk selesaikan semua hal di sana dan berpindah kesini.

Aku tertunggu2 nafkah yang dia tak pernah sebut, dan akhirnya aku bertanya pada dia.

Aku merasakan satu alasan semata bila dia kata dia langsung tak tau tentang nafkah!! Sedangkan hakikatnya dia Islam asal walau membesar di negara terhebat di dunia.

Sedangkan hal lain tentang Islam dia tau semuanya & dia juga muslim yang solat 5 waktu.

Selepas tau, dia masih ambik sikap keberatan untuk mengirimi aku nafkah dengan seribu alasan seperti ingin melangsaikan hutang dan keperluan peribadinya.

Semua ini buat aku jadi jauh & hati seperti merajuk sangat2.

Apa yang harus aku buat?

Tunggu 4 bulan untuk failkan fasakh?

Atau aku perlu belajar relakan bab nafkah seperti yang dia minta kerana katanya buat masa ini dia masih belum mampu.

Atau kami masih sangat baru untuk lebih mengenali kerana aku berkahwin selepas hanya sebulan kenal?

Atau bagaimana?

Sejujurnya aku sayang dia, tapi sebagai seorang ibu, wanita yang tak pernah di tolong sesiapa aku sangat mengharapkan “Nafkah” dari seorang suami walai sedikit demi untuk merasa disayangi.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Nafkah itu wajib, klu kawin sekadar nak seronok2, baik tk payah belaki, mana2 suami Islam dlm dunia ni tahu nafkah utk isteri adalah wajib, (atau dia buat2 tak tahu) klu suami Puan tk bagi nafkah, berterus terang dgn dia, tuntut fasakh, lebih baik tk bersuami daripda ada tapi cam biawak hidup, tk kiralah org mana atau negara semaju mana pun…..

  2. entah la…speechless rasenye bile bace sis decide untuk berkahwin dengan warga asing dalam tempoh sebulan kenal & dia bukannya duduk kat malaysia pun..macam mana sis selidik latar belakang dia, ade isteri ke x, perangai dia mcm mana..
    soalan sy->kenapa x ikut suami sis balik kampung dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *