Nak duduk mana semester depan weh? Takde bilik mahallah

Assalamualaikum, terima kasih admin approve. Confession ni akan membantu warga UIAM di semester akan datang, insyaallah.

Sedia maklum, berkuat-kuasa semester hadapan, para pelajar yang dah lebih tempoh 5 tahun tak dapat duduk bilik mahallah lagi dah. Senior-senior macam kami ni, yang kurang pandai asyik repeat tak habis-habis, entah bila nak grad, dah boleh dua kali degree tau dak, nak duduk mana lah sem depan..

Ikut kontrak, PTPTN pun dah tak bagi pinjaman,
Dah takde bilik mahallah,
tapi tinggal satu sem, dua sem je lagi nak grad. Mana la kami nak merempat sem depan..

Nak tak nak, terpaksa menyewa bilik luar UIA.
Aku ni orang susah, makan pun bercatu, nak berjalan ke luar uia lagi lah al-miracle ajaib ajaib fatakunsi wa cakap lu. Aku tak tau sangat area UIA yang ada bilik sewa, kalau boleh ada bas rapid tu la masuk awal pagi senang transport.
Saya takde motor keunggulan mahupun kereta kuda, begitulah nampaknya.
Senang juga nak pergi keje hujung minggu cover sewa dan yuran serta makan.

Oleh yang demikian maka kerana itu, burung merpati merancang untuk menakluki dunia bersama kerusi plastik tersebut selepas mengalahkan cendawan obesiti.
Lupakan.. Point aku, harapnya ada yang sudi memberi cadangan bernas untuk bilik/ rumah sewa berdekatan uia. Tau ada kerja kosong part-time mana-mana juga amat digalakkan, terima kasih banyak-banyak.

Cadangan-cadangan tak masuk akal seperti menjual badan di kaki lima,
serta menjual organ akan ditangguhkan sehingga ada penyelesaian yang termampu.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang sudi membantu.
Terimalah serangkap dua pantun daripada saya,

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Si belang obes tanak lari,
Bodo punye kucing gemuk

Sekian

– Super Senior Sorry Sorry Sorry Liki Liki Liki Makjun Makjun Bebeh

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

7 Comments

  1. bersyukur lah dpt hostel . kat uni aku kampus aku lg la . sem 1 je dpt dok hostel. 4 bulan je . sem 2 smp hbis melepek la kau kat luar cri umah sewa . sebulan rm1500 smp rm2500 . acanor… bersyukur yee

  2. Nmpk Ade org pos dkt Iium online nk cari rumah sewa.

    BTW cdngn lain, cari geng. Kemungkinan akan ada yg ade transport. Dak2 BMI ke. Nnti tong2 minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *