Nak berubah jadi bini baik – 8:23 PM

Nak berubah jadi bini baik

Assalamualaikum.
.
Saya dah kahwin. Ada anak dah pun. Suami sangat baik tapi kami selalu gaduh walaupun depan anak-anak. Bila saya baca pasal anak yg benci ayah sebab ayah dia garang ngan mak dia, dan dia nasihat dah jadi ibubapa, jangan gaduh depan anak-anak sebab impak dia besar, saya termenung. Sebenarnya ayah dia x refleks pun suami saya. Tak sama sekali. Suami saya cukup baik. Tapi, saya yang bermasalah. Saya takut nanti anak-anak membenci saya kerana sikap saya dengan bapa mereka.
.
Saya memang garang. Mudah marah. Terutama sekali dengan suami. Apa saja suami buat tak kena, saya memang akan melenting. Dan, akhirnya kami gaduh sebab suami saya pun bukan jenis diam je, dia akan menjawab juga. Bila dia menjawab, saya akan jerit2 macam dah menengking. Ya, saya sedar saya dah jadi bini derhaka. Wallahi, saya tak nak macam tu. Saya selalu bertekad nak jadi isteri yang baik. Tapi, bila saya marah, saya lupa dah tekad saya. Masa tu saya akan ungkit habis sakit beranak dan sebagainya. Tapi, saya terlupa yang suami saya sendiri banyak berkorban terutama dari segi kewangan.
.
Gaji dia kecik dari gaji saya. Belanja rumah yang utama seperti loan kereta, rumah, bil2, semuanya kami share. Wallahi, saya ikhlas share kerana saya tau dia x mampu nak tanggung semuanya. Tapi belanja dapur, makan, pampers susu anak-anak dia yang tanggung semuanya. Kadang-kadang dia bagi duit nafkah dekat saya dalam RM100-200 depends pada kewangan dia. Kadang2 dia x bagi bila banyak habis duit especially selepas saya melahirkan anak ketiga. Barang peribadi saya seperti pakaian semuanya saya beli sendiri. Saya tak ambil hati, saya tak kisah sebab saya tahu tahap kemampuannya yang kadang2 cukup kadang2 tidak. Sampaikan saya pernah terfikir bagaimana dia survive hidup waktu lunch macammana. Waktu malamnya, kadang2 masak tapi sangat jarang, selalunya beli lauk luar.
.
Saya nak sangat berjimat, nak masak tapi saya tak mampu kerana bila saya pulang dari tempat kerja, saya rasa sangat penat. Saya nak sangat ringankan beban suami saya. Tapi saya x mampu. Saya teringin sangat masak bekal seperti org lain tapi saya x mampu. Saya hanya masak di hujung minggu. Itu pun kadang2 saya x masak apabila tak sihat. Ya, saya memang selalu juga tak sihat. Saya ada baby dan saya memang fully bf. Jadi, banyak masa saya tertumpu untuk susukan anak yang selalu mengempeng dan mengepam susu. Saya akan bangun antara jam 3am – 5am untuk pam susu baby. Paling lambat saya akan bangun pukul 5. Sedikit sebanyak hal ni banyak affect diri saya. Saya jadi penat dan saya memang perlu tidur awal. Suami tak pernah paksa saya fully bf tapi saya sendiri yang mahu sebab saya nak jimatkan duit suami saya di samping nak beri yang terbaik untuk anak saya. Malahan barang2 pam pun saya beli pakai duit saya sebab tak nak bebankan dia.
.
Disebabkan kerja, fully bf, saya jadi penat. Saya cepat marah. Dan, saya rasa failed sebagai isteri untuk serve suami saya. Kadang2 bila saya penat sangat nak masak, suami yang akan masuk dapur masak nasi dan goreng ikandan telor dadar sebab nak berjimat. Kami makan je la lauk tu berkuahkan budu. Saya tak kisah dan memang x pernah komplen bab makan. Dan, dia memang hanya pandai goreng ikan dan telor. Bila saya yang masak, baru kami bleh makan sedap sikit. Saya tak kisah semua tu tapi saya risau suami yg kisah.
.
Berbalik kepada hal gaduh. Bila bergaduh, saya akan ungkit semua pengorbanan saya. Sakit bersalin, susukan anak, nafkah dll. Sedangkan saya tak nak macam tu. Saya lupa suami pun banyak berkorban. Dia banyak bantu saya buat kerja rumah.. Dia yg lebih banyak buat kerja rumah dan uruskan anak2. Saya ingin jadi isteri yang baik. Tapi, saya selalu tersasar. Saya selalu garang dengan suami. Tolong nasihati saya bagaimana nak berubah. Saya tak nak jadi iateri derhaka lagi.
.
Setiap kali saya solat, bangun mengepam, saya solat malam, saya akan berdoa minta Allah swt ubah saya jadi isteri yang baik. Saya takut jika saya meninggal sebagai isteri yang derhaka atau suami pergi dalam keadaan dia tak redha dengan saya. Saya takut.

– Bini x sempurna

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *